Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Penutup tahun 2021 yang mengembirakan

Imej
Assalamualaikum semua, tinggal beberapa minit lagi akan masuk tahun baru 2022.. ada banyak yang nak dicoretkan pada tahun 2021 ni sebenarnya.. banyak cerita suka duka.. nantilah akan aku tuliskan juga satu persatu jika ada kesempatan.. kira macam entri ulangtayang kaedahnya.. haha..  Penutup tahun 2021 yang mengembirakan  antara yang patut dikenang ialah kisah hari lahir anak-anak.. ada yang tertinggal untuk dituliskan.. tapi pasti akan dituliskan jua.. dan aku nak masukkan juga kenangan manis sebagai pemenang capture nombor bertuah di blog Mama Pipie ..  dapat capture sipi-sipi jadinya hadiah pun sipi-sipi la.. tapi.. alhamdulillah siapa sangka sebagai penutup tahun 2021 yang mengembirakan kan?  Semoga rakan blog Mama Pipie terus dimurahkan rezeki dan terus berjaya dalam berblog di samping kehidupan seharian.. amin.. terima kasih memilih aku sebagai pemenang..  Ceritaita

Banjir Melanda!

Imej
Assalamualaikum semua, dah lebih 2 bulan peristiwa banjir melanda ni baru ada kekuatan nak menulis dengan panjang lebar kat blog.. sebabnya sekarang ni musim hujan dan dah masuk musim tengkujuh pun.. bila tengok hujan lebat dan air naik di sana sini tu terasa la jugak trauma dengan banjir tu.. lagi la pulak dengan kejadian banjir yang agak teruk menenggelamkan kawasan Shah Alam dan Hulu Langat di Selangor.. juga di Pahang.. mula la terasa nak alihkan barang-barang.. terfikir jugak kadang-kadang selamat tak rumah kami dari banjir.. agak susah hati la jugak.. tapi disebabkan kami dah berpindah dan rumah baru ni di kawasan yang agak tinggi.. perlahan-lahan rasa risau tu hilang.. masa baru pindah aritu pun anak-anak ada jugak tanya.. “rumah baru kita ni tak banjir kan ummi?”.. sedih pulak bila dengar.. itu tandanya anak-anak pun alami trauma..  Banjir Melanda! Marilah aku ceritakan kisah sebenar yang berlaku waktu tragedi banjir melanda pada 30 September 2021 yang lalu.. kisah banjir ni se

Modal cuma RM350? MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga

Imej
  MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Assalamualaikum semua, sejak pandemik melanda Malaysia dari tahun 2019, ramai usahawan mengalami pasang surut perniagaan dek kerana operasi perniagaan yang terjejas serta tidak dapat memastikan kesenambungan ekonomi secara berterusan. Bukan itu sahaja golongan bekerjaya juga turut terkena tempias dek kerana sebilangan syarikat yang terpaksa “gulung tikar” dalam tempoh yang sukar ini..  Majlis Perasmian Program Usahawan Berani Berniaga Moha Biotech Dalam tempoh tersebut, tentunya pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha perniagaan untuk bertahan dari sudut ekonomi. Turut tidak ketinggalan, syarikat MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN BHD, sebuah kilang pengeluar produk kosmetik & jus jenama sendiri memilih inisiatif menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan daripada pelbagai latar belakang diluar sana.. aku sempat la hadir ke program yang dirasmikan di kilang baru Moha Biotech bar

Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold

Imej
Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold Assalamualaikum semua, baru ni aku belek muka kat cermin.. dah nampak sangat rasanya kesan penuaan bila umur dah masuk 40an ni.. macam-macam la nampak.. perasan kedutan makin ketara.. lebihan lemak pun dah mula ada di merata-rata.. tu yang gigih jugak la berdiet dan buat senaman ringan untuk pastikan berat badan tak berlebihan.. tapi baru ni aku diperkenalkan dengan produk baru dari Safi iaitu Safi Youth Gold.. Yang bestnya boleh hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold.. haa teruja? Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold Sebenarnya Safi Youth Gold membawakan 2 rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser yang boleh bantu memberikan kesan ketara mengurangkan 50% kesan dagu berlapis dalam masa 15 minit je tau.. aku dah cuba serum dia yang ringan dan tak melekit bila dipakai di muka ni.. sedap la pakai sebab dia mudah

Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior

Imej
  Tingkatkan Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak-Anak Dengan Diffenz Junior Assalamualaikum semua, Aku harap korang sihat-sihat sentiasa dan terhindar dari jangkitan Covid-19. Hampir 2 tahun kita dah dilanda dengan Pandemik Covid-19 dan kita masih lagi belum menang walaupun ketika ini ramai yang dah lengkap 2 dos vaksin. Walaupun lengkap vaksin kita bukan kebal dengan jangkitan Covid-19 ya. Kita masih lagi boleh dijangkiti dan menjangkiti orang lain. Jadi kita perlu sentiasa amalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan dan KKM untuk putuskan rangkaian Covid-19 ni. Gambar: Bloomberg Tempoh 2 tahun pandemik ni kita dah saksikan ramai yang hilang pekerjaan, bisnes terpaksa ditutup, ramai yang mengalami tekanan hingga ada yang bunuh diri dan macam-macam lagi. Jadi gunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan sekarang ni jaga betul-betul SOP dan sama-sama kita putuskan rangkaian Covid-19 ni. Terus terang, aku rindu suasana raya ziarah menziarahi macam sebelum ni. 2 tahun kita dah tak dapat rasa su

Solitaire: Permainan legend kegemaran

Imej
Assalamualaikum semua, kali ni aku nak cerita apa aktiviti aku dengan anak-anak di waktu lapang.. sebenarnya lebih kepada meluangkan masa dengan anak-anak dengan aktiviti yang anak-anak suka.. kalau nak cari jalan nak rapatkan hubungan ibubapa dengan anak-anak salah satunya ialah kita kenal minat anak-anak dan boleh berkongsi cerita tentang apa yang dia minat bersama-sama.. ini salah satu tips la yang aku guna.. tak semestinya semua orang kena ikut.. kalau rasa sesuai boleh ikut kalau tak abaikan je.. Solitaire: Permainan legend kegemaran Bagi aku memang antara minat anak-anak ni ialah bermain permainan komputer, jadinya kita sertai je la minat anak-anak sambil kita boleh kongsikan kebaikan dan keburukan permainan tu masa kita bermain bersama.. aku rasa zaman sekarang ni memang kebanyakan ibubapa dah lebih terbuka dalam proses mendidik anak-anak kan.. jadi bermain bersama-sama anak-anak adalah cara terbaik untuk lebih rapat dengan anak.. bukan baru ni aku kongsikan kaedah merapatkan hu

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus