Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long

Imej
Assalamualaikum semua, 17hb April 15 tahun lalu merupakan hari bersejarah buat kami. Kali pertama bergelar ibubapa memang akan dikenang sampai bila-bila. Tahun ni genap 15 tahun usia anak sulung aku, Ahmad Haziq Hakimi yang kami panggil Abg Long. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long. Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long ~ kek tu aku sempat buat masa balik kerja Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 15 Abg Long Angka yang cantik tahun ni, ummi doakan semoga anak sulung ummi ni sentiasa cantik juga akhlak dan peribadinya supaya boleh menjadi contoh yang baik buat masyarakat terutama adik-adik abg long sendiri. Semoga dengan bertambahnya umur abg long ni, semakin matang juga abg long dalam menghadapi kehidupan. Ummi dan ayah akan selalu mendoakan yang terbaik buat anak-anak supaya berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah. Semoga Abg Long pun akan berusaha untuk menjadi anak yang berjaya satu masa nanti.  Baru ni sempena meraikan hari lahir Abg Long, 

Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio

Imej
Assalamualaikum semua, kita dah masuk 15 Ramadan pun hari ni. Setiap kali Ramadan, terasa macam cepat je masa berlalu. Selalunya macam tu la baru je bermula Ramadan tetiba dah nak habis dah pun kan. Tahun ni entah kenapa mood nak raya tu lain macam sikit. Rasanya sebab dah 2 tahun tak beraya betul-betul seperti tahun- tahun sebelum agaknya. Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio Korang pun rasa macam tu ke? Ntah kenapa dia punya perasaan macam kita kena tinggalkan kenangan manis-manis dengan semua yang ada bersama kita. Entahlah ya.. sejak dah mengharungi zaman pandemik Covid dan jugak merasa jadi mangsa banjir yang hampir kehilangan harta benda ni aku terasa la macam tu. ke aku je terlebih emosi agaknya hahaha. Tapi aku betul-betul rasa semua kenangan patut dicipta antaranya kenangan raya yang wajib disimpan.  Potretkan kenangan raya bersama The Empire Studio Sebelum ni aku tak pernah kisah pun nak bergambar sangat satu keluarga. Ok tipulah. Aku kisah sebenarnya t

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami

Imej
Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami Assalamualaikum semua,  dah masuk 13 Ramadan hari ni. Sekejap je masa berlalu. Biasanya kalau dah dekat-dekat pertengahan Ramadan ni antara rutin yang aku buat ialah buat kuih raya pertama. Semangat pulak tahun ni, jangan tak jadi raya sudahlah hahaha. Biskut Mazola Kuih Raya Pertama Kami  Kuih pertama yang jadi pilihan tahun ni kuih nostalgia yang wajib ada kat rumah mak aku sejak zaman kami kecik-kecik dulu. Stail mak aku dulu buat kuih senang je, mak sedia doh je. Tugas mencanai dan bakar tu gigihlah kami adik beradik.  Kat rumah ni pulak beza. Yang minat buat kuih raya ni anak-anak yang kecik-kecik pulaknya. Jadi apa pun tak boleh la. Nak suruh buat sendiri tanpa pemantauan lagi la tidak jawabnya. Sudahnya maknya jugak la ni yang terkial-kial menyiapkan kuih raya tu.  Kali ni aku pilih buat biskut mazola sebagai kuih raya gunting reben. Maklumlah sejak kami pindah ke Kluang aritu banyak benda yang tak terurus lagi. Barang-barang baking pun berse

Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021

Imej
Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021  Assalamualaikum semua, kawalan pergerakan telah mengubah cara kita membeli-belah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data bulan Ramadan Shopee dari tahun 2019 ke 2021 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah menjadi lebih intuitif apabila ia melibatkan pembelian atas talian.   Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021   Dengan kemajuan teknologi dan cara membeli-belah Ramadan yang telah menjadi lebih digital, Shopee menyaksikan lonjakan dalam carian untuk produk dari semua segmen di atas platform sepanjang bulan Ramadan bagi tempoh tiga tahun lepas. Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan mereka   Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021   Kata carian Baju Kurung telah dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang musim Ramadan pada tahun 2021. Ini menampakkan peningkatan sebanyak 433 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020.

Terkena serangan cengkenit

Imej
Assalamualaikum semua, sejak pindah ke Kluang ni, setiap kali hujung minggu kami akan luangkan masa balik ke rumah mak abah aku di kampung. Dapat bermalam sekejap pun jadilah. Sebab masa hari bekerja nak menjenguk tu agak payah sikit. Maklumlah dengan anak bersekolah lagi tak terkejar jadinya. Terkena serangan cengkenit Bila dah balik kampung ni tau je la anak-anak ni. Biasa di rumah kami yang kawasan bandar ni kan tak boleh nak lepas bebas sesuka hati. Jadinya dia lepas geram la merayap merata-rata kat belakang rumah. Kat reban ayam. Kat bawah pokok. Main basikal. Berguling sana sini. Kalau hujan tu lagi la jadi kesukaan dia main hujan pulak. Bukan boleh dilarang pun bebudak ni. Lagipun kalau nak dilarang berasa kesian pulak. Selama ni berkurung, nak main kat luar rumah sekali sekala pun payah. Jadinya ikut la anak, mainlah puas-puas. Bulan puasa je diorang ni agak kurang sikit aktiviti kat luar rumah tu. Kalau bukan bulan puasa. Rata la diorang main. Antara aktiviti diorang kat kampu

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus