Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Si Adam kena jangkitan HFMD

Imej
Assalamualaikum semua,  dah penghujung bulan mei dah pun. Bulan ni banyak betul cerita sebenarnya. Sampaikan tak tertulis dah dalam blog ni. Antara kisahnya anak kami Si Adam kena jangkitan HFMD.  Masa ni ruam kat bawah mulut dia dah mula keluar Si Adam kena jangkitan HFMD!  Asalnya kami balik beraya aritu la.. Adam kena jangkitan dan dapat demam panas. Dia mula demam masa malam raya keempat. Waktu aku dah mula rasa tak sedap hati sebab dia melepek je.  Tapi lepas tu demam dia dah kebah sikit. Jadi ingatkan ok je la. Rupanya dia jadi melarat pulak dengan selsema dan batuk. Lagi la aku tak sedap hati. Masa tu kami dah balik rumah kami di Kuantan. Sebab nak selesaikan projek homestay kami jugak.  Selesai projek homestay tu kami terus la buka untuk tempahan. Nanti la aku cerita kisah homestay.  Pasal Adam ni,  aku tak sedap hati sebab badan dia dah mula keluar ruam pulak. Paling banyak ruam dia kat celah kelengkang dan punggung.  Tapi aku kena selesaikan jugak temujanji Abg dia Abg Chik k

Selamat Hari Ibu buat Mak

Imej
Assalamualaikum semua, rupanya hari ni adalah hari sambutan untuk hari ibu sedunia. Aku pun tak ingat. Setiap tahun la tak ingat. Bukan baru tahun ni.  Selamat Hari Ibu buat mak ~ gambar ni tahun 2018 waktu mak masih sihat Aku rasa bila dah makin berusia ni makin la kurang meraikan hari-hari istimewa macam ni. Pulak tu dah memang meraikan hari-hari istimewa macam ni bukan budaya yang dipupuk dalam keluarga kami sejak kecil. Jadi aku rasa sampai ke anak-anak aku pun macam tak kisah nak ambik tau pasal hari ibu ni.  Lagi pulak kami ni jarang sangat bukak tv dah kebelakangan ni. Jadi  macam terputus dari radar berita-berita macam ni. Bukak group whatsapp baru tau dan lepas tu lupa balik.. aduhai..  Apa pun tadi aku balik kejap rumah mak abah ambik barang tertinggal tapi disebabkan lupa pasal hari ibu langsunglah tak bagi ucapan pun kat mak tadi. Kesian mak dapat anak macam aku ni.  Sudahlah tak bagi ucapan. Aku cuma hantar laksa yang aku masak je tadi. Laksa tak sedap pulak tu. Orang joho

Safi Shayla dengan Teknologi pertama hijab scalp biotics

Imej
Assalamualaikum semua,  korang sibuk beraya ke tu? Musim raya macam ni kalau yang pakai tudung tu mesti rasa rimas kalau terpaksa pakai tudung sepanjang hari kan? Aku gitulah jugak. Safi Shayla dengan Teknologi pertama hijab scalp biotics Safi Shayla dengan Teknologi pertama hijab scalp biotics Tapi mujurlah masa ni dah ada pilihan syampu yang sesuai untuk wanita bertudung. Macam Safi Shayla dengan Teknologi pertama hijab scalp biotics. Nak tau kenapa teknologi ni wujud?  Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI),  kesihatan microbiom kulit kepala wanita yang berhijab kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Jadi komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik.  Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap,  hasilnya pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau dan gatal mudah berlaku kepada yang berhijab.  Oleh itu, rambut berhijab perlukan pen

Salam 1 Syawal 1443H/2022M

Imej
Assalamualaikum semua, sejak pengumuman raya malam tadi rasanya semua orang macam dah jadi kelam kabut sebabnya ramai yang jangkakan raya jatuh pada 3 Mei 2022. Siapa sangka.  Salam 1 Syawal 1443H/2022M Salam 1 Syawal 1443H/2022M Atas kuasa Allah,  akhirnya 1 Syawal 1443H jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022M. Dah lama tak merasa keterujaan menyambut hari raya macam ni.. kali terakhir waktu masa belajar dulu-dulu rasanya.. lepas tu sejak dah diselaraskan seluruh negara dan kebanyakan tahun tak nampak anak bulan Syawal.. raya seperti yang dikira dalam kalender.  Elok la jadi pengalaman mana-mana generasi baru yang belum pernah merasa pengalaman melompat depan tv bila dengar pengumuman raya. Kami dah biasa dulu-dulu.. Siap muka kecewa bila diumumkan raya lewat pulak sehari sedangkan semangat raya tu dah ada.. macam-macam la..  Apa pun didoakan semoga Allah menerima amal kami dan kamu dan semoga sepanjang tahun ini kita semua berada dalam kebaikan. amin... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bat

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus