Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Pengalaman ke Kedai Emas Viral Miragold

Imej
Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni aku berkesempatan menjengah ke kedai kegemaran semua wanita di dunia. Mana lagi kalau bukan kedai emas. Bukan kedai emas biasa-biasa tau.. tapi merelip mata bila masuk ke Miragold ni.. Haha.. dia punya intro bukan main kan.  Pengalaman ke Kedai Emas Viral Miragold Pengalaman ke Kedai Emas Viral Miragold Orang perempuan ni kalau disebut pasal emas, jaranglah kalau tak berminat nak tau. Termasuklah aku, dulu adalah rasa tak minat tapi sebab masa tu tak tau pasal nilai emas ni. Bila dah tau, rasa menyesal pulak tak mengumpul emas dari dulu. Hujung minggu baru ni aku macam dapat 'me time' bila dapat berkunjung ke Kedai Emas Miragold di Taman Masai, Pasir Gudang. Cincin Emas V Viral Masa memula nak melangkah masuk tu pun aku dah rasa wow sangat tau. Sebab apa tau? sebab pertama tentulah sebab ternampak emas yang mengerlip di sebalik tirai kaca tu. Sebab kedua pulak ialah terasa macam masuk kedai yang sangat esklusif.  Macam dilimpahi rasa

Krisis Makanan di Malaysia

Imej
Assalamualaikum semua,  kali ni di Malaysia ni aku kira dah sibuk pasal krisis makanan. Rasanya semua dan perasaan. Ada yang ambik serius pasal ni dan ada yang tak kisah.  Krisis Makanan di Malaysia Krisis Makanan di Malaysia Mula-mula kurang ayam di pasaran. Lepas tu pasal perang di negara lain, terpalit pulak masalah stok tepung. Belum lagi masalah kekurangan sayuran dan lain-lain sumber makanan. Bila dah jadi macam ni rasanya semua orang perasan jugak harga barang dah mendadak naik dari biasa. Ini semua disebabkan pemintaan dan penawaran. Masa sekolah dulu-dulu adalah aku belajar pasal ekonomi asas ni sikit. Tapi belum cukup la nak jadi pakar ekonomi. Cuma layak bercakap daripada pendapat je.  Bila dah jadi krisis makanan utama macam ayam dan tepung ni ada bermacam keluhan keluar.  Tak kurang jugak yang bercakap takde hal pun kekurangan sumber penting macam ni pasal dia tak makan ayam, ada jugak orang lain yang cakap dia jugak tak makan tepung. Kiranya dia punya pola makanan la yang

PT3 Mansuh, aku tak setuju!

Imej
PT3 Mansuh,  aku tak setuju!  Assalamualaikum semua,  sejak semalam bila diumumkan berita peperiksaan PT3 dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan, aku rasa macam nak marah pun ada. Dalam hati dah menjerit kata "Aku Tak Setuju!". PT3 Mansuh,  Aku Tak Setuju!  PT3 Mansuh,  aku tak setuju!  Maaflah korang ya. Bunyinya agak beremosi post kali ni tapi ini adalah pendapat peribadi seorang ibu kepada salah seorang yang sepatutnya menjadi calon PT3 tahun ni.  Pada aku eloklah diadakan satu peperiksaan besar juga tapi tumpukan pada hanya subjek wajib sahaja. Balik ke sistem peperiksaan asal Penilaian Menengah Rendah atau PMR macam dulu ke.  Yang lain tu korang nak buat PBS ke apa ke ikut korang la.  Sebab apa tau?  2 tahun sekolah yang selam belum kata orang kampung ni menyebabkan anak-anak tak rasa keperluan untuk ke sekolah.  Bila takde peperiksaan?  Lagilah rasa  takde kepentingan pergi sekolah. Mereka tak serius nak belajar pun. Pergi sekolah hanya untuk jumpa kawan dan main-main maca

Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan

Imej
Assalamualaikum semua, akhirnya Homestay Gapai Pelangi beroperasi! Macam best je baca kan?  memang berita best setakat ni.. alhamdulillah.. Gembira nak umumkan projek homestay yang kami idamkan selama ni dah bermula.  Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra,  Kuantan Secara rasminya projek kami ni dan beroperasi dan menerima kehadiran tetamu sebagai penyewa di sini bermula dari lepas raya hari tu. Tu yang agak sibuk sampaikan blog ni pun tergendala. Banyak kisah nak cerita tapi nanti kita cerita satu-satu ok. Pasal homestay ni kami sangat-sangat teruja nak umumkan pada semua. Kalau sesiapa yang mencari penginapan di sekitar Bandar Kuantan boleh la hubungi kami nanti. Nak selesa sangat macam duduk hotel tu tidaklah. Cuma cukup semua kelengkapan asas insyaAllah. Eh aku letak sini la semua kemudahan dan butiran mengenai Homestay Gapai Pelangi kami tu kat blog ni. Senang jadi rujukan sesiapa yang memerlukan.  Homestay Gapai Pelangi Lokasi : Bandar Putra,  Tanjung Lumpur,  Kuantan, Pahang. 

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus