Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB

Imej
Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB Singgah Makan Nasi Arab Sedap di Restoran Zaituna JB Assalamualaikum semua, semalam balik dari temujanji Abg Chik di HSA kami singgah makan nasi arab sedap di Restoran Zaituna JB. Kalau nak tau Restoran Zaituna ni sebenarnya bukan restoran baru yang patut aku perkenalkan pun. Restoran Zaituna ni memang dah duduk dalam senarai tempat makan wajib pergi kalau kat JB ni. Kami dapat port best, bersila kat sofa.  Memang terbukti terkenal sebab setiap masa penuh je orang. Dulu masa kami duduk JB pun berapa kali la tak jadi pergi sebab ramai orang. Sekali dah pindah Kluang pulak baru ada rezeki nak singgah. Bila dah masuk dan makan kat sini baru tau kenapa asyik penuh je. Bersilat masing-masing Depan kamera.. kontrol ayu.. hahaha Semalam kami macam tak tau jugak nak tempahan makanan apa untuk kami makan. Bila pelayan tu tunjuk menu.. haa tu dia semua nampak sedap dan rasa nak tempah semuanya. Tapi kami ingat la yang anak-anak ni jenis bukan

Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah

Imej
Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah Assalamualaikum semua,  hari ni semua dicutikan sekolah sekali lagi. Dengan umminya sekali cuti kerja hari ni. Kami mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah di Johor Bahru.  Kali ni masih dengan tujuan yang sama iaitu rutin pemeriksaan dan prosedur gigi Abg Chik aka Hadi anak nombor empat kami. Aku pun dah lupa ni sebenarnya pemeriksaan kali ke berapa tapi memang sebelum ni rutinnya sebulan sekali la.  Pipi bengkak pun masih tersenyum Kisah dia sebenarnya bermula waktu kami masih tinggal di JB dulu. Pada 15 November 2020, Abg Chik tiba-tiba je alami tanda luar biasa iaitu bengkak pipi sebelah kanan. Aku rasa waktu tu pipinya panas dan tentu ada jangkitan. Tapi dia masih boleh makan dan tersenyum macam biasa kerana tak sakit.  Risau kan.. dia kata tak sakit Kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Kempas waktu tu untuk pemeriksaan lanjut. Bermula dengan klinik biasa di tingkat bawah kemudi

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang

Imej
Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni kami dapat berita mak shah tak berapa sihat. Jadi kami buat keputusan bali ke Pahang sekejap. Kami gerak pagi Jumaat dari Kluang. Sampai ke kampung selepas Jumaat. Sempatlah singgah ke Kampung Paloh Hinai untuk rombangan lelaki menunaikan solat Jumaat. abg ngah buat misi cari kepah juga ni budak yang paling aktif,  berani betul dia Keesokkan harinya kebetulan pulak ada orang keluar dari homestay kami dan akan ada yang baru nak masuk, jadi kami kemaskan homestay dulu pagi tu. Siap berkemas semua, kami jalan-jalan ke Pantai Kempadang pulak. Sebelum tu sempatlah menyinggah beli makanan tengahari di Restoran Mabiq. Waktu kami sampai tu dah lebih pukul 2 petang jadinya lauk-lauk banyak yang dah habis. Sebabkan niat kami memang nak makan ikan patin tempoyak, kami jenguk jugak apa yang ada. Malangnya waktu kami sampai tu nasi pulak dah habis. Jad

Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam!

Imej
Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam! Tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam! Assalamualaikum semua,  semalam aku baca je kecoh pasal kawan-kawan nak tempah tiket konsert Dewa yang diadakan di Malaysia bulan September nanti. Katanya tiket konsert Dewa habis tak sampai sejam pun bila dibuka untuk jualan.  Hebat betul penangan kumpulan lagenda ni. Tambahan pulak kumpulan Dewa dah 30 tahun bertapak dalam dunia seni. Katanya konsert khas ni dibawakan sempena ulangtahun 30 tahun, akan dibuat di 30 bandar besar dan akan dipersembahkan 30 lagu mereka yang pernah dipopularkan oleh mereka dulu. Menarik.  Di Malaysia ni Konsert Dewa akan diadakan di Axiata Arena,  Bukit Jalil pada 10 September 2022. Tiket dijual dengan harga bermula pada RM148 hingga RM488.  Harga tiket Konsert Dewa Muzik ni pada aku memang ada je peminat dia sendiri. Setiap kumpulan penyanyi pun ada keunikan dan tarikan mereka sendiri.  Macam Kumpulan Dewa ni yang dah ditubuhkan pada tahun 1986 membawa genre muzik Rock

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS

Imej
Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Assalamualaikum semua,  semalam aku sempatlah menghadiri majlis meraikan berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Malaysia. Kebetulan pulak tengah tonton drama bersiri Korea bertajuk Juvenile Justice sampai part ketua hakim mengundur diri.  Tapi amat berbezalah dengan drama,  kisah KP DVS ni telah tamat kontrak setelah menyambung kontrak selepas bersara wajib pada tahun lepas. Orang-orang hebat je yang ada pengalaman bersara sampai 2 kali ni kan. Pengalaman yang jarang-jarang berlaku.  Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Kalau cerita pasal kerjaya aku memang kagum dengan semangat kerja yang ditunjukkan oleh KP Dato' Dr Norlizan bin Mohd Noor ni. Aku pernah berkerja dengan beliau sewaktu aku masih di Pahang dulu dan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Negeri Pahang waktu tu. Pengarah Negeri Pahang ketiga aku pernah bekerjasama.  Pengarah Negeri Pahang yang

Mencuba menu Honey Bee Kluang

Imej
Assalamualaikum semua,  semalam aku ada tulis entri pasal kami semua tak sihat waktu raya baru ni kan. Macam aku sendiri dah lama batuk tak baik-baik. Batuk pulak jenis batuk yang macam tak lepas kahaknya tu.  Mencuba menu Honey Bee Kluang Mencuba menu Honey Bee Kluang Sekali batuk, rasa seksa dan perit tekak dan rasa tak puas jugak sebab batuk macam tak lepas. Dah cuba bermacam ubat dan petua yang orang kata elok. Tapi nampaknya tak berkesan pulak dengan aku. Hari semalam entah kenapa aku cakap dengan Shah terasa nak mencuba menu Honey Bee Kluang. Cawangan Honey Bee Dah berapa kali jugak sebenarnya kami lalu kedai ni. Tambahan pulak kedainya dekat dengan tempat kerja aku. Selalu la terpandang tapi tak tersinggah-singgah jugak. Bukan baru kali ni terpandang. Masa duduk JB tu pernah gak terasa nak cuba. Tapi entah kenapa tak sampai-sampai.  Dan semalam bila sebut je Shah kata jomlah pergi. Jadi aku bersiap lepas Shah hantar Abg Long ke tuisyen terus kami ke Honey Bee Kluang.  Sampai je

Selamat Hari Raya Aidiladha

Imej
Assalamualaikum semua, hari ni dah merupakan hari Tasyrik yang terakhir. Tapi masih belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Raya kali ni agak berbeza. Dari minggu sebelum raya kami diuji dengan masalah kesihatan. Satu keluarga kena, bermula dengan Abg Long yang kena demam waktu aku hadiri Kursus Perolehan di Johor Bahru.. sampailah aku sendiri kena cirit birit dan diikuti Shah demam, anak-anak pun sama bergilir-gilir demam. Dugaan sungguh. Aku pulak bila dan baik sakit perut kena pulak batuk tak berhenti. Kemudian demam jugak akhirnya. Yang bertahan cuma Husna je. Itu pun dia kena selsema jugak. Sampai sekarang ni batuk masih belum baik. Menakutkan pun ada. Beberapa kali juga kau buat ujian Covid guna test kit. Alhamdulillah bukan jangkitan Covid. Abg Ngah pun siap kena ambik sampel darah sebab kena demam berulang. Syukur jugak bukan disebabkan jangkitan virus atau kuman yang merbahaya. Waktu kami kena sakit ni, di sana sini penuh je orang sakit. Sam

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus