assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal satu lagi kegemaran aku sejak dulu.. iaitu mengumpul planner dan diari! sejak dari dulu memang suka menulis kan.. nak buat macamana.. selain menulis aku suka sangat jugak membaca tapi apa boleh buat kekangan masa sekarang ni nak membaca tu agak terhad masanya.. jadi menulis je la yang masih boleh disambung kesinambungannya walaupun cuma sekali sekala... Kemunculan The Dream Planner 2019 Disebabkan minat aku yang satu ni la aku selalu suka sangat tengok koleksi diari atau planner yang ada kat pasaran.. ada jugak yang aku dah ceritakan kat korang dalam blog ni pasal koleksi planner yang aku beli dan dapat.. kebanyakkannya dalam harga yang berbaloi dan berkualiti la jugak.. Dan kali ni aku nak kongsikan lagi pasal planner.. sebenarnya lebih kepada sejarah aku dengan planner.. memula dulu cuma ada diari.. tapi bila aku mula bekerja dengan seorang bos yang sangat menitikberatkan pasal jadual aktiviti...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.