Pelajari Ilmu dalam Pemainan Dalam Talian - Cerita Ita                                                             Pelajari Ilmu dalam Pemainan Dalam Talian Langkau ke kandungan utama

Pelajari Ilmu dalam Pemainan Dalam Talian

Pelajari Ilmu dalam Pemainan Dalam Talian

Pelajari Ilmu dalam Permainan Dalam Talian


Assalamualaikum semua, kat sini ada tak yang suka main permainan dalam telefon? Kalau aku ni kadang-kadang boleh jadikan salah satu cara melegakan tekanan seharian. Sebabnya bila main permainan macam ni biasanya fikiran akan kosong dari fikirkan semua masalah yang ada. Perlu jugak la cari sesuatu untuk alih perhatian sekejap bila dah tepu sangat tu kadang-kadang.




Kebetulan pulak waktu mencari permainan yang best tu terjumpa satu laman web ni. Namanya https://www.mortgagecalculator.org/money-games/. Ada pelbagai permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk ajar anak-anak pun boleh tau. 

Disebabkan aku ni suka memasak dan bercucuk tanam jadi kebanyakan pilihan games yang aku pilih adalah berkisar dengan 2 minat aku ni la. Tapi masa tu aku cuba games masak-masak sambil melayankan anak-anak yang bermain. Biasalah sama sibuk bebudak ni kalau nampak maknya main games kat telefon. Haiyahhh.. sibuk je la.


Penguin Cafe


Aku cubalah main permainan penguin cafe tu kan. Kelam kabut jugak la nak puaskan hati penguin tu haa. Kelibut pulak jadinya bila penguin bertambah ramai dan makcik yang main game ni kelam kabut nak sediakan hidangan untuk semua penguin tu. Siap ada yang berasap marah.. memang boleh hilang stress la menengoknya. Hahaha.


Burger Shop


Lepas tu anak aku cuba pulak mainan jual burger kat Burger Shop. Bukan main hebat lagi memasing kalau dibagi main games. Tengoklah score yang diorang dapat tu. Maknya pun kalah haha. Memang la sesuai untuk anak-anak yang tekun benda-benda macam ni. Main permainan ni boleh buatkan anak-anak lebih fokus dan cepat pick up jugak.

Tap Supermarket

Tutorial sebelum bermula

Ok pasaraya kita dah beroperasi haha


Aku ada jugak cuba permainan jualan barang seolah-olah macam aku buka supermarket la. Yang ni aku cuba permainan Tap Supermarket pulak. Best wei. Sibuk la jugak memenuhi permintaan pelanggan. Baru tau susahnya nak jaga pasaraya ya tak? Haha.. lucu pun ada. Tapi oklah sebab awal-awal buka tu dia bagi tutorial macamana nak main. Jadi taklah tercengang-cengang nak main kan?

Yang paling aku suka permainan ni boleh dimainkan secara online je. Kalau ada data je on terus boleh main. Kalau nak download pun boleh tapi biasanya aku tak suka penuhkan telefon aku jadi lebih suka yang online macam ni la. Permainan ni boleh dimainkan melalui komputer atau laptop atau boleh juga gunakan handphone je. Jadi nak main di mana-mana pun takde masalah.

Korang cubalah kalau korang tengah nak cari sesuatu untuk latih anak-anak di musim cuti sekolah ni. Bagi mereka bermain dalam sejam dua ok jugak untuk mereka pelajari sesuatu daripada permainan secara dalam talian macam ni. Percuma pulak tu. Tak perlu bayar apa-apa. Jadi selamat mencuba korang!


Ceritaita

Ulasan

  1. ala diner dash jugak ni kan.. kebetulan smlm aku baru aje install game masak2.. boleh cuba penguin ni plak la

    BalasPadam
  2. aiseh tebuka lagi post ni, ada aku install karang haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.