Cerita Ita: berita kematian                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berita kematian

Doktor tak bagi makan dah ..

assalamualaikum semua, kelmarin tetiba hati jadi sayu.. kisahnya sebab terbaca mesej dari whatsapp keluarga yang adik aku kirimkan.. pasal jiran sebelah rumah kami di kampung.. menurut adik , cik Wahab dah dimasukkan di hospital dan sekarang ni doktor dah puasakan dia.. Sumber ~google~ seorang demi seorang orang tua di kawasan tempat kami tinggal satu masa dulu dimasukkan ke hospital.. dan tak kurang jugak yang pergi meninggalkan kami dengan seribu satu kisah kenangan.. ada jugak yang pergi dengan kenangan yang sangat menyedihkan yang tentunya kami akan ingat sepanjang hayat kami.. dan kelmarin baru je adik aku bagitau pasal keadaan jiran kami ni.. katanya cik Wahab dah tak boleh makan.. doktor tak bagi makan dah.. Allah.. terasa berat dada bila dengar.. terus aku tanya lagi kenapa ? adik ipar aku bagitau maklumat dari isterinya yang cakap ususnya dah bocor dan dah tak boleh bagi makanan.. kalau makan jugak nanti makanan jadi asid dan lagi teruk ususnya..  ok ...

Entri blog hilang sebab racun?

assalamualaikum semua, pertamanya maaf kalau ada pembaca setia blog Cerita Ita yang menunggu cerita dari blog sejak minggu lepas.. ecece.. ada ke? hahaha... perasan sediri je la kan.. kalau ada pembaca setia ye alhamdulillah.. (sila baca ikut nada nenek dalam Upin dan Ipin ok ;) ).. kalau takde pun masih syukur sebab Allah masih bagi blog ni bernyawa... apa pun terima kasih pasal bagi sokongan ye... entri hilang sebab racun ? mesti korang terkejut apa kaitan entri blog Cerita Ita menghilang sejak minggu lepas kan.. dan paling peliknya apa pulak kaitannya dengan racun? ada kisah sedih di sebalik kisah racun ni...dan ini yang aku nak kongsikan.. bukan aku yang makan racun... atau sesiapa pun racun aku sampai buat entri blog aku hilang.. bukan.. semua bukan.. yang sebenarnya.. minggu lepas kami terima berita seorang jiran yang terminum racun dengan sengaja.. jiran yang merupakan seorang warga emas.. yang kami kenal sejak dari kecik sebagai orang yang sangat penyabar.....