Pembukaan ST Rosyam Mart sambut lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama!
Lebih 10,000 ahli baharu mendaftar sepanjang tempoh pembukaan
Membawakan pengalaman membeli-belah borong dan runcit 24 jam
bertaraf 5 bintang ke wilayah Selatan
![]() |
![]() |
| ST Rosyam Mart Tampoi menerima lebih 15,000 pengunjung dan lebih 10,000 pendaftaran ahli baharu sepanjang tempoh pembukaan. |
Pembukaan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama, manakala lebih 10,000 ahli ST baharu mendaftar sepanjang tempoh pra-pembukaan dan pada hari pembukaan.
ST Rosyam Mart Tampoi menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan laluan yang luas serta susunan seksyen produk yang teratur dengan lebih 40,000 pilihan produk. Cawangan ini turut dilengkapi ruang pembelian borong, kaunter khidmat pelanggan khusus, kaunter pembayaran layan diri (SCO) dan kaunter juruwang yang mencukupi, disamping kafe dan bakeri miliknya sendiri, ST Cafe, dan seroti. Kesemuanya direka bagi memberikan kemudahan, keselesaan dan pengalaman membeli-belah yang lancar kepada pelanggan.
Selain rangkaian produknya yang luas, ST Rosyam Mart Tampoi turut menampilkan Celebrity Corner, yang menghimpunkan produk daripada lebih 30 selebriti tempatan, serta Malaysia Selection, yang menawarkan makanan ringan, minuman, hadiah dan cenderamata buatan tempatan. Peniaga kecil, pengusaha restoran dan katering juga boleh membuat pembelian secara borong pada harga borong, manakala pelanggan boleh menikmati lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk penggunaan pinjaman power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, mencuci topi keledar, peti sejuk simpanan, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar dan banyak lagi.
Berkongsi mengenai pembukaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, berkata, “Kami amat teruja untuk meraikan satu lagi pencapaian penting apabila ST Rosyam Mart secara rasminya membuka cawangan pertama di Johor dan wilayah Selatan. Johor merupakan pasaran yang pesat membangun dengan jumlah pengguna yang besar, manakala kedudukannya yang strategik berhampiran Singapura menjadikannya satu langkah penting dalam perjalanan pengembangan kami.
“Di Sri Ternak, matlamat kami sentiasa jelas — untuk membantu masyarakat dan perniagaan menjimatkan wang, masa dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Joland Group dan Kuopacific Group atas kerjasama dalam merealisasikan visi ini. Lokasi yang strategik ini membolehkan kami menawarkan barangan keperluan harian yang dipercayai, Halal dan mampu milik kepada masyarakat Johor, khususnya komuniti Tampoi, serta pengunjung dari negara jiran, Singapura. Kami juga amat menghargai dedikasi pasukan kami serta sokongan berterusan daripada rakan niaga dan pelanggan, dan kami berharap dapat terus menawarkan pengalaman membeli-belah 24 jam yang selesa, bertaraf 5 bintang pada harga borong,” tambah Dato’ Raymond Ho.
Majlis Pembukaan Rasmi ini turut menandakan kejayaan Misi “Menawan” Tampoi, sebuah inisiatif berfokuskan komuniti yang diperkenalkan pada Julai lalu untuk menawan hati masyarakat Tampoi dan membina keterujaan menjelang kehadiran ST Rosyam Mart di Johor.
![]() |
Dato’ Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, bersama Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart, menyambut para tetamu sempena sambutan pembukaan.
“Kami memahami setiap orang mempunyai keperluan dan rutin yang berbeza. Ada warga Johor yang pulang lewat selepas bekerja di Singapura, ada yang bekerja syif malam, malah selepas pulang dari masjid pun pelanggan masih boleh singgah untuk membeli barangan keperluan harian. Sama ada anda seorang suri rumah yang membeli keperluan keluarga, peniaga kecil, peniaga makanan tepi jalan, pengusaha restoran atau hotel, mahupun syarikat besar yang membuat pembelian secara borong, kami beroperasi 24 jam supaya anda boleh membeli-belah mengikut keselesaan sendiri dan mendapatkan barangan yang diperlukan pada harga borong.
“Ketika kami melancarkan Misi “Menawan” Tampoi, misi kami mudah — untuk menawan hati masyarakat Tampoi. Hari ini, kami dengan bangganya boleh katakan: misi kita telah pun berjaya. Namun, ini hanyalah permulaan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada komuniti Tampoi dan mengalu-alukan warga Johor serta pengunjung dari
Singapura untuk menikmati pengalaman membeli-belah 24 jam bertaraf 5 bintang pada harga borong,” kata Datuk Rosyam Nor.
Bersempena dengan Pembukaan pada 12 September, ST Rosyam Mart telah menawarkan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal. Sambutan hari pembukaan turut dimeriahkan dengan acara Balloon Drop yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung, pemberian hadiah serta pelbagai aktiviti keluarga.
![]() |
| Promosi ayam segar seekor pada harga 8 sen, antara tarikan utama sempena Pembukaan ST Rosyam Mart Tampoi. |
Turut memeriahkan sambutan, ST Rosyam Mart memperkenalkan maskot baharunya, Jalak dan Lenteng, yang membuat penampilan sulung sempena pembukaan tersebut.
Sambutan Pembukaan diteruskan dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen sehingga 27 September. Pelanggan juga berpeluang menyertai Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk sebuah kondominium, kereta dan motosikal, serta Misi Mencari Raja Konten Selatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000. Pembukaan ini turut menyaksikan tayangan perdana episod akhir “Misi Untuk Rakyat”, drama web AI 10 episod terbitan ST Rosyam Mart yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada Misi “Menawan” Tampoi.
ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, dan beroperasi 24 jam setiap hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, dan TikTok.
Sambutan luar biasa sempena Pembukaan ST Rosyam Mart Tampoi.
PROMOSI & AKTIVITI PEMBUKAAN RASMI
Peraduan Stamp & Menang 2.0 [ bermula 12 September 2026 hingga 11 September 2027]
Terdapat 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi. Hadiah utama termasuk kondominium, kereta, motosikal dan banyak lagi.
Cara menyertai peraduan amat mudah, pelanggan perlu belanja minimum RM300 dalam satu resit untuk mengumpul 1 cop digital. Kemudian imbas kod QR pada poster peraduan untuk daftar & muat naik resit pembelian. Pelanggan perlu menggumpul 10 cop digital untuk kelayakan 1 penyertaan.
Cerita Ita





Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.