Cerita Ita: ASTRO                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ASTRO

Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 2013

assalamualaikum semua, makin sihat petang ni? kat kuantan ni jerebu makin kurang.... semalam dah beli eye mo regular yang warna hijau untuk letak kat mata anak-anak.. mata sendiri? hehe... tak yah la kot... tak rasa pedih dah ni... tak perasan pulak berapa harga dia... shah yang beli semalam.. aku duduk dalam kereta je dengan anak-anak.. malas la nak keluar.. bukan sebab jerebu pun cuma kalau dah keluar semua nak dibeli... huhuhu... tak memasal duit yang ada tak cukup pulak kang... hehehe.... masterchef selebriti musim ke 2 akhir  malam ni ada Final Masterchef Musim ke 2... harus tengok ke tak harus ni?.... aku bukan pengikut tegar pun sangat... memula dulu ye la... tapi dah lelama ni sebab dah tak ramai dan semakin serius aku macam rasa tak best sangat nak tengok.... tapi memang ada perubahan la semenjak tengok masterchef ni kan.... telur dadar biasa tu dah bertukar menjadi omelet orang putih kat rumah kami yang semua orangnya majoriti coklat-coklat je kulitnya ni ha...

Gotong royong 1 Malaysia

assalamualaikum semua, pagi ni di mana-mana sedang heboh dengan projek gotong royong satu malaysia...atau dikenali sebagai My Beautiful Malaysia.. eh ye ke? kat kuantan ni pun ada tapi kat nuuuu haaa kat teluk cempedak... aku memilih untuk gotong royong kat rumah sendiri je la...aci kan? masih dalam malaysia gak apa... eh tetiba terfikir...ada program kat teluk cempedak atau orang tempatan panggil TC ni parking tetap kena bayar ke? kalau kena memang kesian la kan...harapnya tahun depan cari la tempat acara yang boleh dapat parking free ke kan... lagi mengamit ramai pengunjung rasanya... ok la aku nak mula gotong royong ni...banyak wooo nak settle...ada kawan nak mai rumah ni...best woo...ni tengah masak kek coklat lembap ni... sluurrrpppp..hihi... p/s sekarang tengah hujan dan mendung kat kuantan ni..ada yang tanya pasal njoi boleh berfungsi dalam hujan lebat...ok jawapan dia tak boleh ok...sama je macam semua perkhidmatan astro lain yang ada tu..

yeay! njoi dah bernyawa!

assalamualaikum semua, ni aku sibuk nak kemas nak balik kampung benarnya ni.... tapi sempat lak sementara kemas-kemas ni kami try njoi kami ni kot-kot dah boleh la kan... nak dijadikan cerita shah dah call njoi hari khamis lepas kami daftar... yang jawab tu kata dia akan aktifkan dalam 48 jam atau 2 hari bekerja...jadi dia suruh tunggu sama ada hari isnin atau selasa la... sekali sampai selasa masih takde lagi... jadi shah pun call la semula... membazir je duit bil kan kena call banyak kali... pastu korang nak tau apa dia jawab? "abang cakap dengan siapa ye hari tu? sebab line abang ni tak diaktifkan lagi pun..." korang pun mesti marah bila dengar camtu kan? jadi shah marah ke tak korang rasa? maunya tak marah... shah bising la... tak pasal-pasal budak lelaki tu yang kena... shah kata : "mana la saya kenal siapa yang cakap...tapi perempuan la" jadi ini pengajaran kat korang semua ye...bila berurusan dengan sesiapa pun tanya nama terus...tak pun korang am...

hujan rahmat

assalamualaikum semua, hari ni aku masih cuti dan lepak-lepak dengan anak-anak kat rumah.... hujan tak berhenti sejak malam tadi....laman kami dah banjir pun....tak nampak macam nak berhenti lagi ni.... teringat waktu musim tengkujuh macam ni tahun lepas...waktu tu la kuantan banjir dan saat itu jugak sakit nak bersalinkan adik husna.... nasib baik rumah ni dah tak pakai astro...kalau tak camne la bebudak ni nak tengok tv... p/s hujan-hujan ni kami layan mee hoon bodoh je....layan....