Cerita Ita: ibu mengandung                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ibu mengandung

Apa yang Ibubapa perlu tau tentang Zika?

assalamualaikum semua, malam tadi negara dikejutkan lagi dengan berita satu lagi jangkitan virus Zika dikesan dalam Malaysia... dan kali ni lebih merisaukan kerana melibatkan golongan yang sangat berisiko iaitu ibu mengandung... aku pun terkejut sangat bila dengar berita semalam... kalau sesiapa yang berisiko macam ni jangan panik ye... cuba baca apa yang perlu dibuat untuk mencegah... kalau nak tau lanjut boleh baca kat Info Zika yang aku pernah tulis dulu... kes pertama Zika pada ibu mengandung bila ada jangkitan tempatan macam ni aku rasa yang paling panik tentulah ibu bapa kan? terutamanya mereka yang ada anak kecil macam kami ni kan...? oleh sebab tu aku awal-awal lagi dah cari info pasal apa yang ibubapa patut tau bagi mencegah anak-anak dijangkit virus berbahaya ni... gejala Zika Info perlu tahu Tentang Zika 1. Bayi dan kanak-kanak boleh dijangkiti oleh Zika.  ~ Setakat ni ada laporan yang mengesahkan jangkitan didapati dari gigitan nyamuk...

setengah hari di klinik..

assalamualaikum semua, hari ni setengah hari dihabiskan di 2 klinik... pagi aku ke klinik kesihatan bandar kuantan untuk ujian ulangan air kencing... keputusannya? aku diberi ubat antifungal dan perlu dihabiskan dalam masa 3 hari... cuma ayat doktor tu ada menambahkan sedikit kerisauan dalam diri... doktor kata risau jangkitan ni bahaya untuk bayi dalam kandungan... Ya Allah.. Kau sembuhkanlah penyakitku dan peliharalah zuriat kami dalam kandunganku ini..amin... doktor suruh datang ambik keputusan lepas sebulan... dan kena ulang ujian di klinik ibu dan anak di jalan gambut pulak 30 hb ni... hati siapa yang tak gundah gulana mendengar berita macam ni kan... lagi pulak si ibu yang sedang mengandung... tadi masa doktor bagitau pun aku macam terasa sedikit panik..apapun hati masih berdoa moga dijauhkan perkara yang tak diingini.. dan lepas habiskan masa di klinik kesihatan...aku kena pegi pulak ke klinik desa untuk rutin check up 2 kali seminggu tu... hari ni bacaan berat ma...

tak sihat..

assalamualaikum semua, dah seminggu tak sihat.. selsema... tapi tak teruk sangat.. tapi hari isnin baru ni pegi check up kat klinik desa... bila check berat naik mendadak... bulan lepas cuma 66.5kg... bulan ni jadi 69.5kg... pelik jugak mana datang 3 kg tu dalam sebulan... sedangkan selera makan takde la bagus sangat cuma tak muntah je la... tapi kalau ikutkan nak abiskan nasi separuh pun payah... malam pulak selalu tak makan...jadi susah hati pulak memikirkan... dan lepas tu mulalah jadi rutin baru pulak... pegi check berat 2 kali seminggu... aduhai.. ini yang tak daya... rasanya mungkin berat kat bayi kat dalam perut ni kot... shah pun cakap perut aku kali ni macam lagi besar je dari ngandung yang dulu-dulu... (ke sebab lemak tepu sebelum-sebelum ni tak abis bakar?  ;-P)... tapi memang rasa lebih lelah dari dulu.. nak berdiri sebelah kaki pun dah tak larat kalau tak support dengan tangan lagi sebelah... mungkin jugak sebab faktor umur yang makin meningkat agaknya... ...