Perancangan Hidup Assalamualaikum semua, korang sihat ke? Kesian blog ni terabai bila tuan dia sangat sibuk dengan perancangan hidup sebulan dua ni. Aku cuma sempat letak gambar dah coretan sikit je di Facebook dan instagram. Blog Tempat Mencurah Rasa Tapi tetap rasa tak best kalau tak tuliskan di blog semua benda yang berlaku. Bagi aku blog ni la tempat aku curahkan semua kisah kehidupan kami sekeluarga. Jadi kena tulis juga apa jua yang berlaku buat kenangan. Ada banyak kisah tertunggak ni.. Tapi akan kucoretkan satu persatu nanti. InsyaAllah. Keputusan Temuduga Kenaikan Pangkat Yang pertama aku nak cerita ialah benda besar yang jadi dalam hidup dan kerjaya aku, ianya biar jadi kenangan dan ingatan di suatu hari nanti. Keputusan temuduga bulan 7 tahun lepas dah selamat aku dapat hujung bulan lepas. Terima keputusan dengan bermacam rasa. Pertama kali tentulah aku rasa gembira bila berada dalam senarai nama sebagai salah seorang yang berjaya selepas menempuh sesi temuduga yang agak men...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.