Cerita Ita: kuantan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuantan

Mangga Harum Manis Versi Kuantan

Mangga Hasil Ketiga Kami Rasa Buah Mangga Harum Manis Berbuah di Kuantan  Assalamualaikum semua, hari ni kami dapat merasa mangga harum manis versi Kuantan buat kali ketiga. Buah sulung dia dulu cenonet je saiznya. Besar ibu jari. Itu pun dapat merasa sebiji je. Rasa Manis Buah yang pertama dulu tu walaupun saiznya kecil sangat tapi tetap rasa manis sangat masa tu. Buah yang kedua kami dapat makan tu selepas beberapa tahun buah pertama baru dia berhasil lagi. Itu pun lepas kami tabur garam kasar yang banyak kat pangkal pokok. Buah hasil kedua tu jugak sempat jadi makanan burung-burung yang singgah. Rasanya tahun 2022 kot masa tu. Kami jarang balik selepas Covid kan masa tu. Lepas tu lama jugak dia tak berbuah lagi. Yang ni manis jugak sebab kami petik dna biarkan dia sampai masak diperam. Harum Manis Berbuah Lagi Sekali tahun lepas ternampak beberapa putik buah yang keluar dari pucuk dahan. Alhamdulillah dia berbuah lagi. Syukur ada rezeki merasa lagi. Kami kira haritu buahnya ada ...

Aktiviti Hujung Minggu di Kuantan, Pahang

Jalan-jalan Hujung Minggu di Kuantan Assalamualaikum semua, semalam lepas kereta kami dah selamat Shah baiki kami habiskan masa berjalan ke sekitar bandar Kuantan. Kalau nak baca cerita pasal semalam boleh ke Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan. Hujung Minggu di Kuantan Disebabkan kelmarin tak dapat berjalan. Kami tunaikan hasrat tu pada hari semalam la pulak. Kami bukan ke mana pun. Kebetulan adik aku yang duduk di Muadzam Shah tu ada sekali kat rumah semalam. Nampak kerang besar kat depan tu?  Jadi kami teruskan aktiviti jalan-jalan ke Taman Kerang, Kuantan. Sebenarnya taman ni diberi nama bersempena replika kerang besar yang ada menghiasi taman ni. Cantik kat sini untuk bergambar dan berekreasi bersama keluarga. Lokasi dia yang sebenar adalah bersebelahan dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Ahmad 1 di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang. Ianya adalah lokasi terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Jualan di Taman Kerang Kuantan Setiap malam ada jualan di Taman Ke...

Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee

assalamualaikum semua,  kali ni nak kongsikan pasal donut sedap kat Kuantan ni.. banyak betul tempat makan sedap sebenarnya.. tapi asyiklah tak sempat nak kongsikan dalam blog ni.. kadang-kadang nak menulis sampailah dah hilang bahang cerita sebenar.. apakan daya sejak dari awal tahun ni kami diduga bermacam ujian.. yang akhirnya buat aku lebih fokus dengan perkara lain dari hobi aku yang satu ni.. Donut sedap dan murah di Dofi Donut & Coffee kalau dulu aku pernah cerita pasal donut jugak.. tapi yang tu cerita donut RM2 kat Bukit Sekilau .. jauh sikit dari pusat bandar Kuantan dan ada masa-masa tertentu je pulak.. tapi yang ni kedai yang sentiasa ada stok donutnya mulai dia buka jam 10 pagi sampailah dia tutup jam 10 malam.. itu yang best kan? bebila je nak beli ada je.. kami dah lama dengar pasal kedai donut DOFI ni.. DOFI tu katanya singkatan dari Donut dan Coffee.. kedai ni berada kat lokasi agak strategik la bagi aku.. dekat tengah-tengah pusat bandar Kuantan...

Nasi Ayam RM2.90 je?

assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis.. mood menulis pun dah tercampak mana ntah.. bukanlah tak menulis langsung.. ada je tulis tapi elok je tersimpan dalam draf je tu haa.. bila nak edit je macam ada yang kurang.. ntah apa dia ntah.. tapi kali ni semangat jugak nak menulis balik sebab nak kongsikan pasal kedai nasi ayam murah kat Kuantan masa kami balik baru ni.. mesti ada yang tak percaya betul ke nasi ayam RM2.90 je? haa.. meh aku cerita meh.. Nasi Ayam RM2.90 je?  kebetulan waktu kami balik aritu adalah anak yang menyebut nak main ping-pong tapi bila tengok raket yang pernah beli dulu dah rosak pun.. jadi dimintaknya la untuk beli baru.. kami pun asalnya nak cari kat kedai yang murah je la kat sekitar Kuantan tu.. jadi kami cadang nak cari kat kedai Eco Shop.. ala.. kedai RM2 yang popular tu.. eh ke korang tak tau?  kalau korang tak tau memang sahlah kami je la kaki shopping kat situ.. haha tapi bila sampai je kat kedai Eco Shop tu.. tanya denga...

Abg Long ambik peperiksaan UPKK

Assalamualaikum semua,  hari bersejarah hari ni..  jadi ummi kena jugak curi masa menulis kat dalam blog ni..  hari ni Abg Long ambik peperiksaan UPKK.. peperiksaan besar pertama buat Abg Long..  ujian pertama peperiksaan besar dalam hidup.. pertama jugak buat kami sebagai ibu bapa.. satu pengalaman yang sangat berharga dan harus kami akan ingat sampai bila-bila..  Abg long ambik peperiksaan UPKK  ramai jugak di kalangan kawan-kawan yang dah tau suka duka kami sekeluarga selepas berpindah ke Kuala Lumpur baru ni.. terutama part nak uruskan pasal peperiksaan UPKK untuk abg long dan perpindahan sekolah anak-anak ni semua.. waktu mencabar buat kami waktu tu..  dari sekolah yang amat menekankan kesan pembelajaran sepanjang hayat.. aku akui sangat Al Fawwaz sangat sempurna bagi kami.. walaupun cuma punyai bangunan sekolah yang menempel di rumah-rumah teres dan surau di Taman Kempadang Makmur.. tapi aku rasakan usaha setiap orang gurunya pat...

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari untuk debaran sekali lagi.. bukan debaran menanti Harapan Malaysia Baru tapi menanti kedatangan bulan baru yang penuh berkat ni.. menanti kedatangan bulan Ramadan.. bulan yang dirindui oleh semua umat Islam.. dengan itu aku nak kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang sempena persediaan diri sendiri menghadapi bulan penuh mulia ni.. aku bagi ikut Zon ya.. jom tengok! ZON 1 : Pulau Tioman Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang ZON 2 : Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang ZON 3 : Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera dan Jerantut Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang ZON 4 : Bentong, Raub dan Kuala Lipis Jadual Waktu Imsak dan Berbu...

Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang dan berjumpa Ustaz Fauzi Mustaffa

assalamualaikum semua, pagi ni nak cerita kisah kami meniaga di Masjid Sg. Karang semalam.. ada kuliah dhuha anjuran Sahabat Telekung Kuantan di Masjid Sg.  Karang semalam.. dan mereka ada buat jualan barang preloved untuk mengumpul dana bagi STK jadinya mereka bukak untuk penjual gerai-gerai lain sekali.. alhamdulillah rezeki dikongsi bersama..  Kisah Meniaga di Masjid Sg. Karang dan berjumpa Ustaz Fauzi Mustaffa yang bestnya kuliah dhuda kali ni agak istimewa sebab mereka panggil ikon terkenal jugak.. iaitu Ustaz Fauzi Mustaffa..  alhamdulillah diberikan kesempatan untuk mendengar ceramah beliau walaupun sambil berniaga di luar masjid.. bagus masjid ni, suara penceramah dapat dengar dengan jelas walau berada di luar kawasan masjid.. kiranya kalau rumah yang dekat-dekat tu tak payah datang masjid dah boleh dengar..  Kuliah Dhuha Anjuran Sahabat Telekung Kuantan  kami pulak berpeluang berjualan dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.. cuma ...

Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan

Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan assalamualaikum semua, setiap tahun kalau dah nak tiba je bulan Ramadhan mesti akan ada hotel-hotel dan tempat makan yang memperkenalkan hidangan berbentuk bufet ramadhan yang menarik dengan harga yang berbaloi dengan apa yang dihidangkan.. dan kali ni kami berkesempatan pergi ke majlis pelancaran Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan.. meh la kita tengok hidangan dan baca kenapa tema ni dipilih.. Bufet Ramadhan bertemakan Kampung Boy di AnCasa Royale, Pekan sebenarnya tema 'Kampung Boy' dipilih bersempena dengan Kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh tu merupakan tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018 tau.. jadi itulah sebab ada gambar bola tu.. Kempen 'Stay, Dine & Win' Disebabkan sambutan yang sangat baik dari pelanggan hotel yang telah menikmati Bufet Ramadhan pada tahun lepas,...