Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Diraikan Hari Lahir dan Hadiah

Ulangtahun ke 47 Yang Diraikan Assalamualaikum semua, kita masih lagi berada di bulan kelahiranku. Biasa kalau cukup awal tahun, mesti cukup umurku. Jadi sambutan biasanya cuma biasa-biasa saja. Sebab jaranglah orang ingat. Kek Pandan Gula Melaka, Sedap! Alhamdulillah tahun ni ada yang sudi meraikan dengan kek harijadi pada minggu kedua Januari hari tu. Terima kasih buat kawan-kawan sekerja yang baik hati. Aku sangat hargainya. Seronok bekerja di Projek Pertanian Moden ni sebab masing-masing bantu membantu dan tak berkira kerja. Tuntut Hadiah Harijadi di Secret Recipes dan 7Elevan Minggu lepas aku sempat tuntut 2 ganjaran sempena bulan kelahiranku. Pertama aku pergi makan kek dan juadah di Secret Recipes. Sebenarnya lebih kepada nak tuntut kek percuma, tapi kenalah makan juadah utama dulu. Menu Pilihan di Secret Recipes  3 menu pilihan di Secret Recipes  Jadi aku pilih Tomyam Kung dengan Earl Breakfast Tea untuk makan dengan kek percuma. Sayangnya kek percuma takde banyak pili...

Mangga Harum Manis Versi Kuantan

Mangga Hasil Ketiga Kami Rasa Buah Mangga Harum Manis Berbuah di Kuantan  Assalamualaikum semua, hari ni kami dapat merasa mangga harum manis versi Kuantan buat kali ketiga. Buah sulung dia dulu cenonet je saiznya. Besar ibu jari. Itu pun dapat merasa sebiji je. Rasa Manis Buah yang pertama dulu tu walaupun saiznya kecil sangat tapi tetap rasa manis sangat masa tu. Buah yang kedua kami dapat makan tu selepas beberapa tahun buah pertama baru dia berhasil lagi. Itu pun lepas kami tabur garam kasar yang banyak kat pangkal pokok. Buah hasil kedua tu jugak sempat jadi makanan burung-burung yang singgah. Rasanya tahun 2022 kot masa tu. Kami jarang balik selepas Covid kan masa tu. Lepas tu lama jugak dia tak berbuah lagi. Yang ni manis jugak sebab kami petik dna biarkan dia sampai masak diperam. Harum Manis Berbuah Lagi Sekali tahun lepas ternampak beberapa putik buah yang keluar dari pucuk dahan. Alhamdulillah dia berbuah lagi. Syukur ada rezeki merasa lagi. Kami kira haritu buahnya ada ...

Kisah Hari Keempat Persekolahan

Ka wan Ambik Duit Saya! Assalamualaikum semua, haa.. baca tajuk tu mesti terkejut kan? Kisah si Adam di hari ke 4 persekolahan dia dia Darjah 1. Macam-macam hal kan..? Berebut nak masuk rumah di hari keempat Cerita dia macam ni. Si Adam ni kalau sekolah dia dah pandai sangat berbelanja. Siap dia tetapkan berapa kena bawa untuk sekolah pagi dan petang. Apa yang nak dibeli pun dia rancang awal. Sekali di hari keempat waktu kami jemput dia balik sekolah dia cerita kawan dia ambik duit dia. Panjanglah kami tanya kenapa dia kasi? Tapi aku anggap kes kawan-kawan mintak duit je la. Dia pun tak cakap apa lepas tu. Terima Mesej Permohonan Maaf Tiba-tiba hujung petang semalam menghampiri Maghrib, aku terima mesej di WhatsApp.. Bunyinya begini: "Assalamualaikum puan, puan ni mak Nafis Adam ke?" Tipulah kalau aku kata tak berderau darah bila baca. Aku fikir 2 perkara je kalau dapat mesej gini. Satu.. Anak aku buat hal. Kedua.. Anak aku kacau anak orang. Risau oooo.. Sekali mesejnya bersa...

Ayam Perapan Untuk Anak-anak

Masak Sendiri di Rumah Setiap Hari? Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari keempat anak-anak ke sekolah. Tahun ni untuk masih ada seorang di KV, 2 orang di sekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah. Ayam Perap Yang 2 orang di sekolah menengah tu dah tak kemana-mana dah waktu petang. Balik dari sekolah terus ada transit yang hantar ke rumah. Jadinya dah kena sediakan makanan untuk anak berdua ni setiap hari. Rutin Harian Memasak di Rumah Kalau hari persekolahan biasa sebenarnya rutin aku bermula dari awal pagi. Aku dan Shah akan masak sarapan secara bergilir-gilir. Kalau aku sempat atau tak keluar kerja jauh dari Kluang memang aku la yang akan memasak. Kalau ada harinya yang terpaksa ke Putrajaya atau tempat lain, Shah akan bantu pulak. Sarapan Berat Setiap Hari Kat rumah kami ni memang dah dibiasakan sarapan berat setiap hari. Jadinya anak-anak dah biasa makan dan kenyang sebelum ke sekolah. Kalau ada hari tak sempat memasak tu kadang kesian juga tengok anak-anak. Antara co...

Galeri Lebah Melaka

J alan-jalan Melaka dan Galeri Lebah Assalamualaikum semua, ini kisah tahun lepas. Kami ada sesi lawatan tak rasmi sambil ikut Shah punya majlis konvokesyen Giatmara Johor di UTEM Melaka ni. Masa tu dah awal-awal kami tempah homestay untuk duduk anak beranak. Kebetulan pulak adik aku yang bongsu nak ikut dan kami sarankan abah ikut sekali. Alhamdulillah abah selesa sangat dengan homestay yang kami duduk tu. Abah dah siap promosi kat adik beradik lain kalau nak duduk situ lagi nanti. Yang tu nantilah aku cerita. Lawatan ke Galeri Lebah Melaka Kali ni nak cerita kisah kami melawat ke Galeri Lebah Melaka ni sebenarnya. Ianya terletak di Ayer Keroh Melaka. Maaf kalau salah ya. Sama jalan dengan Zoo Melaka. Kiranya kalau nak ke Zoo Melaka tu akan jumpa galeri ni dululah. Ada Pelbagai Jenis Madu Dipamerkan Ada banyak madu dijual di sini. Kami pulak puaslah jugak cuba semua madu yang ada kat situ. Dia letak kat area pameran tapi ianya boleh dirasa oleh pengunjung. Tujuannya untuk dirasa sebel...

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

  Hari Pertama Sekolah Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap. Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad. Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni. Mesyuarat di Putrajaya Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja. Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la. Planner Yang Cantik Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku not...

Terus Terbang Tinggi Wahai Anak!

  Tahniah Abg Long! Assalamualaikum semua, aku sebenarnya patut tulis lama dah kisah anak yang sorang ni tapi belum sampai masa yang sesuai. Hari ni aku rasa masa yang sesuai untuk aku tulis satu post khas untuk ucapkan tahniah buat Abg Long, anak kami yang pertama. Abg Long Melangkah Ke Kolej Vokasional Pada tahun 2023, Abg Long buat keputusan nak sambung belajar ke Kolej Vokasional atau KV. Pada awalnya masa tu, abg long mintak kursus komputer. Dia minat sangat dengan komputer. Tapi apakan daya, tiada rezeki abg long untuk terpilih mengikuti kursus komputer di KV. Gagal Kemasukan ke KV Gambar tahun 2023 waktu hadiri temuduga terbuka Abg long sebenarnya memohon untuk sertai KV Sepang dalam bidang komputer tapi gagal. Jadinya Abg long nekad nak teruskan dengan rayuan. Pada masa tu rayuan "walk in" untuk temuduga terbuka cuma pada kursus tertentu je. Antaranya kursus Automotif, kursus Elektronik, kursus Elektrik, kursus Penghawa dingin dan Kursus Perakaunan. Kursus Perakaunan ...