Cerita Ita: harga tiket                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel harga tiket

Cara Beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, aku nak kongsikan dengan korang macamana aku beli tiket bas online dari Kuantan ke Kuala Lumpur masa pergi ke KL baru ni.. senang je tau.. dan kalau beli melalui online ni korang boleh jimat banyak jugak tau.. Redbus perkhidmatan tiket bas online aku kan sepenuh masa biasanya ada di pejabat.. pergi kerja dan balik kerja pun berhantar dan berjemput sebab aku tak bawak kereta sendiri.. alhamdulillah masih ada orang tersayang yang sudi dan masih mampu hantar dan jemput aku pergi dan balik kerja lagi.. syukur.. tapi bila dan berhantar dan berjemput ni satu je la masalah.. nak ke sana sini pun kena la tunggu shah.. jadinya pergerakan aku agak terbatas.. oohh.. mungkinkah ini sebab shah tak bagi aku bawak kereta sendiri agaknya.. takut aku panjang langkahnya.. hahaha.. maaf ye bang.. terfikir negatif pulak.. ok kita sambung kisah bas.. disebabkan aku kena pergi ke majlis semalam di KL tu aku pun mula terfikir kenapa tak aku pergi sorang je nai...

Menara Kuala Lumpur : Tempat menarik di Kuala Lumpur

assalamualaikum semua, kami masih di Kuala Lumpur dan berulang alik ke HUKM hari ni.. alhamdulillah walau banyak dugaan, tapi banyak jugak urusan yang dipermudahkan.. dan hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur yang merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur.. Menara Kuala Lumpur sebenarnya perjalanan kami lebih pada perjalanan yang tak dirancang.. kami keluar dari hospital dah agak lewat dalam jam 9 malam macam tu.. biasalah berat hati nak tinggalkan mak dengan abah sendiri tiap hari.. 2 bangunan menarik di Kuala Lumpur, Kl Tower dan KLCC dan bila sampai di Jalan Kuching, permandangan seperti atas ni sangat menggamit hati kami untuk mengunjungi tempat menarik ni.. tambahan pula sinaran lampu Menara Kuala Lumpur ni menggelip-gelip dari jauh berubah menjadi berbagai warna.. sudah cukup untuk buat mulut anak-anak menyebut.. "bestnya kalau dapat pergi situ kan.." dan akhirnya kami di sini lemah pula...

Info Zoo Kemaman yang mesti tau !

assalamualaikum semua, disebabkan kemaruk demam Hari Keluarga di Zoo Kemaman masih belum abis lagi... dari Part 1 bersambung ke Part 2 dan sekarang kita cerita pasal Zoo Kemaman pulak ye... aku berhajat nak kongsikan apa yang ada di Zoo Kemaman ni sebenarnya... meh kita cerita serba sedikit info... di hadapan Zoo Kemaman  kalau nak tanya aku macamana nak pergi sebenarnya hari tu kami pun sesat... kuikui... dan dah sampai kat tengah bandar Chukai tu dah panik dah... mana nak hala... sebenarnya senang je tapi tah macamana boleh terlajak ke lain ntah... kalau ikut kenderaan pejabat masa buat kerja di Zoo Kemaman aritu kami ambik simpang betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai... kalau korang dari bandar kira sekolah ni belah kiri korang dan korang terus ambik simpang kiri... lepas tu terus je... tapi aku nasihatkan korang guna je la waze atau google maps... macam aku aritu terpaksa guna GPS...hehehe... bila dah sampai tu parking Zoo ni terletak be...

Promosi Tiket Zoo Negara Bersama Bonuslink 2015-2016

assalamualaikum semua, pagi tadi ada dapat email dari Bonuslink...selak-selak ternampaklah ada promosi bagus yang perlu dikongsi dengan semua orang... tapi dengan syarat korang kena ada kad bonuslink dulu baru la boleh melayakkan diri untuk menuntut diskaun tiket ni... menarik kan? ni pulak harga biasa kalau takde diskaun macam kat atas tu... harga tiket biasa tapi kena ingat ye... kena tunjuk mykad dan jugak kad bonuslink untuk melayakkan korang dapat harga tiket diskaun ni... jom cepat... tawaran habis pada 31 Januari 2016... sempat lagi ni nak tunggu diorang repair dulu lebuhraya dari kesan tanah runtuh semalam tu kan... seram tengok gambar runtuhan tanah di Lebuhraya Karak tu... p/s agak emosi dengan orang share tentang ayam kena cucuk hormon...kesian orang yang tak mampu nak beli ayam organik yang mahal2...hmmm...terasa macam nak buat entri je... ada ke yg nak baca?

Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara

assalamualaikum semua, hari ni ada luang masa sikit nak lunaskan janji pada korang.... haaa...ini dia cerita pasal kunjungan kami ke Muzium Coklat di Kota Damansara pada hari Ahad lepas.... kami sampai sini jam 12.30 tengahari...ingatkan ramai orang pasal hari ahad kan? tapi mungkin sebab tempat ni baru dan tak ramai lagi yang tau.... aku sampai sini pun disebabkan ada alamat lengkap seperti kat SINI dan kami tuju kawasan tu dengan menggunakan GPS.... kalau diikutkan alamat lengkap dia Jalan Teknologi 3/4 tapi bila sampai jalan tu korang kena ke depan sikit untuk terus ke Jalan Teknologi 3/5 baru boleh jumpa bangunan Dr. Group ni.... sangat jelas digantung banner Chocolate Museum di pagarnya... confirm tak sesat.... bangunan Muzium Coklat Kota Damansara... kena masuk ikut pintu kanan tu... sebelum masuk bangunan ni korang kena daftarkan diri kat pondok pengawal dia untuk ambik pas lawatan.... yang ada tali kuning abg ngah pakai tu.... hanya untuk orang dewasa je pas ni...