Cerita Ita: breastfeeding                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel breastfeeding

Bra Simple Wishes membantu ibu yang menyusukan

assalamualaikum semua, hari ni belum ada update... takde idea..memula ingat nak cerita pasal anak-anak tapi teringat dalam bulan ni ada kena gi klinik untuk check up jadi cerita anak-anak tanggu lepas check up je la ye... hari tu aku ada terbaca masalah penyusuan kat kumpulan ibu menyusukan kat facebook... dan kebetulan ada satu cerita kat dalam blog yang dah lama aku drafkan tapi tak menyempat nak diceritakan pun... ada yang cerita pasal masalah susah nak pam sebab masalah selalu kena kerja luar kawasan.. untuk pengetahuan korang aku pun ada masalah yang sama... memang selalu bila terpaksa pegi untuk perjalanan yang jauh aku memang terpaksa pam dalam kereta... kalau naik kereta pejabat takkan asyik nak mintak orang stop tengah-tengah jalan je kan... jadi sebagai alternatifnya kena berada di tempat duduk belakang dan mempunyai alatan yang sesuai.. alatan yang sesuai maksud aku adalah pam susu yang boleh dibawa untuk bergerak kemana-mana.. terutama yang menggunakan bateri......

pengalak bagi ibu menyusukan anak..

salam semua, topik serius pulak cuti-cuti ni kan? sekarang kat tv2 ada rancangan What Say You.... tengah cerita pasal penyusuan susu ibu... bagus topik camni... boleh bagi pengetahuan bagi yang tak tau.... terutama golongan yang tak bape faham kenapa perlu diteruskan penyusuan walaupun bila ibu dah naik kerja... lepas ni mungkin rancangan Apa Kata Wanita, Nona dan Wanita Hari Ini pun boleh mengupas topik yang sama... maaf la kalau topik ni dah dibincangkan dan aku terlepas pandang... banyak lagi yang boleh diberi perhatian, sebagai contoh bagi yang pernah membeli barang-barang bagi penyusuan ni mungkin sedia maklum yang harga barang-barang untuk penyusuan ini mahal... terutama pam susu... mungkin selepas ni kerajaan perlu bagi sokongan dengan memberi perlepasan cukai bagi barangan yang dibeli untuk penyusuan sehingga RM1000 bagi setiap 3 tahun ke.... bagus kan untuk mengalakkan ibu berkerjaya lebih bersemangat untuk menyusukan anak-anak mereka... apa kata korang? p/s pagi ni cu...