Cerita Ita: facebook                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel facebook

Menang Contest Raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua,  nak kongsikan cerita hari tu aku ada menang contest raya dari Denaihati..  alhamdulillah sesaja la masukkan gambar masa raya hari tu.. mana la tau ada pulak rezekinya kan.. syukurlah jugak..  Menang Contest Raya dari Denaihati!  permintaan Tuan Amir Denaihati waktu tu suruh masukkan dalam komen gambar yang kita rasa paling kelakar atau paling menarik atau paling cantik untuk kawan-kawan undi.. kemudian mereka akan pilih 5 pemenang dari pilihan like tertinggi sekali antara komen..  niat hati waktu tu nak belanja kakak husna makan durian kalau dia memang.. rupanya Allah nak permudahkan niat mak dia ni.. akhirnya gambar kami pertaruhkan tu berjaya jadi antara 5 pemenang.. syukur alhamdulillah.. semoga Allah permurahkan lagi rezeki buat Tuan Amir Denaihati dan team.. InsyaAllah kalau ada lagi aku akan sentiasa sokong!  Ceritaita

Menang hadiah dari Johnson's!

assalamualaikum semua,  aku lupa nak cerita yang aku menang hadiah dari Johnson's tau hari tu.. tu la kalut pasal benda lain yang sampai sekarang belum selesai lagi ni.. selagi tak habis benda nan satu ni memang aku kalut la memanjang.. sampai lupa hobi nan satu tulis kat blog ni.. angin kerisauan tu belum habis lagi.. insyaAllah kalau dapat hari isnin ni nak la benda ni selesai dengan baik.. tapi mehlah kita hilangkan kerisauan dengan cerita pasal menang hadiah ke kan..  Menang hadiah dari Johnson's!    aku masuk peraduan ni dah lama jugak.. ala peraduan senang je.. eh ada satu lagi jugak peraduan senang yang aku masuk la.. aku belum sempat cerita gak yang tu.. aku kongsikan kat facebook je hari tu.. nantilah bebila aku cerita.. yang ni nak cerita pasal hadiah istimewa Johnson's yang comel ni.. meh la aku tunjuk pasal tak sabar kan.. haha..  masa aku hantar gambar hadi guna bedak tu kat facebook  tu takde apa pun dapat dari komen.. t...

Facebook dah bertukar wajah lagi?

assalamualaikum semua, disebabkan aku masih belum tidur aku nak tulis lagi satu entri sebelum tidur ni.. korang tau tak facebook dah bertukar wajah lagi? kali ni perubahan kat profile kita tu pulak.. kan ada ruangan untuk kita tengok profile kalau kat hp kan? haa.. yang tu la..  Facebook dah bertukar wajah lagi?  kalau kat komputer dia jadi rupa macamana tapi kat telefon bimbit dia akan rupa macam kat atas ni la.. tapi secara peribadinya aku lebih suka pandangan yang macam ni.. pasal aku kan ada 1 personal facebook dan 3 page untuk selenggara kan.. walau tak rajin tapi kadang-kadang tu nak update jugak.. jadinya dengan cara macam ni aku senang la nak cari page tu banding yang lama dulu cuma satu page je yang boleh letak kat atas sekali.. pastu yang lain kena letak kat bawah sampai kadang-kadang terlepas pandang terus..  terima kasih la mark sebab mudahkan kerja aku kali ni.. jadi dah takde alasan taknak update page pulak ye ita.. hehehe..  Cerita...

Facebook pun nak berbuka?

assalamualaikum semua, semalam aku perhatikan ada tetiba waktu maghrib atau waktu berbuka ada di belah atas wall facebook masa aku scroll facebook.. pelik jugak, takkan facebook pun nak berbuka? waktu matahari terbenam dan maghrib di Facebook rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya.. baru la aku tau bila aku tekan butang seterusnya..  ini sebabnya ini sebabnya rupanya facebook dah mula bagi peringatan pada semua waktu matahari terbenam dan menandakan masuk waktu berbuka berdasarkan kawasan kita duduk tu.. ooo.. macam tu.. ok la jugak kan? maknanya ada la peringatan selain dari kita tengok kalender masuk waktu dan dengar pengumuman waktu imsak dan berbuka tu kan.. tapi aku ni jenis suka dengar azan dari surau atau masjid atau lagi senang kami pasang je radio Pahang FM tu.. haaa yang tu memang yakin lebih dah la.. korang guna cara macamana pulak?

Facebook kena block !

assalamualaikum semua, malam tadi line tak berapa elok lepas tu aku cuba post status facebook tapi macam lepas macam tak je.. aku abaikan je la.. tetiba je awal pagi tadi nak kongsikan entri blog terbaru kat fb tak boleh pulak.. sedih betul la.. status yang tak lepas malam tadi ntah kenapa ntah.. dia kata sebab aku ada post gambar yang copyright reserved dari satu company ni.. sebenarnya gambar tu ihsan dari company yang mintak aku buat entri blog tentang website dia.. jadinya aku cuma guna atas kebenaran dia je la.. sudahnya aku pulak jadi mangsa.. dan bila aku nak like status kawan-kawan dan nak post status kat facebook tetiba dia keluar mesej macam kat bawah ni.. aduhai.. berat benar agaknya salah aku ni.. bertabahlah ita.. facebook kena block Jadi, apa perlu buat kalau facebook kena block? tak perlu buat apa-apa.. tunggu je la sampai tempoh block tu abis.. macam aku kena tunggu sampai 3 hari.. bertabah la.. kawan-kawan jangan rindu ok.. heee.....

Apa adik beradik ni tengah buat?

assalamualaikum semua, pagi tadi aku ada upload gambar di facebook.. dan kemudiannya aku tanya sesiapa yang tau apa yang tengah adik hadi dan abg ngah buat pada masa tu.. saja je la nak bagi teka teki kot-kot orang tau jawab kan..gambarnya macam kat bawah ni... Apa adik beradik ni tengah buat?  tak sangka ramai yang hebat.. kebanyakan tekaan betul tau.. dan kali ni aku nak tanya pulak pembaca blog Cerita Ita ni pulak.. rasanya dua beradik kat atas tu tengah buat apa agaknya.. dan apa yang ditengoknya? korang cuba teka dulu.. kemudian aku bagi jawapan boleh?... hahaha.. ok aku malas tunggu dan aku bagi jelah jawapan sekali la kat sini.. gambar kat bawah ni akan menjawab persoalan kat atas tu.. yaa... diorang tengah bagi kucing makan.. ni antara hobi anak-anak kalau ada kucing kat area kedai makan.. memang kegemaran anak-anak la kiranya ni tapi biasanya aku akan bagi perlepasan kat anak-anak ikut pada kedai jugak.. sebab ada kedai yang ...

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua, pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami.. arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor.. persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara.. arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya..  doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang d...

Kualiti Drypers makin teruk? Pelanggan menggamuk di Facebook!

assalamualaikum semua, dari kelmarin ada kawan dah sebut isu Drypers viral di facebook katanya... aku agak slow 2-3 minggu ni dengan facebook... jadi memang terlepas pandang... tapi bila fikirkan isu kualiti ni... aku rasa dah ramai yang mula merungut tentang kualiti Drypers sejak adanya Drypers banyak versi... boleh baca komen-komen orang yang marah di facebook Drypers ada keluarkan 3 jenis lampin pakai buang yang setakat ni ada di pasaran...  1. Drypers Classic 2. Drypers Wee Wee Dry 3. Drypers Touch kalau ikutkan sebagai pengguna tegar Drypers ni memang aku perasan jugak memang ada perbezaan ketara dari produk ni masa memula jenama ni diperkenalkan dulu... aku guna Drypers sejak abg ngah lahir tahun 2010 selepas abg ngah alah bila guna satu jenama lampin pakai buang yang lain... lepas tu aku terus setia dengan Drypers yang aku rasa cukup bagus untuk anak-anak dan berbaloi dengan harganya...  tapi sejak dua menjak ni.... kami mula rasa macam ad...

Wordless Wednesday # 99 : TIPS SENAMAN UNTUK KURUS

assalamualaikum semua, banyaknya nak tulis tapi belum ada kesempatan... kali ni kita share tips kurus yang dapat dari facebook INI ... semoga bermanfaat untuk semua...insyaAllah... terutama yang pasang azam tapi cuma azam je yang makin kurus nampaknya... hehehe.... p/s korang tengok kejadian gerhana matahari pagi tadi? Subhanallah... indahnya ciptaan Allah kan?

Wordless Wednesday # 82 : Teman

assalamualaikum semua, macam tak sangka post ini berada di facebook aku setahun yang lepas... p/s tak sabar nak menurut anak-anak di kampung.. :) dugaan sakit mata lak hari ni..

Dah 54 hari

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari kampung nan indah permai.. lama dah tak menulis..ini pun sambil meriba si kecik comel dalam cuaca pagi yang sejuk-sejuk ni..terima kasih pada yang sudi singgah dan baca serta tinggal komen walau tuan blog lama dah tak berkesempatan nak menulis.. alhamdulillah..hari ni kami dah genap 54 hari selepas tarikh bersalin aritu...aku masih lagi merangka draf untuk kisah kelahiran adik hadi..maaf ye bagi yang tertunggu-tunggu...ceeeh...ada ke? hehe... adik hadi makin sihat dan bulat sikit dari lahir aritu...dan dah 2 hari aku letak gambar muka adik di facebook..kalau sebelum ni tak letak konon-konon la eksklusif konon...haha..sila jangan meluat ok.. dan di entry ini juga akan diletakkan gambar bagi sesiapa yang belum tengok Ahmad Hadi Haris di facebook lagi tu.. selamat berkenalan buat semua dr adik Hadi.. p/s cuti2 jugak...tapi ada keja yang kena jugak submit sblm 30 hb..hmmm...

Mental Age Test

assalamualaikum semua, hari ni dapat sesuatu dari kawan di facebook... ujian umur mengikut mental anda.... menarik kan? dan aku dah try buat.... keputusannya adalah....  Mental Age Test hahaha...mujur sama dengan umur sekarang ni...... eh tapi macam muda jugak la kan? sebab dalam beberapa hari lagi nak berganjak ke 35 tahun.... (kalau ikut bulan Islam dah cukup pun..4 Safar)... ada yang berminat nak cuba? meh gi kat MENTAL AGE TEST ... lepas tu komen korang dapat umur berapa yek? p/s terima kasih yang sudi singgah dan bagi komen.. tuan rumah tak sempat nak balas lagi... petang ni nak balik kg... doakan keselamatan kami ye...

Wordless Wednesday # 45

assalamualaikum semua, kematian itu pasti akan tiba... hanya luahan perasaan di pagi rabu   p/s sibuk menyiapkan semua kerja sebelum hilang dalam jangkamasa yg agak lama...

Fenomena Koleksi Cik Ta dah bermula di Facebook

Post melekat sampai promosi abis 5 Julai 2013 ye..(post baru scroll bawah) assalamualaikum semua, Dengan bacaan Bismillahirahmanirahim.... aku nak mulakan entry bersejarah ni... Koleksi Cik Ta yang akan menjual pelbagai jenis hidangan pencuci mulut... buat masa ni disebabkan usahawan ni baru nak berusaha mengatur masa sebaik mungkin.... (antara bisnes, anak dan suami ... kan bang?).... maka hanya beberapa menu je yang dapat diketengahkan... menu yang terpilih itu adalah.... 1. Cheesy Merry bila cream cheese diadun rasa bersama susu pekat dan dilapisi biskut marie dan serbuk nestum yang lemak berkrim.... bersatu pula rasanya dengan kemanisan blueberry atau strawberry yang didatangkan khas... menjadikan ianya lain dari yang lain..... dan sesungguhnya para penggemar kek atau desert berasaskan cream cheese patut mencubanya..... sesuai juga untuk hidangan berbuka puasa dan hari raya..... Cheesy Merry blueberry cheesy merry dan strawberry cheesy merry cream che...

Sini Semua... Cerita Ita nak bagi hadiah la!

Salam sejahtera semua, gambar pinjam ;) dalam masa beberapa hari lagi ni aku akan buat kejutan buat korang pembaca dan blogger semua.... aku nak bagi hadiah ni wei..... tapi hadiah kecil-kecilan je pun... tapi ada contest kecil-kecilan jugak la untuk korang join.... tapi pasal hadiah dan cara pertandingan kita simpan dulu ye.... dah aku kata kejutan kan tadi..... jadi teruskan melekat-lekit kat blog ni untuk maklumat lanjut.....atau...like page Cerita ita kat sebelah kiri (eh ke kanan? konpius....) atas tu ye.... p/s sesiapa yang ada rasa nak bagi cadangan contest macamana dia suka dan hadiah boleh komen di bawah ye....juga kalau sesiapa sudi nak sponsor hadiah dialu-alukan....

Wow Islam is Amazing!

salam sejahtera semua, cuma nak kongsikan perkongsian dari rakan facebook tadi... Perkongsian cerite.... Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?" Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth? Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu." Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?" Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor. Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?" Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itul...

sangat setuju...

salam semua, nak tepek gambar kejap.... ni aku share dari kawan lama dan selama-lamanya insyallah.... boleh kan Faiz ? p/s aku faham maksudnya.... dalam sungguh tu....