Cerita Ita: mesyuarat                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mesyuarat

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

  Hari Pertama Sekolah Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap. Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad. Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni. Mesyuarat di Putrajaya Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja. Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la. Planner Yang Cantik Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku not...

Mesyuarat bermula!

assalamualaikum semua, selamat pagi dari port dickson...chewah.... kami ambik masa lebih 5 jam nak sampai PD ni dari Kuantan ikut jalan Muadzam Shah...pengsan... sampai-sampai je kena hadap meeting sampai pukul 11 malam...waduh...letihnya badan...aku tidur lena semalam...sedar-sedar je nak bangun gi toilet jam 3 pagi je...alhamdulillah..hilang penat satu badan bila tidur tilam empuk dari natural latex from Malaysia...ceh...hehehe...bukan aku yang cakap tapi hotel yang tulis tau...tak caya? nanti aku ambik gambar ye... ok...jom start meeting... p/s pusing2 hotel nampak pool cantik terus teringat anak3...waaaaaa.....

mesyuarat ke pesta membeli ni?

assalamualaikum semua, hari ni aku berada di wisma belia kuantan sebab ada mesyuarat agong puspanita negeri pahang.. disebabkan pemimpin kami orang yang berjiwa berniaga dan kami pun menyokong sepenuhnya idea beliau nak mendapat duit saku puspanita jabatan kami...maka kami di sini bagi menjaga booth jualan kami.... kami jual apa tau? kami jual kurma, aprikot kering, jus delima, minyak zaitun, madu, cuka epal dan cuka kurma pun ada...kami jual murah-murah je pun...dari harga rm5 hingga rm35 eh ni nak gi mesyuarat agong ke apa ni? hihi... meh layan gambar pesta jualan sebelum masuk ke mesyuarat pagi tadi... nasib baik tak bawak duit banyak...banyaknya makanan sedap-sedap nak diborong...serbuk kunyit pun diorang ada jual ko.... p/s mesyuarat puspanita tapi ada gak lelaki menyelit sekali....apa daaa...bagi la can kat orang perempuan ni satu hari buat diorang...