Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki - Cerita Ita                                                             Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki Langkau ke kandungan utama

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

 Hari Pertama Sekolah



Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap.







Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad.

Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni.

Mesyuarat di Putrajaya


Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja.




Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la.

Planner Yang Cantik


Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku nota. Apa pun tak bawak cuma ada pen je. Aku mintaklah sehelai kertas A4 dengan PA bos tadi. Eh sekali staf pentadbiran datang bagi kotak cantik.





Rupanya dalam kotak tu ada buku planner 2026 atau buku perancangan tahunan yang cantik jugak. Warna "teal blue" atau biru kehijauan kot. Menarik warna ni. Jarang jumpa. Terus boleh guna untuk mesyuarat tadi.

Rezeki


Tadi dah cerita pasal rezeki bila dapat planner tu kan. Bukan tu je rezeki aku hari ni. Dapat rezeki makan sedap kat Restoran Ummi Aisya kat Kota Warisan.




Eh masa singgah kat RNR Pagoh untuk solat Maghrib dan Isyak tadi boleh pulak ada budak yang jual buah kat RNR bagi buat mata kucing percuma. Budak tu siap kata belanja kak.. ambiklah. Alhamdulillah rezeki lagi.




Balik tadi pulak, walau dah makan jagung rebus beli kat jualan hari Isnin kat Wisma Tani tadi aku masih terasa lapar. Shah ajak lepak kedai Selera Acid Corner kat Medan Selera Taman Intan makan kue tiaw goreng pulak. Tambah rezeki bila selamat buat pembentangan perancangan tahun 2026 kat bos tanpa sebarang masalah. Syukur Allah atas rezeki hari ni.

Cerita Ita 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...