Terus Terbang Tinggi Wahai Anak! - Cerita Ita                                                             Terus Terbang Tinggi Wahai Anak! Langkau ke kandungan utama

Terus Terbang Tinggi Wahai Anak!

 Tahniah Abg Long!




Assalamualaikum semua, aku sebenarnya patut tulis lama dah kisah anak yang sorang ni tapi belum sampai masa yang sesuai. Hari ni aku rasa masa yang sesuai untuk aku tulis satu post khas untuk ucapkan tahniah buat Abg Long, anak kami yang pertama.



Abg Long Melangkah Ke Kolej Vokasional


Pada tahun 2023, Abg Long buat keputusan nak sambung belajar ke Kolej Vokasional atau KV. Pada awalnya masa tu, abg long mintak kursus komputer. Dia minat sangat dengan komputer. Tapi apakan daya, tiada rezeki abg long untuk terpilih mengikuti kursus komputer di KV.

Gagal Kemasukan ke KV

Gambar tahun 2023 waktu hadiri temuduga terbuka



Abg long sebenarnya memohon untuk sertai KV Sepang dalam bidang komputer tapi gagal. Jadinya Abg long nekad nak teruskan dengan rayuan. Pada masa tu rayuan "walk in" untuk temuduga terbuka cuma pada kursus tertentu je. Antaranya kursus Automotif, kursus Elektronik, kursus Elektrik, kursus Penghawa dingin dan Kursus Perakaunan.

Kursus Perakaunan Sebagai Pilihan


Jadi Abg long tanya pendapat aku kursus mana yang sesuai dia ambik. Awalnya aku nak suruh dia ambik kursus elektronik je.. tak jauh la dari minat dia dengan komputer tu kan.. Tapi bila aku fikirkan kelebihan dia dalam matematik dan dia punya skor dalam ujian psikometrik dia, aku syorkan dia ambik Perakaunan.

Walau ada sesetengah orang kata Perakaunan ni satu masa nanti takkan ada masa depan tapi pada aku insyaAllah kalau rajin berusaha kat mana pun kita akan berjaya. Abg long pulak memang anak yang baik dan lurus. Dia mudah sangat dibentuk. Dia jugak jenis ikut je mana yang orang tua rasa baik untuk dia.

Eh karang ada pulak yang kata Abg long ni anak mak pulak kan.. ikut je kata mak dia. Sebenarnya bukan gitu tapi dia memang jenis yang dengar kata. Jaranglah membantah cakap orang tua dia. Jadi bermulalah perjalanan mendalami ilmu Perakaunan di KV.

Keputusan Cemerlang Setiap Semester


Alhamdulillah.. akhirnya Abg long dah berjaya tamatkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang Perakaunan pada tahun 2025 aritu. Yang paling membanggakan sebagai seorang ibu ialah kejayaan cemerlang Abg long di setiap semester.

Semester 1 SVM

Semester 2 SVM

Semester 3 SVM


Semester 4 SVM



Dia berjaya kekalkan kejayaan hingga ke semester akhir. Dan akhirnya berjaya mengenggam sijil SVM di akhir tahun 2025 haritu. Syukur. Perjalanan yang bukan mudah dan banyak juga dugaannya. Terutama di semester akhir.

Aku banyak habiskan masa untuk jaga atuk dia yang tengah tak sihat masa tu. Emosi jangan cakaplah macamana waktu tu. Hanya mampu doakan yang terbaik buat Abg long. Syukur Allah permudahkan segalanya.

Abg Long Melangkah ke Diploma

Pada hari pendaftaran Diploma KV



Dan penghujung tahun 2025 juga, Abg long ditawarkan masuk ke Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Perakaunan. Aku tetap berpesan untuk dia tumpukan perhatian kepada pelajaran sebab diploma ni tentunya tidak mudah.

Tahun ni bermula esok Abg long akan memulakan semester kedua. Abg Long berjaya kekalkan momentum kejayaan di semester pertama hari tu. Semoga lebih banyak kejayaan buat Abg long di masa akan datang. Terus terbang tinggi wahai anak. Ummi akan terus mendoakan.

Cerita Ita







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...