Cerita Ita: veterinar                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel veterinar

Veterinar : Bengkel Penetapan SKU Seksyen Pengembangan DVS

Bengkel Penetapan SKU Seksyen Pengembangan DVS Team Seksyen Pengembangan DVS Assalamualaikum semua, minggu lepas aku selamat menghadiri Bengkel Penetapan SKU Seksyen Pengembangan DVS. Ini berkaitan dengan kerja yang aku buat sekarang ni. Dan di bengkel ni kami bincangkan pencapaian dan penetapan sasaran 2023. Apa kerja aku sebenarnya? Ada yang tanya aku baru ni apa sebenarnya kerja aku? Yang sebenarnya kerja aku sekarang sejak hujung tahun 2021 ialah di Bahagian Pembangunan Industri Ternakan. Dan aku berada di bawah Seksyen Pengembangan.  Jadi apa yang kami buat? Tugas kami ialah membantu penternak dalam industri ternakan ni mengembangkan penternakan mereka melalui bimbingan yang kami jalankan secara percuma. Antara fokus kami ialah mendapatkan dan mengumpulkan data dari penternak yang dibimbing untuk menyumbang kepada indeks ternakan kebangsaan.  Aku sebenarnya agak susah nak faham pasal kerja aku ni mula-mula masuk dulu bidang ni. Ambik masa juga la nak memahamkan dan ...

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS

Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Assalamualaikum semua,  semalam aku sempatlah menghadiri majlis meraikan berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Malaysia. Kebetulan pulak tengah tonton drama bersiri Korea bertajuk Juvenile Justice sampai part ketua hakim mengundur diri.  Tapi amat berbezalah dengan drama,  kisah KP DVS ni telah tamat kontrak setelah menyambung kontrak selepas bersara wajib pada tahun lepas. Orang-orang hebat je yang ada pengalaman bersara sampai 2 kali ni kan. Pengalaman yang jarang-jarang berlaku.  Berakhirlah perjalanan seorang Ketua Pengarah DVS Kalau cerita pasal kerjaya aku memang kagum dengan semangat kerja yang ditunjukkan oleh KP Dato' Dr Norlizan bin Mohd Noor ni. Aku pernah berkerja dengan beliau sewaktu aku masih di Pahang dulu dan beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Negeri Pahang waktu tu. Pengarah Negeri Pahang ketiga aku pernah bekerjasama.  Pengarah...

Happy World Veterinar Day 2021

Happy World Veterinar Day 2021 Assalamualaikum semua, setiap hari dalam setahun sebenarnya ada hari untuk meraikan para veterinarwan yang ada di dalam dunia ni.. tetapi ianya tidaklah diuar-uarkan sangat seperti hari bagi meraikan golongan kerjaya yang lain.. tahun ini ianya juga disambut secara meluas di seluruh dunia.. sana sini orang mengungkapkan Happy World Veterinar Day 2021.. Hari Veterinar Sedunia ni disambut secara umumnya pada setiap Hari Sabtu terakhir di dalam bulan April dalam setiap tahun.. dan secara rasminya hari Sabtu terakhir jatuh pada hari ini 24 April 2021..  Happy World Veterinar Day 2021 Sambutan di Malaysia juga tidak terkecuali.. walaupun tidak disambut secara meriah di dalam negara namun ianya ditunjukkan dengan jelas melalui posting yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melalui laman facebook mereka.. korang boleh layari facebook DVS untuk lihat postingnya secara terus.. aku tampalkan juga di sini gambar-gambar berkaitan untuk ruju...

Bekerja dari rumah sebab Covid-19?

Assalamualaikum semua,  semoga korang semua masih sihat hendaknya.. doa yang sama buat aku dan keluarga aku jugak ya.. di saat ni doa je la mampu supaya kita terhindar dari wabak pandemic COVID-19 ni.. lama dah nak menulis tapi asyik la tak sempat.. mungkin asbab bekerja dari rumah sebab COVID-19 ni boleh naikkan balik semangat berblog mana tau kan..    Bekerja dari rumah sebab COVID-19?  alhamdulillah arahan kawalan pergerakan dah pun keluar.. apa pun yang berlaku disebabkan orang awam panik kita bersyukur sekurang-kurangnya pada hari pertama ni ramai yang ikut perintah untuk duduk di rumah.. pastikan tu ya.. duduk di rumah masing-masing kecuali yang kena keluar bekerja macam aku ni..  ya.. aku kena keluar bekerja bila perkhidmatan kami disenaraikan sebagai perkhidmatan penting "essential services ".. alhamdulillah akhirnya ada yang ikhtiraf sebagai antara yang penting..  kami kena bekerja bagi memastikan semua orang cukup sumber makana...

Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan

Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan Assalamualaikum semua, tetiba dapat mesej dengan gambar ni semalam.. terharu.. masih ada lagi cebisan kenangan yang tertinggal.. terima kasih Kelab Veterinar Pahang atas ingatan.  Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan 20 tahun penubuhan dah rupanya ya.. Banyak kenangan dengan kelab ni.. aku kenal kelab ni sejak berhijrah ke Pahang pada 2007 tapi mula masuk kelab setahun selepas tu.. bagi aku kelab ni bukan saja mengumpulkan atlet yang bernilai bagi setiap kali sukan jabatan dipertandingkan tapi ianya jugak menjadi medan semua ahli jabatan beramah mesra hingga menjadikan semua ahli Veterinar Negeri Pahang mempunyai ukhwah yang sangat kuat!  Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan Kerana dari tahun ke tahun, ada saja aktiviti yang dijalankan yang bukan saja melibatkan ahli bahkan juga keluarga.. kami bukan saja kenal ahli.. malah kami kenal anak, isteri dan suami masing-masing! satu perkara yang aku kira tak akan jumpa di semu...

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan

Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan assalamualaikum semua, hari ni tetiba rasa nak tulis pasal kenangan tempat lama.. patut tulis lama dah tapi tiap kali nak tulis rasa sebak.. terus tak jadi nak tulis.. haha.. dan semalam aku belek gambar dalam hp baru sedar belum tulis lagi kisah awal bulan Julai walaupun dah sampai penghujung bulan Julai ni haa.. lambat betul la kau ni ita.. huhu.. tapi takpe kan.. apa pun kita kena tulis jugak kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan ni sebagai kenangan terindah yang akan jadi ingatan sampai bila-bila nanti..  Kenangan kerjaya dan kenangan di majlis perpisahan buat orang yang dah selalu berpindah tempat bertugas mungkin tak rasa sangat kot perubahan setiap tempat tu tapi buat aku yang cuma ada beberapa je tempat bertugas di sepanjang kerjaya ni akan rasa la kesedihan meninggalkan tempat kita mencari rezeki terutama untuk jangkamasa yang agak panjang..  meh la aku cerita sikit sejarah kerjaya aku se...

Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia

Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia  assalamualaikum semua,  sejak dari semalam aku bermusafir lagi.. kali ni ke Putrajaya lagi untuk hadiri bengkel penyediaan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) .. tajuk aku kena buat kali ni ialah Bovine Viral Diarrhoea atau BVD.. dulu pernah sertai sekali bengkel yang sama dan masa tu dibuat di Tanjung Piai, Johor .. kali ni dibuat di Putrajaya pulak.. aku menginap di Bangi sepanjang bengkel ni..  Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia  Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia  aku akan tinggalkan keluarga sampai hari Khamis ni insyaAllah..  korang bantu doakan semua urusan aku kat sini dan keluarga yang ditinggalkan tu dipermudahkan ya.. bukan apa.. bila umur makin meningkat aku rasa kadang-kadang sangat lelah bila kena kerja luar macam ni.. ye la.. umur aku akan genap 40 tahun depan.. dah cecah umur pertengahan dah pun.. kalau ikut um...

Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal aku pergi  buat kerja luar ke Bentong dan Kuala Lipis hari tu ye? aku dah tulis entri mendaki Bukit Pelindung dengan anak-anak tu barulah aku perasan sebab ada tertulis perbualan dengan seorang kawan dalam kereta masa perjalanan.. aku pergi untuk tugasan pemeriksaan perlupusan aset  alih kerajaan sebab aku antara salah seorang ahli lembaga yang dilantik jabatan untuk sesi 2017/2018.. Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan ~ rasanya ni lembaga ke ahli lembaga?  :p tapi bukan itu pun aku nak cerita sangat.. ni lebih kepada apa yang aku dapat masa perjalanan ni.. banyaknya lebih kepada makanan je la.. dan adalah tambahan nasihat hidup berkeluarga bagi yang berpasangan.. kalau cerita kisah kerja mungkin ada orang bosan nak baca.. terutama pasal pemeriksaan perlupusan aset ni.. tapi boleh la aku ceritakan serba sedikit mengenai proses perlupusan aset kerajaan ni berpandukan garis panduan tatacara pengurusan ...

Ujian RBPT untuk ternakan, penting ke?

assalamualaikum semua,  lama dah tak cerita pasal kerja kan? sebenarnya bila cerita pasal kerja aku jadi tak tau nak ceritakan pasal apa.. apa ye yang patut tulis? sebab kebanyakkan hal kerja ni adalah sulit.. bukan sulit apa la pun kan.. tapi bila kerja melibatkan hak orang lain ni pada aku macam ada kekangan pulak bila nak menulis.. Ujian RBPT untuk ternakan,  penting ke?  kalau ikutkan tahun ni aku ada bermacam kisah nak tuliskan pasal kerja.. sebabnya aku dah terlibat dengan aktiviti pembedahan di klinik veterinar jugak.. yang tu secara sambilan la ya bukan kerja hakiki pun.. ada la jadual yang ditetapkan setiap minggu.. dan biasanya waktu aku bertugas tu tak banyak pun kes sebab aku sendiri yang mintak macam tu.. maklumlah dengan pengalaman aku sebagai vet di klinik aku rasa aku tak mampu nak handle.. tambahan pulak kerja hakiki aku sebagai vet di makmal.. banyak masa agak terbatas la.. walaupun hakikatnya orang akan cakap vet kat makmal ni macam takde...

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu.. Sibuk berlatih main batu seremban buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kat...

Audit ISO 17025 dah selesai!

Assalamualaikum semua, semalam dah selesai audit assessment dari Jabatan Standard Malaysia selama 2 hari.. audit kali ni adalah bertujuan untuk pembaharuan sijil ISO 17025 makmal kami buat kali ke 3.. alhamdulillah sejak layak untuk persijilan pertama pada tahun 2012, kami berjaya lagi mempertahankan sijil ni dengan beberapa perubahan dari masa ke semasa.. mesyuarat penutup - tengah cemas masa ni ceewah.. macam buat ucapan pulak dah pepagi ni.. haha.. bukan la nak buat ucapan sangat pun cuma nak melahirkan rasa bersyukur dah terlepas satu lagi tanggungjawab yang agak berat ni.. inilah antara sebab jugak kenapa aku tak dapat menghadirkan diri dalam majlis konvokesyen adik aku.. sekarang cuma tinggal nak masukkan jawapan dan bukti untuk jawapan tu je la belum dibuat lagi.. insyaAllah akan cuba diselesaikan secepat mungkin..  penemuan audit semalam pun cuma dapat 1 NCR (non-confirmatory report) kategori 3 (minor) dan satu observation.. alhamdulillah agak sukar nak da...

Ular masuk pejabat !

Ular masuk pejabat!  Assalamualaikum semua,  ni cerita pagi semalam.. ada ular masuk dalam kawasan bangunan pejabat tempat aku bekerja ni.. sangat menyeramkan ok! mujur la ada abang gagah perkasa yang dah sampai awal pagi di pejabat jadinya mereka-mereka inilah bersama pak guard yang mengawal keadaan..  lebih kurang ginilah rupa ular tu ~sumber wiki~ dan bila aku sampai pagi semalam aku pun tak tau lagi cerita pasal ular ni.. tapi dah petang sikit baru tau.. mujur la.. pasal aku pun bukan berani sangat pun.. haha.. walaupun aku ni doktor haiwan atau doktor veterinar tapi kalau part haiwan berbisa ni memang aku menyerah la.. tak tercapai akal kewarasan aku ni lagi.. sebabnya masa kami di universiti dulu pun bukannya ada sangat pendedahan pasal haiwal liar ni.. semuanya banyak tau dari pembacaan je la.. dan dari kawan-kawan yang sama terlibat dalam operasi memusnahkan dan memindahkan ular ni pagi semalam aku dapat tau rupa ular tu macamana.. mengikut gambaran sak...