Cerita Ita: pasar malam                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar malam

Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik

assalamualaikum semua, dah hujung-hujung ni makin selalu pulak teringin nak makan macam-macam.. awal-awal dulu takde la pulak gitu.. eh ada la jugak sekali tu aku teringin sangat nak makan buah sukun goreng.. dapat la ihsan dari jiran setaman ni bagi buah sukun masa bulan puasa aritu.. hilang la lepas tu rasa nak makan pelik-pelik.. Mengidam makan buah belimbing besi dan apam balik tapi boleh pulak tetiba minggu lepas tertengok rancangan Majalah 3, diorang cerita pasal buah belimbing Bintang Mas.. ada la ditunjuk buah belimbing tu dekat ladang.. dan kajian yang dijalankan di MARDI.. bila dah tertengok tu terus la tercerita dengan anak-anak zaman kecik-kecik ummi dulu selalu panjat pokok belimbing besi tepi rumah atuk abah.. tapi sekarang atuk abah dah tebang dah pokok belimbing besi tu.. cuma tinggal kenangan je la..  tapi dulu buah belimbing yang abah tanam tu masam sikit rasanya.. yang suka makan dulu pun mak je la.. mak sampai sekarang ni suka makan buah belimbi...

Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside, PWTC

Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC Assalamualaikum semua,  dah tak lama lagi nak sampai bulan ramadhan kan?  tinggal tak sampai lagi sebulan nak berpuasa dah ni.. semangat pulak rasanya tahun ni nak latih anak-anak berpuasa.. kakak husna tahun ni dah 7 tahun.. pun kena latih berpuasa.. untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa ni selalunya memang kami bagi yang agak istimewa sebagai ganjaran.. ada masa bagi berbuka kat tempat istimewa.. kalau korang pun ada buat perkara yang sama tentu nak cari tempat berbuka yang best tapi berbaloi kan? haa.. meh aku nak cadangkan Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC .. Bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC Tahun ni bufet 'Selera Ramadhan' Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside,  PWTC menawarkan lebih daripada 300 juadah makanan yang disajikan berkonsepkan makanan pasar mala...

merajuk lagi..

salam semua, ni aku nak cerita kejadian petang semalam.. lepas balik keja semalam kami singgah kat MO Frozen kat Jalan Wong Ah Jang.... saje singgah-singah tengok ada apa yang menarik kat situ... tapi memang agak menarik pun... kalau benda-benda macam nugget, kentang dan daging burger sangat murah kat situ berbanding kat pasaraya biasa... siap ada jual ikut borong lagi tu... patut ramai orang meniaga datang sini... tapi bukan cerita jalan-jalan kat kedai ni yang aku nak cerita.... cerita aku ni berkisar kat pasar malam... lepas balik kedai tu kami singgah la kat pasar malam kg. peramu... malas pulak nak masak maka kami beli je la apa yang patut nak makan... aku seperti biasa dah aim nak beli ice blend coklat... lepas kami ronda belah kanan... maka kami pusing belah kiri pulak... aku terus laju-laju cakap kat shah nak beli ice blend..shah pulak singgah beli air... dalam poket ada duit RM7...cukup-cukup la beli 2... aku punya dengan abg long...abg long tentunya nak strawberry...