Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye - Cerita Ita                                                             Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye Langkau ke kandungan utama

Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye

Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye

Gempa bumi di Turki 2023
Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye

Assalamualaikum semua, salam takziah dan doa dikirimkan kepada semua mangsa gempa bumi di Turkiye.  Aku baru je baca berita yang Turki atau Turkiye hari ni digegarkan dengan beberapa siri gempa bumi yang sangat kuat.

gempa bumi 7.8 skala Richter
Gambar bangunan sebelum runtuhan


Gempa bumi ni  bermula pada waktu sebelum subuh di sana dalam pukul 4.17 pagi Isnin (waktu tempatan), 9.17 pagi waktu Malaysia. Gempa dengan kekuatan 7.4 skala richter disusuli lebih 20 gegaran susulan dalam masa 24 jam ini, dengan kedalaman yang sangat cetek iaitu 10km. 

Lokasi gempa bumi di Turki
Lokasi gempa bumi di Turkiye 


Gempa bumi ini meruntuhkan banyak bangunan dalam sekelip mata. Beberapa gambar dan video dikongsikan di laman sosial menunjukkan betapa kuatnya kesan sesudah gempa bumi berlaku. Gempa bumi terkuat berlaku pada pukul 6.24 petang Waktu Malaysia dengan kekuatan 7.8 skala richter.

Bangunan ketika runtuh

runtuhan bangunan dalam sekelip mata


Ada juga video menunjukkan tsunami yang dicetuskan akibat dari gempa bumi yang berlaku. Setakat pukul 11 malam tadi waktu Malaysia dikhabarkan angka korban di Turkiye dan Syria sudah mencecah lebih 2,000 orang. Dan beribu-ribu lagi yang cedera. 

Tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi

Istana Gaziantep,  istana lama yang terkubur


Bencana alam yang melanda Turkiye ini telah mendapat perhatian seluruh dunia. Setakat ini yang dimaklumkan melalui facebook rasmi NADMA telah pun menggerakkan 75 anggota penyelamat ke Turkiye bagi membantu misi menyelamat.

Misi menyelamat ke Turkiye 


Doa buat Mangsa Gempa Bumi di Turkiye

Setakat ini juga Kementerian Luar memaklumkan belum ada warganegara Malaysia yang terbabit dalam bencana. Semoga mereka terus dipelihara hendaknya. Doa sentiasa mengiringi semua mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. Juga buat mereka yang menyertai misi menyelamat. Semoga dipermudahkan urusan mereka. 

Misi menyelamat mangsa gempa di Turkiye 

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN AKIBAT MUSIBAH YANG BERLAKU
Semakin sejuk di sana


Bagi yang ingin mengetahui keadaan ahli keluarga di sana jika ada, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwankara@kln.gov.my.

Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel mwistanbul@kln.gov.my.

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN AKIBAT MUSIBAH YANG BERLAKU

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَحْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِالْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِالْأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), tertimpa kesengsaraan, keburukan qada (takdir) dan kegembiraan para musuh.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Ceritaita


Ulasan

  1. Semoga Selamat Dan dipermudahkan kesemuanya.. InshaAllah...Aamin! Seramnya diserang gempa bumi...

    BalasPadam
  2. sedihkan bila tengok berita..

    Semoga mereka yang masih terperangkap dalam runtuhan berjaya dikeluarkan... Al-Fatihah buat mereka2 yang terkorban

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk rakyat Turkiye...

    BalasPadam
  4. sedih sgt tgk video2 turki. amin utk doa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.