Hari Akhir Bulan Januari - Cerita Ita                                                             Hari Akhir Bulan Januari Langkau ke kandungan utama

Hari Akhir Bulan Januari

31 Januari 2024



Assalamualaikum semua, aku sebenarnya agak terkejut tengok tarikh hari ni. Sebab bulan ni terasa macam kelam kabut sikit uruskan hal kerja dan rumah. Tak sedar yang masa berjalan sangat cepat. Sedar-sedar dah sampai penghujung Januari dah rupanya. Macam baru je lagi ucap selamat tahun baru 2024 hari tu.

Aktiviti hari terakhir Januari

Temujanji Abg Ngah di Pakar Mata 



Hari ni hari temujanji abg ngah di Klinik Pakar Mata di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom atau kami biasa panggil Hospital Kluang je. Biasanya temujanji dia di waktu petang, sekali kali ni kena datang waktu pagi pulak. Rasa serik pun ada sebab ramai betul orang pagi ni.

Kami letak kad temujanji tadi dalam pukul 8.10 pagi, temujanji pada kad pukul 8 pagi.. Kami tercegat tunggu di luar sebab nak masuk pun dah takde ruang nak berdiri. Sudahnya tak dengar nama kena panggil. Pukul 9 lebih aku masuk tanya nama dah panggil belum tapi pegawai tu kata dia tak pasti sebab ada 2 tempat yang panggil nama. Jadi aku keluar semula.

Nama Tak Dipanggil

Pukul 10 lebih aku masuk balik tanya sekali dia boleh jawab dah banyak kali panggil tapi tak datang. Ok sabarlah ita.. dugaan di pagi hari. Aku tengok kat nombor panggilan tu rupanya nombor dah ada dari pukul 8 lebih lagi tapi kami tak dengar nama dipanggil agaknya. Sangat tak efisyen cara panggil nama macam ni ya. 



Cadangan sistem nombor lebih mudah

Cadangan aku eloklah klinik pakar mata ni guna sistem nombor untuk tunggu nombor giliran tu. Dulu masa kami di klinik di JB dia pakai sistem bagi nombor bila kad diambil.. jadi pegawai cuma sebut nombor saja dan kita alert pada nombor. Lebih mudah nak sebut dan lebih mudah nak diatur. Kad nombor tu pun ambik sendiri di sebelah petak letak kad kita tu.

Boleh letak juga mesin panggilan untuk pegawai panggil terus kat kaunter pendaftaran untuk ambik nombor giliran untuk jumpa doktor. Aku rasa cara ni lebih baik walaupun terpaksa ambik nombor 2 kali. Staf pun tak penat terjerit-jerit panggil nama orang. Sedangkan orangnya tak dengar pun, macam kes kami ni la.



Sempat makan di luar klinik

Masa menunggu tu aku bergilir dengan abg ngah tercegat kat luar tu sebab taknak terlepas dengar nama.. eh sekali boleh jugak terlepas.. gitulah dugaan. Dalam pada menunggu sampai lapar tu aku sempat la singgah ke Kafe Hospital tadi. Dah ada orang yang meniaga tak macam sebelum ni.. krik-krik je tempat tu. Nak makan kalau tunggu temujanji lama pun tak dapat. Tahan la lapar atau kau beli la makanan yang ada dijual di lobi hospital.

Kafe Hospital Kluang dah bukak!



Masa aku pergi hantar anak temujanji tahun lepas kafe kat hospital Kluang ni masih belum beroperasi lagi. Lenggang je kat situ. Memang kena makan siap-siaplah kalau ada temujanji hospital tau bawak bekal biskut atau roti. Kalau tak naya anak-anak mengadu lapar.

Tapi kali ni rupanya kafe hospital kluang dah buka dan dah menjual berbagai jenis makanan. Rambang mata la kami tengok tadi. Ada banyak pilihan kuih muih, mee, nasi dan makanan viral jugak. Ada pencuci mulut macam buah-buahan potong pun ada dijual. Harga pada aku masih ok dan berpatutan. Kiranya lepas ni tak susahlah kalau tak sempat nak makan di rumah sebelum temujanji.





Korang tengok je la gambar pilihan makanan yang aku tunjuk ni. Semua makanan adalah dalam pek yang sedia untuk dimakan. Senang jugak ni. Nak makan kat situ pun dah boleh. Ada meja makan disediakan dan boleh pesan air minuman panas atau sejuk.

Aku beli bubur nasi berlauk dan abg ngah makan ramen dengan telur mata. Bubur tu harganya RM5 dan ramen RM8, Aku beli jugak kuih karipap tadi RM3 dapat 5 biji. Oklah harga makanan kat sini pada aku. Rasa pun sedap. 



Hasil temujanji Abg Ngah

Lepas habis temujanji tadi aku balik naik grab ke rumah untuk ambik kereta dan hantar Abg Ngah ke transit untuk ke sekolah agama. Hasil temujanji kali ni Doktor kata saraf mata Abg Ngah takde masalah. Cuma masalah tak sempat nak check power dia hari ni. Patutnya jumpa optimetris dulu sebelum jumpa doktor tapi entahlah macamana boleh check mata terus titis ubat untuk check saraf tadi.

Doktor bagi tarikh temujanji lagi 3 bulan iaitu bulan 4 pulak. Doktor masih minta teruskan buat terapi tutup mata kiri dia untuk bagi mata kanan yang lemah tu berfungsi. Harapnya lepas ni Abg Ngah akan terus ok.

Ceritaita



Ulasan

  1. betul..mcm baru je new year, ni dah masuk new month pula

    BalasPadam
  2. semoga yang baik2 je utk abg ngah...

    BalasPadam
  3. semoga mata abg ngah semakin pulih..

    memang kalau tunggu giliran , jd teramat lama.. lenguh belakang2 tunggu giliran.. nak tanye n percepatkan rs bersalah sebab ramai org menunggu..

    BalasPadam
  4. dah selesai januari.. februari pun dah masuk minggu kedua..

    BalasPadam
  5. mencari entry baru :D.. semoga sis dalam keadaan sihat2 selalu.. ameeennnnn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat