Happy birthday to Me! - Cerita Ita                                                             Happy birthday to Me! Langkau ke kandungan utama

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46



Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya. 

Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya


Media Sosial Dibanjir Ucapan

Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah.



Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha. 



Sambutan Di Hari Lahir

Kebetulan hari lahirku tahun ini jatuh pada 3 Januari 2025 iaitu Jumaat pertama bekerja di Johor. Jadi ianya menjadi terlebih istimewalah kiranya. Aktiviti yang aku buat hari ni ialah bersenam brisk walk sekeliling pejabat sebanyak 4 pusingan dalam 1.8km jugaklah dan kemudiannya aku buat lompatan tali atau tali skipping sebanyak 70 kali. 



Selesai rutin senaman aku mulakan kerja harian. Pukul 9.30 pagi macam tu masuk pulak kawasan projek untuk escort Jabatan Penilaian Hartanah JPPH ke semua kawasan yang dah kami susun sejak semalam. Berlangsung terus sampai pukul 12.30 tengahari. Balik pejabat dan rehat. 

Macam kejutan bila bekerja di hari Jumaat semula sampai lupa rehat dari jam berapa hingga berapa. Bila tengok pekeliling baru sedar rehat dari jam 12.15 hingga jam 2.45 petang. Buatlah aktiviti sendiri sepanjang waktu rehat tu. Sempatlah mengaji dan solat. Nak tidur tapi risau terlajak. Jadi tak tidur la. Lepas rehat sambung kerja-kerja pentadbiran lain. 

Balik dari kerja dah rasa penat lain macam, ngantuk betul. Siap mandi solat asar mata dah macam tak daya.. akhirnya terlelap atas tangan sampai berbekas kat dahi. Masa ni Shah balik kerja dan dah siap jemput Kakak Husna balik dari sekolah, dia kejutkan aku. 

Dia suruh aku bangun solat maghrib dan ajak turun bawah. Aku fikir nak tidur terus dah dan cadang bangun balik je kang solat isyak. Tapi rasa tak sampai hati nak tolak ajakan suami. Turunlah jugak. 




Rupanya dekat bawah dia dah plan dengan anak-anak nak buat kejutan ke aku. Terus diajak ke meja dan tunjuk kek. Alhamdulillah ada kek harijadi di angka 46. Terima kasih bang atas usaha untuk gembirakan hati isterimu. 

Doa dan Harapan di Hari Lahir 

Aku cuma harapkan dapat kesihatan yang baik. Diberikan lebih kematangan dan kesabaran dalam hidup. Semoga Allah permudahkan segala urusanku juga segala urusan mereka yang di sampingku terutama insan yang kusayang. 

Happy Birthday to you Ita! 


Ceritaita 


Ulasan

  1. Selamat hari lahir. Semoga yang baik2 je untuk akak. Teringat masa kecik dulu semangat 46 ni parti politik.

    BalasPadam
  2. Sanah helwah Ita. Moga yang baik-baik untuk ita dan family.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...