Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan

Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan Assalamualaikum semua, korang sihat ke? hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga berbelanja di Jalan Jalan Japan dalam entri syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan.. apa tu Jalan Jalan Japan? eh kalau aku tulis mesti ada yang nak tanya apa benda la yang aku sebut ni.. Jalan Jalan Japan ni sebenarnya adalah pusat perniagaan barang-barang terpakai dari Jepun yang dikumpulkan dan dijual semula di Malaysia melalui premis yang berada di Malaysia.. di Malaysia tau.. bukan di Jepun walaupun namanya Jalan Jalan Japan..  Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan Tapi serius la.. masa aku menulis ni pun boleh tersenyum lagi tau sebab membayangkan seronoknya berbelanja kat sini.. kiranya kalau korang masuk tu kalau setakat nak luangkan masa sejam tu memang tak cukup la.. sebab kami pergi sini paling kurang pun 3 jam.. itu pun tak cukup jugak nak pusing tengok semua barangan yang ada dijual kat sini..  Jalan Jalan Japan di KIP Mall Masai ...

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa dengan anak-anak bereksperimen.. main ujikaji sains sikit la bagi otak berkarat ni berkilat semula.. sambil-sambil tu kita bagi anak-anak bermain dan otak mereka berfikir sikit.. yang bestnya kali ni kita main dengan benda yang bebudak suka.. nak tau apa tak? main ujikaji dengan sabun.. tapi ni kali bukan dengan sabun biasa-biasa ya... kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali ..  Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali kenapa kami nak buat ujikaji ni? sebabnya dah ada banyak sabun antibakteria di pasaran yang dikeluarkan sekarang ni tapi pernah ke kita tau yang sabun tu semua adalah sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan tidak membahayakan anak-anak? bila si kakak husna baru -baru ni kena g...

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  assalamualaikum semua,  baru ni kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak.. kalau kat JB ni nak jumpa durian murah agak susah jugak.. rasanya sebab faktor duduk dekat dengan negara jiran, jika tak berapa laku pun dijual di JB masih ada pasaran di negara jiran.. ini pendapat aku la.. apa pun meh la aku cerita pasal kisah aku beli lagi durian murah untuk makan anak beranak ni..  Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak  asalnya masa tu aku tinjau post kawan-kawan yang lalu kat facebook tu semua.. tiba sampai kat post seorang kawan ni dia tunjuk dia beli durian murah kat area Kulai.. teruja la aku yang hantu durian ni tengok gambar kan.. terasa-rasa la kat tekak tu kesedapan durian tu haa..  ada budak makan tak toleh kiri kanan..  jadi aku ambik keputusan tinjau la kawasan penjual durian di Johor Bahru ni haa.. dan kawasan sekitar la.. termasuk brader yang jual durian murah kat Bandar...

Selamat hari raya AidilAdha 1442H

Selamat hari raya AidilAdha 1442H assalamualaikum semua, dah hari terakhir hari raya AidilAdha hari ni.. alhamdulillah semoga semuanya dapat merayakan hari raya lebih baik ada tahun ni.. walaupun kita masih merayakan dalam masa PKP seperti hari raya Aidilfitri hari tu..  tapi diharap masih dapat diraikan sebaiknya oleh semua orang.. Selamat hari raya AidilAdha 1442H..  Selamat hari raya AidilAdha 1442H walaupun dah hari terakhir aku tetap nak ucapkan jugak selamat hari raya.. sebab masa raya Aidilfitri hari tu aku terlupa nak buat blogpost pasal raya.. bila cari satu pun takde.. sedih betul.. takmau diulang lagi dah..  Hari Raya Korban tahuni ni sekali lagi kita berkorban tak dapat balik beraya dan terpaksa beraya di dalam rumah dalam musim PKP dan ada yang sedang dalam PKPD di sesetengah kawasan.. masa raya puasa hari tu kat kampung mak abah aku dikenakan PKPD betul-betul sehari sebelum raya.. alhamdulillah yang penting mak abah serta adik sekeluarga dihidari dari wabak ...

Resepi Vadei yang mudah

Resepi Vadei yang mudah Assalamualaikum semua,  hari ni tetiba rasa nak buat sendiri kuih vadei kegemaran ni.. selalunya beli je.. bila dah PKP ni asyik payah je rasa nak pegi kedai semua tu.. jadi kita buat je la sendiri.. resepi vadei ni senang jugak rupanya.. itu pun lepas aku terjumpa kat facebook resepi vadei yang mudah nak buat tu yang laju-laju suruh shah beli kacang dhal.. ala kacang dhal beli kat kedai eco je pun.. rm2.10 boleh dapat 43 biji yang sedang-sedang.. boleh la kan..  Resepi Vadei yang mudah eh korang tau tak Eco Shop ni ada jual barang online jugak? kalau yang rasa tak selamat nak pergi dan beratur ramai-ramai kat Eco shop tu elok la beli online je kat https://shp.ee/gumwvzb .. kaki pun tak penat berdiri.. order je tau-tau barang terus sampai rumah.. kalau ada nak menyumbang kat keluarga atau sesiapa pun boleh sesiap order minta hantarkan ke alamat yang korang nak.. senang benar guna link https://shp.ee/gumwvzb je..  selesai!  ni haa semua yang ...