Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap - Cerita Ita                                                             Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap Langkau ke kandungan utama

Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

resepi ayam goreng mudah dan sedap
Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

Assalamualaikum semua,  hujung minggu lepas abg ngah minta buatkan ayam goreng mudah dan sedap guna resepi ayam goreng mudah yang biasa aku buat sebelum ni. Teringin nak makan kata dia. Aku ni kalau anak dah minta tu tak sampai hati la kalau tak tunaikan permintaan anak-anak. Sebab anak-anak kat rumah ni jarang sangat buat permintaan.

Jadi gigihlah ummi pesan dengan ayah suruh cari ayam segar untuk dibuat ayam goreng ala KFC. Sekali pergi beli kat pasaraya yang ada besar gedabak ya. Seekor tu dekat 2 kilo beratnya. Disebabkan malas menyelubungi, jadi aku hanya masak je ayam yang potongan besar tu tanpa potong kecik-kecik. Cepat sikit siap goreng.. hehehe.. Marilah aku kongsikan resepi ayam goreng mudah ni. Resepi aku ni main agak-agak je ya. Kali ni guna sukatan cawan. Sebelum ni aku guna sukatan kotak.


Resepi Ayam Goreng Mudah Yang Sedap

resepi asal Ayam Goreng Rangup Mudah

Bahan-bahan

1 Ekor Ayam (siap dipotong, ikutlah nak potong saiz macamana pun)
3 biji telur ayam (kali ni tambah telur sebab ayam dia besar)
3 cawan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Bestari Asli 
2 cawan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Bestari Pedas
Minyak masak dalam botol
Ais
Air secukupnya


Bahan Utama : Tepung Goreng Rangup Serbaguna


Cara-cara masak ayam goreng mudah yang sedap

 
Tepung ayam goreng Bestari


1. Campurkan 1 cawan tepung goreng asli dan 1 cawan tepung goreng ayam pedas dalam satu bekas (guna besen pun ok). Kalau taknak pedas sangat boleh gunakan 1/2 cawam tepung goreng ayam pedas sahaja. Baki tepung yang ada disatukan dan diletakkan di dalam bekas yang lain (A).

2. Pecahkan telur dan gaul dengan ayam yang siap dipotong.

Yang ni dah siap lumurkan ayam dengan telur dan tepung.


3. Ambil ayam (2) dan lumurkan ke dalam adunan tepung (1).


Air berais.. Kalau ada ais ketul-ketul tu lagi bagus


4. Sediakan ais yang dicampur ais dalam bekas yang lain.

5. Angkat ayam tadi dan celupkan ke dalam air ais (3).




6. Angkat ayam kemudian lumurkan dengan tepung (A) tadi hingga rata.

 
goreng ayam dalam minyak yang panas


7. Goreng ayam dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.


Goreng hingga ayam masak



8. Goreng hingga ayam keperangan atau masak.

9. Angkat ayam dan sedia untuk dihidangkan.

Padanan sempurna. Ayam goreng dengan sayur kangkung goreng.



Senang je langkah-langkah nak buat resepi ayam goreng mudah ni kan. Semuanya dah siap tinggal tambah bahan-bahan ringkas je. Kemudian korang boleh celup-celup dan masak je. Siap nak dihidangkan untuk lauk makan tengahari kami bersama sayur kangkung goreng. Selamat mencuba!

Ceritaita

Ulasan

  1. Order² ayam goreng satuuu...yummy...yummy...

    BalasPadam
  2. sedapnya ayam gorenggg..lagi2 pakai tepung. nyum!

    BalasPadam
  3. suka jugak pakai tepung bestari ni. memang sentiasa ada stok kat rumah. selalu buat goreng udang & sotong. ayam pun sedap guna tepung ni dah kalah ayam kfc. hihih

    BalasPadam
  4. Saya pun suka goreng ayam cara yang sama macam ni... guna tepung bestari pedas

    BalasPadam
  5. Akak suka gak ayam goreng guna tepung bistari...

    BalasPadam
  6. tepung bestari mmg tak mengecewakan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.