Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah - Cerita Ita                                                             Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah Langkau ke kandungan utama

Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah

Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah

Assalamualaikum semua,  ya Allah.. lama betul aku tak kongsikan resepi kat dalam blog nikan?  maklumlah kurang sangat dah memasak sejak akhir-akhir ni.. sejak pindah ni kerja makin sibuk dan kebanyakan masa memang harapkan shah je menguruskan rumah.. alhamdulillah Allah memang akan bagi pasangan yang sesuai untuk kita sebenarnya.. dah masuk 14 tahun dah kami berkahwin.. jadi korang yang belum kahwin lagi tu jangan takut untuk berkahwin ya.. InsyaAllah akan ditemukan dengan yang sesuai.. eh.. melalut pulak.. padahal nak kongsikan resepi ayam goreng rangup mudah ni je.. haha


Resepi ayam goreng ala kfc
Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah


ok meh la kita kongsikan apa bahan dan macamana cara nak buat ayam goreng rangup mudah ni.. kalau korang cuba rasanya lepas ni memang tak payah la mana-mana restoran makanan segera yang hidangkan ayam goreng tu masuk dalam senarai wajib pergi korang dah lepas ni.. kecuali kalau vitamin 'M' tu sangat banyak dalam diri je la kan.. ni pun aku masak masa balik rumah kami di Kuantan yang takde alat memasak yang cukup pun tu.. jadi jugak la menu mudah.. 


sebenarnya nak masak ayam ni mudah sangat.. resepi ni pun aku dapat dari adik ipar aku masa majlis kenduri tunang adik aku kat rumah mak abah baru ni.. terima kasih ekin ajarkan angah..  semua dah ada jual tinggal beli dan guna je..  meh la aku tuliskan terus resepi.. 


Resepi Ayam Goreng Rangup Mudah


Bahan-bahan 


1 Ekor Ayam (siap dipotong, ikutlah nak potong saiz macamana pun) 

2 biji telur ayam

2 kotak Tepung Goreng Ayam Bestari Asli

1 kotak Tepung Goreng Ayam Bestari Pedas

Minyak masak dalam botol

Ais

Air secukupnya


Cara-cara 


1. Campurkan kesemua tepung goreng ayam dalam satu bekas (guna besen pun ok).

2. Sediakan ais yang dicampur ais dalam bekas yang lain. 

3. Pecahkan telur dan gaul dengan ayam yang siap dipotong. 

4. Ambil ayam (3) dan lumurkan ke dalam adunan tepung (1).

5. Angkat ayam tadi dan celupkan ke dalam air ais (2).

6. Angkat ayam kemudian lumurkan dengan tepung (1) tadi sekali lagi hingga rata. 

7. Goreng ayam dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 

8. Goreng hingga ayam keperangan atau masak. 

9. Angkat ayam dan sedia untuk dihidangkan. 


Ayam ni lebih sedap dimakan masa panas-panas tau.. resepi yang aku kongsikan kat atas ni sesuai untuk yang nak kepedasan dia tu tak berapa sangat.. kiranya kalau untuk bebudak sesuai la ni.. kalau sesiapa yang suka pedas sikit boleh lebihkan tepung yang pedas tu dan kurangkan tepung yang asli.. kira macam korang seimbangkan la ikut selera masing-masing.. 

Tengok muka model je pun dah tau sedap kan? 


Betul kan aku kata senang je nak buat? patut berterima kasih pada Bestari yang sediakan tepung yang sangat mudah nak guna ni kan..  sekarang ni jangan lengah.. gi beli ayam dan buat ya semua.. hehe.. 


Ceritaita







Ulasan

  1. Seronok anak2 sis makan kan, juju pun suka buat tp resipi juju lain sikit tp tetap guna tepung bestari...cuma olahan berlainan. Resipi sis rare ada efek ais lagi tu woww...leh cuba nanti. TQ Sis!

    BalasPadam
  2. tepung ayam bestari mmg sedap kak. hubhu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum