Selasa, 24 Disember 2019

Kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor.

assalamualaikum semua,  aku suka letak gambar kat facebook supaya bebila nanti facebook akan ingatkan aku balik kenangan di sebalik gambar tu semua.. dan antaranya kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor..  yang ni kenangan dengan mak abah pun ada.. itu yang best tu bila ingat balik.. 

Kenangan kami sekeluarga di Zoo Johor. 


memula kami datang ke Zoo Johor ni rasanya tahun 2013 dulu.. masa tu cuma ada 3 orang anak.. dan mak abah pun masih sihat walafiat.. masih boleh dibawa berjalan sana sini dengan gembira.. sekarang ni kalau nak dibawa berjalan pun kena tanya dulu larat ke tidak.. kesian kalau tak larat nanti.. jalan pun jadi tak seronok kan.. 

Gambar ni tahun 2013


sejak dari aku masuk tahun 2013 dulu lagi tiket kat Zoo Johor ni memang dah murah.. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dan sehingga aku masuk tahun lepas harganya masih sama.. masih boleh senyum la membayar walau ada dah bertambah.. hehe.. tahun lepas bulan 12 masa tu kami gerak dari rumah mak abah ramai-ramai.. best jugak bila adik beradik berkumpul walaupun tak dapat ada semuanya.. 




ada jugak kami angkut anak-anak sedara yang mana mak ayahnya tak dapat ikut.. lagi la seronok anak-anak ni bila ramai-ramai.. berlari-lari nak tengok haiwan yang ada kat Zoo Johor tu.. macam-macam la ragamnya.. beli makanan pulak sekali hadap.. haha.. kalau dah ramai kan.. semua selera.. yang tak sedap pun sama berebut.. mak abah pun nampak sihat je bila anak cucu ramai berkumpul sekali.. 





antara yang dapat dibuat di Zoo Johor ni ialah tengok haiwan macam singa,  harimau, ular,  badak air,  rusa,  buaya,  zirafah,  tapir,  gajah,  kuda.. yang ni ada aktiviti berkuda jugak tau.. ada banyak lagi la haiwan lain.. boleh jugak kerkayuh bot di tasik dia masa tu.. tak pasti la sekarang ni boleh lagi ke tak.. nanti kalau ada masa kami tinjau pulak ya.. 

tengok gambar ni aku jadi confuse..  siapa ntah yang sebenarnya dalam zoo.. haha


tengok gajah.. dulu takde gajah ni

kayuh bot penatkan kaki


balik tu pulak kami singgah makan kat Restoran Sup Tulang ZZ..  dah agak kurang kualitinya berbanding yang kami singgah 2013 dulu.. ye la mungkin pengurusan pun dah tak sama.. dulu-dulu kalau sampai je boleh nampak 2 periuk besar sup yang tengah mendidih.. tapi alhamdulillah boleh la memenuhi perut walau tak berapa memenuhi selera.. yang penting anak-anak semua kenyang dalam perjalanan balik.. 


air tu baru letak sekejapan je abis.. huhu


bila pulak nak ada moment macam ni kan.. tahun ni taklah kot pasal baru ni semuanya dah berkumpul di Kong Kong Resort.. kami je melepas sebab baru je berpindah ke sini.. banyak duit habis sebelum tu woo.. huhuhu.. 

Ceritaita

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period

assalamualaikum semua, bila dah nak hujung tahun ni mula la sana sini sibuk pasal promosi perayaan.. biasalah kan budaya kita kat Malaysia ni.. satu perayaan dirayakan semua bangsa pun tumpang gembira sambut cuti bersama keluarga.. korang pun macam tu jugak kan..? Biasanya korang buat apa je masa sambut cuti tu? Kalau aku tentunya la peluang menikmati makanan dengan keluarga tercinta tak dilepaskan.. sebab tu aku kena tulis pasal 5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period ni..

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period - Sumber

walaupun ada antara restoran yang menghidangkan Chinese Food ni belum pernah aku jejak tapi aku tetap nak letak jugak kat sini sebagai rujukan bebila aku datang melancong bersama keluarga ke KL nanti.. mana la tau kan.. rezeki nak gi KL bebila nanti.. boleh la rujuk entri blog ni.. 

1. Luckin Kopi 



Antara sebab aku senaraikan restoran ni sebab kepelbagaian makanan dia yang menghidangkan bukan sahaja chinese food tapi ada jugak banyak pilihan lain.. jadi semua orang yang mempunyai pelbagai citarasa boleh ke sini.. tapi tak sah la kalau makanan cina tapi takde dihidangkan dim sum dan roti bakar kan? haa.. kat sini pun ada.. ada 8 jenis dim sum dihidangkan di sini.. persekitaran restoran pun agak menarik.. 




Luckin Kopi KL

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 9 malam 


2. Homst Restaurant


Homst Restaurant ni pulak dah memang sepatutnya ada dalam senarai sebab dah memang antara restoran yang menghidangkan makanan cina popular di KL.. banyak jugak blog yang tulis kisah pasal restoran ni sejak tuan punya restoran Yusoff Lau bin Abdullah membuka restoran ni pada tahun 2002.. yang bestnya aku tengok jenis hidangan pun boleh tergoda la.. pastinya memang wajib masuk dalam senarai yang ni!




antara yang jadi sebutan ialah hidangan dim sum dan Siew Mai.. 

Homst Restaurant Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10.30 malam


3. Restoran Mee Tarik Warisan




dah namanya pun mee tarik warisan kan.. dah pastinya menghidangkan hidangan masakan cina yang dipanggil mee tarik.. menariknya kat sini mee tariknya tu agak special dan kena dengan tekak orang kebanyakan orang Malaysia.. dah banyak juga cawangan Restoran Mee Tarik Warisan ni di seluruh Malaysia.. 

Sebelum

Selepas letak sambal

kiranya memang Restoran Mee Tarik Warisan ni dan menjadi antara restoran kegemaran kami sekeluarga la.. antara hidangan yang kami akan ambik biasanya ialah Mee Soup with Beef.. yang ni aku rasa paling best antara yang lain..kena pulak dengan sambal dia yang sedap gila.. memang patut masuk list!

Mee Tarik Warisan Asli

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.


4. Restoran Haji Sharin Low 



Restoran seterusnya ni jugak dah merupakan antara restoran pilihan kaki makan yang mencari makanan berkonsepkan makanan cina atau chinese food.. kiranya dah jadi bualan mulut ke mulut la jugak.. 




hidangan yang popular yang menjadi pilihan dan sebutan antaranya ialah KungFu HorFun dan jugak butter chicken.. yang ni antara yang wajib cuba la.. aku belum pernah lagi sampai tapi tengok gambar dan baca menu pun dah cukup buat rasa nak jejak restoran ni terus la..

Restoran Haji Sharin Low

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.


5. Restoran Mohd Chan



Restoran ni pun antara restoran pilihan bagi penggemar restoran makanan cina.. dan boleh dikatakan sebagai restoran harga patut.. jarang bila aku lalu kat memana cawangan Restoran Mohd Chan yang takde pengunjung la.. mesti penuh je selalunya.. antara restoran yang aku berangan nak singgah tapi belum berkesampaian lagi.. harap ada rezeki lepas-lepas ni.. mana tau kan..



Restoran Mohd Chan

Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Tapi kan.. sebab dah duduk jauh dari KL dan nanti bila ada masa datang KL mesti tak sempat nak singgah semua restoran ni.. tapiiii..  tak payah risau di zaman serba canggih ni.. bila di KL nanti boleh order je chinese food dengan servis delivery dari foodpanda.. hehe.. bijak kan.. 

Ceritaita

Sabtu, 14 Disember 2019

Apa yang aku beli di jualan 12.12?

assalamualaikum semua,  sekarang ni orang tengah sibuk lagi kempen pembelian 12.12 .. katanya lebih murah di sana sini pembelian pada 12.12 ni.. dan aku akui jugak ada barang memang jauh lebih murah.. tapi kena hati-hati la jugak ya.. takut hari biasa pun harganya memang macam tu dan tiada pengurangan pun sebenarnya.. kalau tanya aku pulak.. apa yang aku beli di jualan 12.12?

Apa yang aku beli di jualan 12.12?


meh la kita cerita sikit ya.. tahun ni nak berbelanja apa pun jadi terhad sikit.. sebabnya kami baru je berpindah ke Johor bulan ni.. dah namanya berpindah kan.. jadi tentunya la banyak belanja.. dengan kami baru je timang cahayamata yang ke lima bulan 9 aritu.. belum sempat lagi nak cerita pasal ni.. yang pasti tahun ni banyak kejutan dalam keluarga kecik kami ni.. 

jadi memang agak terhad perbelanjaan kecuali untuk keperluan.. tapi tahun ni aku terjebak jugaklah membeli.. ni semua sebab hobi jugak la ni..  tak sempat nak tengok jualan murah lampin pakai buang dan susu macam aku beli tahun 2017 dulu.. 

jadi..  apa yang aku beli di jualan 12.12? macam kat bawah ni je la.. pertama aku cuma habiskan RM24 untuk beli buku di Karangkraf Mall dengan beli buku seringgit setiap satu secara online.. yang ni memang tiap kali ada jualan 10.10 atau 11.11 atau 12.12 mesti aku beli.. ye la kan.. mana nak cari buku harga seringgit tapi isi kandungan berkualiti yang biasanya dijual dengan harga lebih RM15 ke atas.. 

Apa yang aku beli di jualan 12.12?


lagi satu aku cuma muat turun semula aplikasi Touch n go e-wallet dan beli minyak petrol RM40 di stesen shell belakang rumah.. rezeki jugak bila dapat cashback lebih RM10 tau! bukan je boleh guna untuk beli minyak dan dapat cashback atau pulangan tunai tapi bulan ni ada promosi beli burger di Burger King dengan harga RM2.50 je dan jugak cashback di MrDiy, Guardian..eh banyak lagi la.. yang ni kalau korang nak install jugak aplikasi yang sama dan dapat cashback jugak boleh guna link aku ni ya.. Hey there! Let’s save money on tolls. Use my Referral Code and register for the Touch 'n Go eWallet to get 100% Toll Rebates. You get 3x rebates right away, and I’ll get some too! @ https://cdn.tngdigital.com.my/promotion/TRANSIT_tollcashback.html#/m2m?code=ytuwyg&showcode=ytuwyg

guna kod ytuwyg tu ya..

Apa yang aku beli di jualan 12.12?

Apa yang aku beli di jualan 12.12?

Apa yang aku beli di jualan 12.12?


itu je la apa yang aku beli di jualan 12.12.. itu je yang sempat pun.. nak beli lampin anak pun tak sempat nak tengok.. meh la kongsikan apa pulak korang beli! 

Ceritaita

Rabu, 11 Disember 2019

Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!

assalamualaikum semua,  nak jugak buat coretan sempena hari istimewa buat kakak husna.. sempena hari lahir kakak yang ke 8 tahun.. dah hujung tahun biasanya kakak husna cukup umur.. hehe.. nasib anak yang dilahirkan di bulan Disember gitulah.. sekali je rasa sambut dengan kawan-kawan sekolah.. tu pun masa duduk kat taska.. nanti nak buat sambutan kat pusat tuisyen dia je la ingatnya.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak!

Selamat hari lahir yang 8 kakak! 


asal sampai je hari lahir kakak setiap tahun mesti tengah musim tengkujuh.. tahun ni pun sama.. hujan je sepanjang bulan.. tahun lepas kami sambut di Kuala Lumpur dan tahun ni kami sambut hari lahir kakak husna di Johor Bahru pulak.. alhamdulillah ada je la kenangan di setiap negeri yang kami tinggal.. 

macam biasa.. cuba juga carikan kek untuk anak-anak.. tapi disebabkan baru pindah ke JB ni.. kedai kek pun tak tau lagi mana yang ok.. cuba je main terjah memana kedai kek murah sekitar Bandar Baru Uda tadi.. akhirnya dapat la satu kedai dan syukur sebab menepati dari segi rasa dan harganya.. kami jumpa di kedai Sedap Kek 'N' Biskut tadi..  jadi la janji boleh buat anak-anak tersenyum..

cuma dia tersilap pulak tulis nama kakak husna tadi jadi kakak hasna.. abg ngah pulak buat lawak.. kalau nama saya tentu jadi najma.. hahaha.. 




buat kakak husna.. ummi doakan doa yang sama buat kakak sepanjang tahun.. dan sebenarnya sepanjang nyawa ada di badan ummi.. semoga kakak membesar jadi anak yang sihat,  cerdik,  dan anak yang solehah yang sentiasa menyenangkan hati ummi dan ayah.. amin.. Selamat hari lahir yang ke 8 kakak! 

Ceritaita