Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Veterinar : Selamat Hari Veterinar Sedunia

Imej
Selamat Hari Veterinar Sedunia assalamualaikum semua, rasa macam-macam bila menulis entri ni...Entri mengenai hari istimewa... Hari Veterinar Sedunia...rasa yang paling penting dan sangat menyerlah ialah rasa sangat bangga berada dalam kerjaya yang jarang sangat orang nak pilih ni...kecintaan kepada kerjaya ni insyaAllah akan berada dalam hati sampai bila-bila... biarpun banyak halangan dan dugaan...apa pun yang berlaku niatkan kerjaya ni untuk Allah dan untuk pembangunan umat Islam sejagat... semoga dipermudahkan segala.. Hari Veterinar Sedunia kalau setiap tahun kerjaya lain menyambut hari kerjaya masing-masing dengan pelbagai cara sambutan.. tak terkecuali buat kami yang berada di bidang veterinar ini.. kalau di Malaysia sambutannya tetap dijalankan walau tidak mengikut tarikh yang tertentu tapi di dunia telah disambut pada hari terakhir pada bulan April setiap tahun...namun sambutannya akan dibuat di Perancis pada penghujung bulan Mei 2016.. dengan temany

Pokok Dukung Anak dan khasiatnya

Imej
assalamualaikum semua, terlebih rajin hari ni nak ceritakan khasiat satu pokok yang biasanya kehadirannya tak disedari oleh orang pun... Pokok yang aku maksudkan adalah pokok dukung anak.. ada jugak orang panggil pokok kelek anak...kalau ejaan lama jadi pokok dokong anak... eh ye ke? hahaha... memandai je ita... tapi ejaan tu tak menjadi hal la.. yang penting kena ceritakan apa khasiat pokok ni dulu... yang ni memang patut kongsi.. tapi sebelum kita nak kongsikan khasiatnya dah tentu kita kena kenal dulu pokoknya kan? jadinya aku adalah buat sedikit kajian dari google dan blog Khasiat herba yang banyak membantu... aku rumuskan je la hasil carian ok... pokok dukung anak - gambar google Pokok Dukung Anak Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri Famili: Eurphorbiaceae Nama Biasa: Dukung Anak Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india) Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian asalnya dulu orang banyak ceritakan kegunaan daunnya

Resepi Mee Goreng Paling Sedap dan Mudah Di Dunia

Imej
assalamualaikum semua, lama dah tak kongsikan resepi kan? banyak sebenarnya aku dah cuba selama tak kongsikan dengan korang dan hari ni tetiba je baru teringat nak kongsikan resepi mee goreng tersedap yang pernah aku rasa... memang best gila la.. sampai teringat-ingat tau... sebelum kongsikan resepi meh aku bagi korang terliur dengan gambar dulu... hahaha...lama dah aku tepek gambar ni kat instagram aku.. meh follow meh.. mee goreng sedap dan mudah aku ambik resepi asal mee goreng ni dari  blog popular Cik Mat Gebu si pemilik Dapur Tanpa Sempadan... dan aku kongsikan pulak di blog aku ni ye... meh kita tengok apa je bahan yang perlu... opppsss.. lupa bagitau.. resepi ni tak perlu guna garam atau bahan perasa lain tau.. memang rasa dia dah cukup dan sedang-sedang je semua rasanya... dengan kata lain memang sedap la! Resepi Mee Goreng Sedap dan Mudah sumber : Dapur Tanpa Sempadan olahan : Cerita Ita Bahan - bahan 400-600 gram mee kuning ( kalau ikut resepi asal dia guna 600

Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016

Imej
assalamualaikum semua, terasa nak tulis pasal kemalangan ni dari hari pertama ianya berlaku... tapi akhirnya ada kekuatan cuma pada hari ketiga selepas kejadian... alhamdulillah masih lagi diberi peluang melihat dunia dan insan tersayang... pada pagi hari kejadian kami keluar rumah seperti biasa dengan bawa motor dari rumah... rutin dimulakan dengan menghantar kuih pau ke kedai bersama abg long ke sekolah... kemudian shah pusing semula ke rumah dan ambik kesemuanya sekali untuk dihantar dengan kereta.. tapi pada hari kejadian tu kami terpaksa hantar anak-anak dengan motor juga kerana adik hadi dah buat drama berguling di dalam garaj sebab nak naik jugak motor ke taska... kalah dengan drama anak..maka kami terus naikkan adik hadi, abg ngah dan kakak husna ke atas motor bersama beg untuk dihantar ke sekolah masing-masing... selesai je menghantar anak-anak kami terus menuju ke tempat kerja masing-masing... memang jadi rutin shah akan hantar aku dulu ke tempat kerja sebelum dia sendi

Kesihatan : 3 Serangan Fungus, Diagnosis dan Rawatan

Imej
Serangan Fungus 1 Assalamualaikum semua, hari ni nak kongsikan pengalaman kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri ni... aku sebenarnya dah banyak kali terkena serangan kulat ni... serangan kulat atau sering dipanggil fungus.. kali pertama kena dulu adalah ketika aku baru je bekerja di jabatan veterinar ni... dan masa tu aku duduk berjauhan dengan shah.. aku ditempatkan di kota bharu pada awal perkhidmatan... dan masa tu aku kena sakit telinga secara tiba-tiba... sakitnya macam ada benda masuk dalam telinga dan mengigit-gigit dalam telinga tu... puas la aku suruh shah tengok dan intai apa yang ada dalam telinga masa tu... sebab sakitnya cuma Tuhan je yang tau... dan selepas diagnosis oleh "doktor pakar" shah tak berjaya aku ke HTAA jugak untuk check... dan... ini part paling seram... ada fungus hidup riang gembira dalam telinga aku masa tu... aduhai.. aku nak taip semula cerita ni pun rasa meremang ok... dan doktor sahkan ada kumpulan Aspergillus spp. yang

Hari Terbuka dan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 70

Imej
assalamualaikum semua, hari ni sempat la nak cerita sikit pasal majlis yang sedang berlangsung di bangunan jiran sebelah pejabat kami ni.. pejabat kami ni bersebelahan dengan pejabat RTM Pahang yang bertempat di Jalan Sri Kemunting, Kuantan, Pahang... dengarnya dari radio bila kami buka pagi-pagi tu ada info majlis hari terbuka dan sambutan ulangtahun RTM yang ke 70 tahun... lama betul dah RTM ni ye.. dari tahun 1946 hingga sekarang ni tahun 2016...alhamdulillah masih lagi melahirkan rancangan yang berinformasi dan memikat pendengar.. cuma tak tahan bab iklan orang jual ubat dengan tilam tu je la.. huhuhu... antara aktiviti yang dijalankan dan sempena menyambut ulangtahun istimewa ni RTM Pahang tak lepas juga peluang menjalankan aktiviti menarik mulai hari Jumaat 22 April 2016 hingga ke 23 April 2016... acara dimulakan pada jam 8 pagi sehingga jam 11 malam, kalau tak silap aku la.. dari info yang kami dengar dari radio Pahang FM tu...  banyak jugak acara yang di

Rasionalisasi Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Imej
assalamualaikum semua, fuh tajuk punya la panjang kan? hehehe... sebenarnya lebih kepada nak ceritakan pasal Pekeliling Perkhidmatan Bil 1/2016 yang terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada 7 April 2016 yang lepas... dan aku pulak baru je sempat tengok dan hayati apa yang terkandung dalam pekeliling ni sebenarnya... banyak yang dimuatkan dalam pekeliling baru ni.. sesuai dengan tajuknya.. Rasionalisasi Perkhidmatan Awam bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia... ok mari kita tengok apa dia yang terkandung dalam pekeliling ni.. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Apa yang aku nampak sebanyak dari 252 skim perkhidmatan yang terlibat dalam kajian dan selepas kajian terdapat beberapa jawatan yang telah ditambahbaik, dijumud dan dimansuhkan... dan selepas pekeliling ni berkuatkuasa sebanyak 240 skim yang digunapakai dari 252 skim perkhidmatan yang dikaji... Sebenarnya apa faedah dari pekeliling ini? Dari p

Wordless Wednesday # 103 : Parut

Imej
assalamualaikum semua, entri hari ni ditulis atas sebab nak tunaikan hasrat salah sorang pembaca dan pengomen setia blog cerita ita... Kak Sari nak tengok parut kesan dari digigit lipan dulu...parut tu dah tak jelas sangat..sebab kisah tu dah lama tapi masih boleh nampak la kalau tengok dekat-dekat.. aku ada cerita kisahnya kat SINI .. ada jugak petua orang lama dikongsikan.. parut dia kat tanda putih betul-betul atas tulisan tu p/s hari ni lemau je nak gi keja.. badan masih letih..huhu..

Selamat Hari Lahir Yang ke 9 Abg Long Sayang!

Imej
assalamualaikum semua, 9 tahun yang lalu masa ni aku tengah menanggung sakit bersalin buat pertama kalinya...baru kenal erti pengorbanan bagi seorang ibu... 3 hari 3 malam berjuang untuk melahirkan seorang permata hati...dan akhirnya kesabaran itu dibalas dengan kelahiran seorang bayi comel pada jam 9.04 malam.. aku pernah kongsikan kisah kelahiran itu di sebuah blog yang telah dipadam kewujudannya...insyaAllah akan cuba ditulis semula nanti.. selama 9 tahun ini membesarkan abg long merupakan satu pengalaman baru untuk aku dan shah..terutama bila semuanya berdasarkan pengalaman kali pertama... pelbagai ujian yang ditempuhi... tapi alhamdulillah... abg long atau anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi sangat-sangat membantu kami yang sentiasa cuba menjadi ibu bapa yang sempurna... birthday boy - Abg Long doa ummi untuk abg long sempena hari yang istimewa ni ialah semoga Abg long terus berjaya di dunia dan akhirat...dapat berbakti untuk agama suatu hari nanti...dan dib

5 Sebab Wajib Pergi ke Karnival Matematik di Petrosains

Imej
hari ni aku nak kongsikan program yang dianjurkan oleh Petrosains... Karnival matematik ni memang sangat menarik untuk dikongsikan..khasnya buat mereka yang berada di kawasan berdekatan supaya tak terlepas peluang.. sebenarnya petrosains atau petrosmart di kuantan ni merupakan tempat yang dah selalu kami pegi sampaikan sukarelawan yang ada kat situ pun ada yang dah kenal muka kami... huhu... al maklumlah pertosmart dengan rumah kami cuma sepelaung je... tak sampai 5 minit perjalanan kalau jalan kaki dah sampai... tapi tak kuasa la aku nak pegi berjalan kaki dengan anak berduyun kan.. hehehe... ada aku ceritakan pasal Petrosmart ni kat dalam entri lain... boleh rujuk sini dan kalau nak lebih mudah korang taip je petrosmart dalam kotak carian kat tepi bahagian atas tu haa... lagi banyak yang keluar nanti.. Petrosains atau lebih dikenali dengan Petrosmart Kuantan ni sebenarnya berada di dalam bangunan Yayasan Pahang.. jadi sesiapa yang berminat nak kunjungi Petrsmart ni bolehlah

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus