Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Sarapan berharga Seringgit di Kluang!

Imej
Sarapan berharga Seringgit di Kluang!  Sarapan berharga Seringgit di Kluang Assalamualaikum semua, selamat kembali dari bercuti panjang semua. Semua dah mulakan tugas rutin seperti sediakala kan. Ada juga yang masih terpaksa cuti disebabkan masalah kesihatan.  Aku pun sama ada batuk sikit. Dah buat ujian Covid pun, alhamdulillah masih negatif. Risau jugak sebab baru ni ada staff di pejabat kami yang positif Covid. Mujurlah keputusan ujian aku masih negatif.  Budak kecik ni biasa nak roti kosong je Tapi aku bukan nak cerita pasal Covid. Aku nak cerita pasal kami makan di Kedai Makan kawan yang hidangkan sarapan RM1 untuk setiap hidangan kat kedai makan dia.  Geng Belakang ni order macam aku roti canai telur Roti Canai Telur Tawaran promosi ni cuma berlangsung pada setiap hari Jumaat saja dari pukul 6.30 pagi sampai ke 10.00 pagi. Kawan aku ni dah lama buat promosi sebenarnya. Tapi kami pun baru sekali ni la berpeluang pergi. Itu pun berkejar dengan anak-anak nak ada kelas tambahan UPKK.

Hati-hati Sc@mmer di Email!

Imej
Hati-hati Sc@mmer di Email!  Hati-hati menggunakan internet Assalamualaikum semua,  korang biasa tak dengar orang kena scam melalui email. Kiranya macam ada yang kata kena scam akaun bank atau email, lepas tu ada yang akan tanya ada tak tertekan apa-apa link yang mencurigakan?  Haa..  ni aku nak bagi peringatan sikit. Terutama jika selalu guna email dan terima email yang mencurigakan macam kat atas ni. Kan dia ada tulis "Sesiapa yang tak buat pengesahan email takkan boleh bukak email lepas tarikh dia bagi tu."  Ajer la,  bila baca macam tu mau panik kita dan terus klik link tu dan login balik email kita kat situ kan? Itulah sebenarnya scammer ni nak. Supaya senang dia dapatkan data untuk login tu. Lepas tu senang la disalahguna pulak semua data tu.   Jadi apa patut kita buat kalau dapat email yang macam ni? Mehlah ikut cara-cara kat bawah ni.  Langkah pertama  Perhatikan yang kat gambar tu,  bila jumpa je email macam ni korang kena klik yang ada tulisan kat anak panah merah t

Bawak bekal atau makan kat luar?

Imej
Bawak bekal atau makan kat luar?  Gambar Soto dan Air Limau Ais di Kedai Nasi Bariani Hj Dollah Kluang Assalamualaikum semua,  kejap je dah Jumaat kan? Aku suka Jumaat datang sejak duduk Johor ni, sebab Jumaat adalah hari cuti kat sini. Dia punya suasana cuti hari Jumaat tu lain macam tau. Aku dah penah rasa masa kerja kat Kelantan dulu pun cuti Jumaat.  Bila pindah Pahang jadi pelik bila kena kerja hari Jumaat. Tapi lelama jadi biasa la jugak. Suasana memang rasa lainlah sebab tetiba Jumaat kena kerja jadi masa cuti hujung minggu tu rasa sangat pendek tau. Entahlah orang lain rasa sama ke tak macam aku rasa. Tapi aku memang rasa gitu la.  Bila cerita pasal kerja ni pulak. Sejak dulu aku jarang makan kat luar waktu kerja. Rehat pun bawak bekal,  sejak 16 tahun kerja macam tu la. Boleh bilang berapa kali je makan kat luar. Hati cekal je boleh makan sorang-sorang kat luar ni. Kebanyakan masa sebab aku takde kawan merayap. Tapi lebih kepada rehat adalah 'Me Time' untuk aku. Jadi m

Hanya Keranamu Keledek Goreng

Imej
Hanya Keranamu Keledek Goreng Keledek Goreng  Assalamualaikum semua, peh tajuk tak menahan. Haha.. ya hanya kerana keledek goreng pun. Ceritanya aku ada cerita kat Facebook. Cerita pasal aku teringin nak makan keledek goreng.  Balik dari kerja kelmarin aku singgah la nak beli keledek goreng dekat makcik biasa yang aku beli pisang goreng kalau petang-petang. Sekali ada la keledek goreng tu. Aku dah nampak dah dari jauh.  Tapi sebab orang ramai aku beratur la tunggu giliran. Sekali tu orang depan aku beli RM2 terus habis keledeknya. Ya Allah terkilannya aku masa tu.  Aku tanyalah makcik tu, ada lagi tak keledek. Jawapan makcik tu sangat mengecewakan ok. Dia kata takde, pakcik goreng cukup-cukup je untuk abang tadi yang nak beli RM5 sebenarnya.  Tak boleh nak gambarkan la kekecewaan aku macamana. Muka aku memang masam je la Shah kata. Buruk perangai! Haha. Sudahnya malam tu dia bawak aku keluar jugak cari memana ada jual keledek goreng yang bini dia nak sangat ni.  Tak dapat jugak. Penyud

Pameran Angkatan Tentera Darat 2022

Imej
Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 Assalamualaikum semua, baru ni kami berpeluang melawat ke Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 yang bertempat di Stadium Mini Taman Sri Lambak, Kluang. Alhamdulillah dapatlah bawak anak-anak berjalan mengisi kekosongan 3 hari bercuti panjang baru ni. Ngam pulak pameran tentera ni dari 7 Oktober sampai 9 Oktober 2022.  Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 Kami luangkan masa beberapa jam kat situ. Sebenarnya kalau luangkan masa beberapa jam macam kami tu tak sempat pun nak pusing dan tengok semua yang dipamerkan di kawasan pameran. Jadi kami cuma sempat bawak anak-anak tengok mana yang sempat je la.  Pameran Angkatan Tentera Darat 2022 Lagi pun kami dah habiskan masa lama juga masa nak cari tempat letak kereta sebelum tu. Cuaca pun tak berapa mengizinkan. Masa kami sampai tu baru lepas hujan dan hari masih gelap. Jadi tinjau mana yang sempat je la. Rezeki kami pameran ni dibuat di Kl

Aku dan Kimchi

Imej
Aku dan Kimchi Aku dan Kimchi Assalamualaikum semua, hari ni ntah kenapa terasa nak tulis pasal kimchi. Cerita macamana aku boleh jadi terminat dengan kimchi dan suka makan kimchi. Sampaikan siap sentiasa ada stok kimchi kat rumah aku dah mengalahkan rumah orang Korea pulak. Kisah aku sukakan kimchi ni bermula pada tahun 2017, masa tu aku berpeluang ke negara Korea Selatan atas tajaan JPA untuk latihan di sana selama 2 minggu. Ada aku ceritakan kisahnya kat entri Menggamit Kenangan EDP 79 sebelum ni.. tapi cerita aku terhenti pada hari ketiga je.. aku tak tertulis lagi dah kisahnya. Tambah lagi banyak gambar hilang dalam hard disk yang kena banjir hari tu. Terus la takde mood nak tulis pun. Antara cara aku makan Tapi kisahnya macam tu la, kalau dah hampir setiap hari aku cuma ambik sarapan nasi + kimchi + rumpai laut je. Sebab risau nak makan makanan yang lain kerana risaukan sumber halal atau tak. Lama-lama jadi tersuka la pulak. Kalau ikutkan bahan untuk buat kimchi tu pun ada jugak

Salam Maulidur Rasul

Imej
Salam Maulidur Rasul  Assalamualaikum semua, salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua umat Islam di dunia. Banyakkan berselawat kepada junjungan kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul  Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:   فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”  [Riwayat Muslim ( 384)] Tahun ni cuti umum Maulidur Rasul jatuh pada Hari Ahad, 9 Oktober 2022. Semoga kita semua sentiasa mengingati dan menyayangi Nabi kesayangan dan mendapat manfaat darinya. amin.  Ceritaita

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus