Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19

Imej
Assalamualaikum semua,  terbaca pasal pattern serangan Covid 19 yang berbeza sekejap tadi dari dinding facebook seorang Dr.. bagaimana ada pesakit yang positif dalam masa yang sama isteri atau anak tidur sekatil tidak pulak positif.. ada yang berjangkit hanya bila berkongsi makanan dengan rakan sekerja.. Mula ada pertikaian juga adakah kaedah pengujian yang digunakan untuk mengesan Covid19 itu sesuai, betul atau pun tidak? Jadi aku rasa terpanggil nak cerita la pasal ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 .. Ujian RT-PCR vs RTK-Antigen Covid19 - kredit gambar google.  Kalau ikutkan PCR telah lama dinobatkan sebagai gold standard bagi mengesan kebanyakan penyakit tapi kena ingat setiap ujian akan ada ketepatan masing-masing.. mengapa ada sesetengah penyakit masih lagi mengunakan cara konversional berbanding PCR.. sebabnya kena tengok kepada apa yang kita nak cari.. kena kenal dulu penyebab.. dalam kes ni kena kenal Covid 19 tu sendiri macamana.. Siapa yang pernah membuat ujian di makmal pa

Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru

Imej
Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah masuk 2 hari di tahun baru 2021 hari ni.. nak curi masa jugak tulis blog pada tarikh cantik 2.1.21..harap-harap sempat.. Selamat tahun baru 2021 korang.. semoga tahun baru ni akan memberikan lebih kebahagiaan buat semua orang.. amin..  Selamat tahun baru 2021 dan azam tahun baru banyak cadangan aktiviti nak dibuat pada hujung minggu tahun baru ni kononnya.. berangan nak berjalan dengan anak-anak.. berangan nak pergi berjalan di taman.. berangan jugak nak tanam pokok sayuran di kawasan rumah.. nak semai benih maksud aku.. lepas tu nak kemaskan mana-mana pokok sedia ada..  belum lagi berangan nak berjalan makan kat luar sekejap sekitar JB ni.. memburu makanan sedap atau memburu makanan viral di JB.. sejak sampai sini belum berpeluang pun.. kot la dapat merasa mana tempat ada cendol sedap ke.. atau mee bandung muar yang sedap di JB..  tapi sudahnya hujan lebat selama 2 hari berturut-turut sehingga ke masa ini macam takde tanda nak berhenti ni buat

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus