
24hb baru ni keputusan PMR telah selamat diumumkan...
alhamdulillah adik aku yang bongsu selamat mengambil keputusan dia dan mendapat cemerlang..8A!
tahniah adik...semoga kejayaan adik berterusan untuk masa2 akan dtg lak...
| |
Oleh: ZARINAH BINTI HAMID 05 Nov, 2009 | |
Dinosaur kini di Kompleks YP! Dibawakan khusus untuk masyarakat di Negeri Pahang oleh Petrosains, Galeri Sains Petroleum yang terletak di Suria KLCC, Kuala Lumpur - pameran interaktif yang dinamakan DinoTrek2 ini memaparkan ciri-ciri unik termasuk sembilan dinosaur animatronik yang boleh dilihat secara lebih dekat. Antara bahan-bahan yang akan dipamerkan termasuklah dinosaur Maiasaurus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus dan Tyrannosaurus Rex. Petrosains DinoTrek 2 ini direka khas untuk memupuk proses pemikiran secara kritikal bagi meneroka kemungkinan untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang sejarah masa lampau bagi membolehkan kita membuat perbandingan di antara zaman prasejarah dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Pameran ini membolehkan pelawat meneroka, menyelidik teori dan fenomena menarik yang berlaku pada zaman prasejarah melalui pelbagai aktiviti dan bahan pameran yang menekankan pembelajaran secara ‘discovery learning’. Selain itu pameran ini juga mempunyai 12 pameran interaktif yang membolehkan pengunjung-pengunjung bersama-sama keluarga belajar secara 'hands-on'. Antara yang menarik ialah Dino Dig, Dino Dance, Dino Puzzle dan Dino Quiz. Berada di Kompleks YP bermula 11 November 2009 hingga 30 Jun 2010, pengunjung bolehlah melayari laman web www.petrosains.com.my untuk mendapatkan maklumat harga tiket dan lain-lain maklumat. Pameran ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob pada 10 November 2009. Kompleks YP dipilih sebagai destinasi pameran ini berdasarkan fungsi organisasi ini sebagai hub pengetahuan dan pendidikan masyarakat di Negeri Pahang. |
03/11/2009
Perubahan Tarikh Bayaran Gaji Bulan November 2009 daripada 25 November 2009 Kepada 23 November 2009
Dimaklumkan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 27 November 2009( Jumaat ). Oleh itu, tarikh pembayaran gaji bagi bulan November 2009 telah dipinda kepada 23 November 2009 ( Isnin ) bersesuaian dengan Arahan Perbendaharaan 105 (b) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2004.