alkisah semalam shah nak kena ot malam, dah 2 malam berturut2 dia kena keja malam..
kelmarin hakimi ok je bila shah keluar...sebabnya petang tu kami dah bawak dia gi main gelongsor kat taman baru kat pantai kempadang tapi dia tak puas hati gak..sebabnya..
masa dia tengah seronok main2 tu ada la anak tok empat kat kampung ni datang nak main gak tapi orang lain semua dia bagi lalu kat gelongsor tu tapi bila hakimi nak lalu je dia buat saje je duduk kat tengah2 gelongsor tu tak bagi hakimi lalu..apa lagi jadi drama la kat situ..aku kalau tak mikirkan anak tok empat dan bapak dia ada kat situ nak aje aku seligi kepala budak tu...geram tul aku..terpaksa la kami bawak hakimi main kat tempat lain lak..dalam keta jangan kata la...bukan setakat drama swasta je..drama kerajaan semua ada la...letih aku nak mengamankan suasana..puas aku pujuk..esok kalau ummi ada duit ummi beli sepuluh benda tu ye nak...tapi tetap gak bunyi..nak losor...alahai sian tul..
sampai kat taman pantai sepat lak, shah ternampak orang jual layang2..mula la episode lain lak...beli layang2 ben 10 satu..terus nak main..shah janji dgn dia main esok sbb hari dah petang sgt...nangis lagi...hehe...dahsyat tul..terpaksa lak pujuk tunjuk2 lembu yang bersepah nak balik kandang...tima kasih tuan lembu...baru leh lega sikit..tp malam tu mula la ronda2 keliling umah dgn layang2..huh..x leh kata apa dah..bila dia dah tido aku sorok..bukan apa..risau rosak sebelum dpt main je nanti..
semalam lak kami gi la main layang2 sambil main pasir kat tepi pantai...hari ni no more gelongsor...aku malas la nak drama2 balik kang...hakimi seronok main pasir sambil susun kulit kerang kat pasir menimbun tu..sampai tak nak balik lg..ayah dia buat2 undur keta baru la dia nak naik..
malam lak drama pasal nak ikut ayah gi keja..shah siap je pakai baju terus dia kata ikut...waaa..shah dah cemas dah..dah le dia dah lambat..dia suh aku pasang ps2..suh pasang game ultraman..aku mana reti benda2 tu semua..pastu suh aku mainkan lak...waaa..sudahnya sampai kul 9 lebih dia tak nak berenti lagi..tangan aku dah merah2 dah tekan butang2 game tu..lepas tu dia mintak susu..alhamdulillah leh aku berehat..tukar channel 611 ada cite doraemon..lega..senyap jap...dlm kul 10.30 dah tarik tangan aku ajak masuk bilik tidur..hehehe..bagus2..
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.