Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Belgische Chocolatier port wajib pergi bagi penggemar coklat

Imej
Belgische Chocolatier port wajib pergi bagi penggemar coklat  Assalamualaikum semua,  aku ni kalau korang nak tau sebenarnya adalah seorang yang 'hantu coklat'.. kiranya suka gila la dengan coklat.. apa je makanan kalau boleh nak ada coklat.. walaupun orang cakap tak. munasabah nak letak coklat tapi aku mesti nak cuba jugak dengan coklat.. haha.. dah namanya 'hantu' kan.. haruslah berhantu.. disebabkan rasa suka dengan coklat tu, sebelum bersalin baru ni aku tunaikan hajat diri sendiri nak makan coklat puas-puas dulu sebelum bersalin.. dan aku dapat tunaikan hajat tu kat Belgische Chocolatier..  Belgische Chocolatier port wajib pergi bagi penggemar coklat  Memang best gila la kenangan makan coklat kat sini bagi seorang penggemar coklat macam aku ni.. kiranya Belgische Chocolatier port wajib pergi bagi penggemar coklat la! Sebabnya ada bermacam menu makanan dan minuman berkaitan coklat yang dihidangkan kat sini.. korang yang hidupnya diselubungi coklat tu

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus