Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Wordless Wednesday # 72 : Matahari

Imej
assalamualaikum semua, alhamdulillah...matahari menyinar di Kuantan hari ni.. p/s alhamdulillah...matahari menyinar di Kuantan hari ni..

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh

Imej
assalamualaikum semua, blog ni lama dah sunyi.. sama cuba menyelami rasa sedih mangsa-mangsa banjir di seluruh negara... 2014 memang merupakan tahun yang sangat menguji bagi semua rakyat Malaysia.. tapi sentiasalah berdoa semoga kita semua tetap tabah hadapi semua dan Allah permudahkan urusan kita..amin.. pagi ni keluar je dari bilik air abg long bertanya pasal naik sekolah bila... dah lama sebenarnya soalan yang sama keluar dari mulut abg long..rasanya sebab dia dah puas cuti agaknya..dan dah mula rindu kawan-kawan. dan elok je aku jawab pagi tadi..."sekolah abg long mula 5hb bulan depan..sekarang ni dah 29hb dah pun...cuma tinggal dalam seminggu je lagi.." ceria muka dia bila dengar jawapan aku tadi... tapi bukak je Berita Harian Online hari ni...dapat berita sesi persekolahan ditangguhkan seminggu disebabkan banjir yang melanda seluruh negara sekarang...alhamdulillah..terima kasih atas keperihatinan kementerian pendidikan atas isu banjir ni.. walaupun semingg

Winter without snow

Imej
assalamualaikum semua, seperti ramalan kajicuaca..musim sejuk macam tahun lepas akan bermula lagi di Malaysia ni.. kalau ikutkan dah bermula sejak pertengahan disember tahun lepas yang juga menyaksikan bencana alam terbesar yang melanda negeri kelantan dan pahang.. dan kalau di pahang ni daerah pekan masih tak banyak perubahannya..ada jalan pekan yang runtuh menyebabkan terputusnya hubungan pekan dengan kuantan melalui jalan darat. di kuantan saat ni masih hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat sejak semalam..langit masih gelap.. suhu sekarang ni di luar tu 24°C ....sejukkk...macam duduk dalam aircond.. alhamdulillah.. Allah bagi aircond free je.. adakah kita tengah mengalami winter di Malaysia? di bawah ni gambar laluan pekan kuantan yang masih tak boleh dilalui pada 5/1/2015...sumber fb Warga Kuantan.. huwaaa.. macamana n ak balik kampung ni... p/s semoga mangsa banjir di mana berada pun yang tak mempunyai rumah ada tempat berlindung dari hujan dan panas..

Wordless Wednesday # 71 : Roti

Imej
assalamualaikum semua, p/s hujan masih turun sekejap lebat sekejap tak kat kuantan ni...dengar cerita air sungai lembing dah melimpah...jangan la banjir lagi..

Aktiviti Cuti Sekolah

assalamualaikum semua, dah nak masuk 3 minggu abg long dan abg ngah di kampung atuk dia di johor.. kami tinggal diorang pada 30hb bulan lepas dan patutnya ambik minggu depan 27hb tapi 4hb dah rasa macam nak gi ambik semula..haha..tak boleh betul la... ini pun semalam abg ngah dah menangis taknak letak telefon..dah rindu sangat..sibuk kata saya nak ikut ummi dengan ayah dengan adik una..alahai anak..apa kan daya..johor tu bukan dekat nak oiii... dan kami buat keputusan balik jugak minggu ni untuk ambik diorang.. sekarang ni pulak tengah musim hujan..risau jugak hati ni..hujan berterusan sejak malam kelmarin..cuma kadang-kadang lebat dan kadang-kadang gerimis.. harapnya dipermudahkan urusan kami nanti.. p/s ummi, ayah dan adik-adik pun dah rindu sgt dgn abg ngah dgn abg long..kakak sampai suka sgt pegi rumah mak long sampai taknak balik..dia rindu nak main dengan abg2.. lainkali tak payah tinggal la.. :'(

33 CPUV nuffnang?

assalamualaikum semua, alhamdulillah... syukur...rezeki tetap masuk walau jarang sangat dah jengah sini... dah bergelar ibu pada 4 orang anak..masa sangat-sangat jadi terhad... terima kasih jugak pada yang masih sudi singgah sini..terima kasih jugak buat nuffnang keran masih bagi peluang untuk blog cerita ita.. p/s hujan berterusan di sini sejak malam tadi kami sampai dari raub.. harap peristiwa tragedi banjir di kuantan tahun lepas tak berulang...risau...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

Imej
assalamualaikum semua, hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia.. kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok.. kali ni entry khas untuk kakak husna... macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi... meh kita layan gambar... memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan? malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan? lepas tu gambar dengan adik hadi.. adik tetiba jadi entiti seram.. haha.. gambar dengan kawan-kawan... mata tetap fokus kat kek.. alahai sukanya orang nyanyikan lagu... dan last sekali gam

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

Imej
assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok

Loom Band lagi...

Imej
assalamualaikum semua, cerita loom band lagi pagi ni..sila jangan bosan ye.. inilah penangannya bila ada anak perempuan yang suka bergaya... dipaksanya ummi dia pakai jugak benda yang sama macam dia pakai kat tangan...alahai anak.. padahal sampai je dalam kereta ummi dia terus bukak..hahaha... p/s naik kerja tak sampai seminggu tapi beban keja dah macam 2-3 bulan..huwaaa...mintak nyawa....

Wordless Wednesday #70 : Loom Band

Imej
assalamualaikum semua, aku dah terjebak!

Selamat Hari Lahir Buat Abah Tersayang

Imej
assalamualaikum semua, lama nak menulis tapi tak sempat tapi hari ni cuba sempatkan jugak untuk hari yang istimewa salah sorang insan yang ku sayang.. buat abah, semoga Allah panjangkan umur abah..murahkan rezeki abah dan sihatkan tubuh badan abah..amin.. selamat hari lahir yang ke 63 abah... p/s nanti angah balik bawak kek eh..errr tapi abah nak potong ke? ;)

Perjuangan baru bermula!

Imej
assalamualaikum semua, untuk tahun bermacam perancangan kami buat.. ianya perlu untuk keluarga kami...untuk pembangunan sahsiah anak-anak dan jugak untuk perancangan kewangan yang lebih sempurna...inshaaAllah.. semoga Allah permudahkan usaha kami..amin.. p/s kena hantar cepat..dengarnya cuma tinggal 15 je kekosongan..

17 CPUV Nuffnang?

assalamualaikum semua, walau lama tak bersiaran dan jarang-jarang bersiaran...tapi alhamdulillah..rezeki masih ada..tq nuffnang.. takde gambar nak disertakan ok..karang korang kata aku riak pulak.. ;p harap maaf bagi yang tinggal komen tapi tak berjawab..line sangat tak membantu..ditambah pulak dengan guna hp je ni...super lembab ok.. p/s eh...apa ke hal yg aku update blog pepagi buta ni...tido la ita wei... #saya ada anak kecik..harap maklum ok..

Roti oo roti..

Imej
assalamualaikum semua, kejap je rasa masa cuti dah makin habis..ala tak best betul la rasa.. semalam aku sempat buat roti.. sebenarnya dah bape kali dah buat..kemaruk makan roti buatan sendiri sekarang ni..aritu buat roti biasa..pastu roti sarang lebah..pastu semalam try roti manis belang-belang..haha.. resepi dia mudah je..tak mudah aku memang tak buat.. Resepi Roti Bahan-bahan 3 1/2 sudu teh yis serbuk (aku guna sebungkus  mauripan) 1 biji telur 1/4 air suam 1 1/2 cawan  susu uht 1 sudu teh garam 1/3 butter / marjerin ( aku guna shortening ) 1/2 cawan gula kastor ( aku lebihkan sikit jadi 2/3 cawan ) 5 cawan  tepung Cara-cara 1. rendam yis dalam air suam selama 5 minit sampai berbuih 2. campur semua bahan cair dulu sebatikan dan kemudian campurkan tepung 3. uli sampai doh tak melekat ke tangan sangat dalam lebih kurang 15-20 minit 4. tutup mangkuk doh bagi naik 2 kali ganda ( dalam 45 minit - 1 jam ) 5. tumbuk - tu

Exam bermula!

assalamualaikum semua, hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam? semalam aku tanya dia.. aku : abg long .. rasanya boleh tak jawab soalan esok ni ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau .. aku : kalau soalan susah macamana ? abg long : entahlah ummi .. saya tak tau la ... aku : ....( manjang tak taunya ) pastu pagi tadi ada lagi.. abg long : ummi .. hari ni ada bahasa inggeris la .. aku : ye la petang .. abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni ? abg long : entahlah saya tak tau ... saya cuba je la .. aku : cuba je la .. patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni... ummi sentiasa doakan yang terbaik un

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

Imej
semalam kecoh sana sini pasal bola.. dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang.. dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la... sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha... tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah.. p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..

Dah 54 hari

Imej
assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari kampung nan indah permai.. lama dah tak menulis..ini pun sambil meriba si kecik comel dalam cuaca pagi yang sejuk-sejuk ni..terima kasih pada yang sudi singgah dan baca serta tinggal komen walau tuan blog lama dah tak berkesempatan nak menulis.. alhamdulillah..hari ni kami dah genap 54 hari selepas tarikh bersalin aritu...aku masih lagi merangka draf untuk kisah kelahiran adik hadi..maaf ye bagi yang tertunggu-tunggu...ceeeh...ada ke? hehe... adik hadi makin sihat dan bulat sikit dari lahir aritu...dan dah 2 hari aku letak gambar muka adik di facebook..kalau sebelum ni tak letak konon-konon la eksklusif konon...haha..sila jangan meluat ok.. dan di entry ini juga akan diletakkan gambar bagi sesiapa yang belum tengok Ahmad Hadi Haris di facebook lagi tu.. selamat berkenalan buat semua dr adik Hadi.. p/s cuti2 jugak...tapi ada keja yang kena jugak submit sblm 30 hb..hmmm...

Breastpump terpakai untuk dijual dengan harga murah : Set Spectra 3 dan Unimom Allegro

Imej
assalamualaikum semua, lama tak bersiaran.. sibuk menguruskan adik hadi di rumah sekarang ni.. inshaaAllah satu hari nanti nak tulis pasal kelahiran adik hadi pulak.. tapi buat masa ni ada sesuatu kena highlight dulu.. aku nak jual breastpump aku yang ada sekarang ni.. aku nak jual dua-dua set ni dalam satu pakej yang sama..maknanya dua barang ni dengan satu harga.. ok..kita cerita detail pam ni dulu.. pam 1 : Spectra 3 spec : pam elektrik single @double usia : pam ni dah berjasa dekat 4 tahun dah pada aku dan anak-anak.. condition : keadaan pam buat masa ni masih tip top dan pembelian pam ni akan disertakan dengan 2 set breastshield terpakai jugak..maknanya boleh buat double pumping.. ;) tak ada kotak akan mengiringi pam yang dijual..harap maklum ya.. harga beli : RM499 pam 2 : unimom allegro (SOLD @ TERJUAL) spec : pam elektrik @ bateri ; single @ double usia : dah lebih 2 tahun condition : pam masih tip top dan setiap pembelian akan disertakan dengan 2 set breastsh

Wordless Wednesday # 69

Imej
teaser.... p/s esok cukup 30 hari..baru boleh nak letak gambar penuh kot.. ;)

kami dah boleh keluar..

Imej
assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pada 2

Wordless Wednesday # 68

Imej
assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)

Kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum semua, bersiaran dari HTAA hari ni...syukur ditemani line digi yang terbaik...oh lupa nak cite aku dah tukar line telefon lepas bosan dengan servis maxis dan celcom yang makin hari makin teruk..pasal yang tu aku cerita kemudian ok.. kali ni nak bercerita pasal kelahiran seorang lagi permata hati kami pada 3 September 2014 tepat jam 1.28 petang... apa yang berlaku memang kuasa Allah..kita manusia memang hanya merancang je kan.. anak lelaki kami ini selamat dilahirkan pada usia 38 minggu dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.44kg... cerita lanjut nanti akan aku ceritakan lagi..memang menakjubkan..pada aku la... terima kasih pada semua yang sudi mendoakan.. p/s sekarang ni adik masih lagi perlu dipantau keadaan gula dalam darah untuk lagi sehari lagi..semoga semuanya ok..

Wordless Wednesday # 67

Imej
assalamualaikum semua, Surat arahan kemasukan wad p/s doakan kami selamat ye...

Antara bersalin normal dan pembedahan...

Imej
assalamualaikum semua, ada tugasan lebih berat menanti aku esok...doakan ye... yang aku nak ceritakan adalah peristiwa yang berlaku minggu lepas...baru je... disebabkan keputusan OGTT aku sangkut pada bacaan 5.8 yang melebihi normal iaitu 5.6 maka aku dikategorikan sebagai ibu mengandung yang menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai  gestational diabetes mellitus (GDM). maka disebabkan itu jugak aku kena menjalani ujian BSP untuk tau kadar glukos dalam darah sebanyak 4 kali ujian sehari... dan aku dapat arahan untuk buat ujian tu hari Isnin lepas 26 Ogos 2014.. 27 Ogos ujian dijalankan... dan alhamdulillah.. keempat-empat ujian tak melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 5.6.. tapi aku tetap dirujuk kepada doktor untuk sesi kaunseling lanjut pada 27 Ogos 2014.. yang mana doktor menjalankan ujian scan wajib pada umur kandungan 37 minggu... sesuatu yang tak terjangka terjadi pada hari tu...doktor ambik masa jugak untuk scan dan mendapati anak dalam kandungan ni

Wordless Wednesday # 66

Imej
assalamualaikum semua, p/s rindu budak kecik yang nak jadi kakak ni..

Wordless Wednesday # 65

Imej
assalamualaikum semua, insyaAllah kurang dari sebulan lagi... ;) p/s hari ni mula lewat sikit :)

Ke Ipoh la pulak..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari kedua aku kat ipoh..sampai hari ahad malam baru ni... ada bengkel kat sini insyaAllah sampai hari jumaat ni.. kalau ikutkan dah tak larat dah nak ke mana-mana sebab tarikh dijangka bersalin tinggal tak sampai lagi sebulan dah...tapi dah kerja terpaksa la jugak... semalam stress jugak sebab aku kena cirit birit start dari petang dalam pukul 6 macam tu...sebelum tu dah rasa lain macam masa makan tengahari..rasa macam angin mencucuk je dalam perut ni..tak sedap betul rasa..pastu tengahari tu aku try la makan betik bagi dengan harapan bagi angin tu keluar...ambik ko..lepas tu memang keluar pun tapi sekali dengan cirit la...adoiii...tak larat dah rasa... masa nak gi makan malam pukul 7.30 tu aku dah rasa letih gila..boleh bila siap nak turun dah rasa tu datang lagi...pastu masa nak makan pun sempat singgah tandas kat kafe dulu..sabor je la.. balik dari makan pun masih macam tu tapi sudahnya aku layan minum teh pekat panas tanpa gula..alha

Wordlesss Wednesday # 64

Imej
masih mood raya..projek 18 Syawal.. p/s ini la gayanya bila biskut raya habis sblm abis raya

Tragedi Hari Jumaat

Imej
assalamualaikum semua, banyak kisah nak cerita sejak dari bulan puasa hari tu lagi... tapi asyik la tertangguh.... dan hari ni nak cerita kisah terbaru dalam keluarga kami... baru lagi terjadinya... hari jumaat lepas.. kalau anak kecik selalu diduga dengan ujian anak demam la.. sakit la..selsema la... ini anak dah besar sikit dan bersekolah diduga pulak dengan ujian kemalangan di sekolah... kami kalau boleh memang taknak menghadap situasi macam ni.. tapi apakan daya.. memang salah satu cabaran untuk ibubapa agaknya kan...kena la hadap jugak... al kisah ceritanya bermula macam ni... hari Jumaat baru ni kami macam biasa dalam pukul 6 petang duduk menunggu abg long balik dari sekolah... memang selalunya abg long akan jadi murid yang keluar antara yang paling lewat dari pagar sekolah... kadang-kadang sebab dia..nak pegi tandas la...pastu nak siapkan kerja sekolah dulu la..macam-macam la..tapi biasanya akan melangkah dengan penuh tenang dan aman damai je keluar dari pagar sambil

Bila orang jual insurance call..

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis..lupa dah macamana nak start..hehe..boleh gitu? ;) nak cerita hal semalam ni...dalam petang semalam aku terima call dari nombor telefon 03-27******** tetiba je dia tanya nama shah pulak tu..aku kata la aku ni isteri dia...ok di bawah adalah perbualan selanjutnya aku dengan agen Ace insurance ni ye... agen : boleh saya bercakap dengan En Ahmad Shahir ? aku : dia takde dan ini no telefon saya bukan dia ... siapa ni ye ? agen : ooo ... saya dari Ace insurance .. bla .. bla .... puan ni siapa ye ? aku : ( amboi .. byk cantik .. kau call aku banyak lawa la pulak tanya siapa aku ) saya isteri dia . agen : ooo .. kalau macam tu boleh tak saya mintak no telefon lain untuk hubungi En Shahir ye ..? aku : tak boleh agen : eh kenapa pulak tak boleh ? ke saya kena hubungi no ni di masa lain pulak ye ? aku : juga tak boleh agen : eh kenapa pulak tak boleh ye puan ? s

Wordless Wednesday # 63

Imej
assalamualaikum semua, Add caption p/s alhamdulillah....

kalau beli 3 berapa?

assalamualaikum semua, petang ni aku masih di pejabat... hujan pulak kuantan petang ni.. sangat gelap langit kat luar tu... kalau ikut perancangan ni kami nak balik hantar daging untuk mak shah petang ni dah terus berbuka di sana... semoga dipermudahkan perjalanan kami pergi dan balik... hantar daging awal-awal sebab tahun ni kami akan berhari raya di Johor...inshaaAllah... persiapan untuk hari raya dah hampir ke hujungnya... kami belum cari lagi baju untuk anak-anak je lagi.. yang lain alhamdulillah..dah selesai.. dan semalam kami pulun sampai pukul 12 tengah malam berjalan di bazaar ramadhan di hadapan masjid negeri untuk cari barang terakhir..jubah shah... alhamdulillah akhirnya dapat warna yang sepadan dengan harga yang sangat berpatutan...abis satu masalah.. dijadikan cerita ada la pulak malam tadi yang berjual mainan kat bazaar semalam... anak-anak apa lagi... asyik ke situ je la berpusing-pusing... dan lepas tu abg long ternampak mainan yang berupa lastik terbang

Wordless Wednesday # 62

Imej
assalamualaikum semua, kuih raya pertama kami selain Cikta Chipnuts Kukiss.. :) p/s mlm ni nak sambung buat satu lg..inshaaAllah..

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 8

assalamualaikum semua, selamat hari ulang tahun perkahwinan buat diri sendiri...semalam sebenarnya...hehe... semoga Allah perbaiki hubungan kita dari hari ke hari dan berkati hubungan ini...amin.. nak tengok gambar boleh tengok sini .. p/s kalau jap2 lagi ada satu post wordless wednesday..aci x?

Tahun pertama abg long berpuasa

assalamualaikum semua, apa khabar semua? harap dalam keadaan sihat hendaknya... beberapa minggu ni bermacam peristiwa yang berlaku menjadikan mood untuk berblog memang ke laut... bermula dengan tragedi MH370 kemudian Gaza diserang... dan yang terakhir MH17 dipercayai ditembak sehingga terhempas... menjadikan tahun ni tahun yang sangat suram rasanya... tambah dengan keadaan sekarang di bulan Ramadhan... pilu hati asyik tengok dan baca cerita sedih di merata-rata... suratkhabar... tv.. dan facebook... tapi walau apa pun hidup mesti diteruskan dan segala doa dipanjatkan pada Yang Maha Esa supaya ditempatkan orang-orang Islam yang terlibat dalam tragedi ini di kalangan orang-orang yang beriman..amin... dah masuk 24 Ramadhan kan hari ni? cepat je masa berlalu...rasa sayang masa yang terbuang.. tahun ni mood untuk bangun sahur dan berpuasa berkobar-kobar bila ada anak yang sama sibuk nak belajar puasa... abg long la siapa lagi.. awal-awal puasa aku terpaksa bungkuskan bekal ma

Roti John Homemade

Imej
assalamualaikum semua, aku tadi sebenarnya terniat nak tidur waktu rehat..mata mengantuk sangat rasanya..tapi sudahnya tak jadi bila kawan aku update cerita pasal GST..huhu...jangan mengigau sebab ketakutan sudah la... oleh sebab aku rasa meluat dan marah maka mari kita cerita pasal menu berbuka je la jom... hari kelmarin disebabkan aku dah tahap blur tak tau nak masak apa untuk menu berbuka...dan aku ada tinjau sorang blogger masakan buat roti john guna roti potong sendiri..maka aku pun try la... dan jadinya menu berbuka kami kelmarin adalah ala-ala western la kononnya...tapi aku buat roti john yang simple je pun...guna segala bahan yang ada kat rumah je la...senang... roti john homemade -sila abaikan rupa yang tak seberapa tu ye.. ok jom sekodeng resepi dia... Roti John Homemade by Cerita Ita Bahan-bahan 1 plastik roti hotdog (ada dalam 10 biji - aku guna 9 biji je) 1 keping daging lembu kisar jenama Ramli 1 labu bawang besar serbuk lada hitam secukupnya se

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus