kalau beli 3 berapa?

5:52:00 PTG

assalamualaikum semua,

petang ni aku masih di pejabat... hujan pulak kuantan petang ni.. sangat gelap langit kat luar tu...
kalau ikut perancangan ni kami nak balik hantar daging untuk mak shah petang ni dah terus berbuka di sana... semoga dipermudahkan perjalanan kami pergi dan balik...

hantar daging awal-awal sebab tahun ni kami akan berhari raya di Johor...inshaaAllah...

persiapan untuk hari raya dah hampir ke hujungnya... kami belum cari lagi baju untuk anak-anak je lagi.. yang lain alhamdulillah..dah selesai..

dan semalam kami pulun sampai pukul 12 tengah malam berjalan di bazaar ramadhan di hadapan masjid negeri untuk cari barang terakhir..jubah shah... alhamdulillah akhirnya dapat warna yang sepadan dengan harga yang sangat berpatutan...abis satu masalah..

dijadikan cerita ada la pulak malam tadi yang berjual mainan kat bazaar semalam...

anak-anak apa lagi... asyik ke situ je la berpusing-pusing...

dan lepas tu abg long ternampak mainan yang berupa lastik terbang yang ada lampu-lampu tu... aku pun rajinkan la diri bertanya harga...


aku : dik.. berapa harga ni satu dik?

penjual : satu 5 ringgit je kak...nak abiskan stok je ni.. dah tak banyak dah..

tetiba ada satu suara berbunyi...

..... : kalau beli 3 berapa?

hahaha.....cuba agak siapa yang tanya tu? ;) ................................................




siapa lagi kalau bukan abg long.... mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? hehehe... maknya dah selalu noo menawar sampai anak pun dah terer dah...

nak tau apa reaksi penjual tu?

penjual tu ketawa besar sambil cakap : amboi... kecik-kecik dah pandai tawar eh...

hehehe...nasib badan la bang layan budak camni...

sudahnya shah pulak datang menawar dan kami dapat beli 3 set dengan harga rm10... kira berbaloi la kan?
padahal benda yang sama gak kami beli kat Batu Pahat masa projek meracun dulu dengan harga yang sama..rm10 untuk 3 set...

anak....anak...teruskan sifat bijak wang ni ye...kalau boleh sampai bila-bila...


p/s tengah fikir macamana nak redah hujan untuk cari makanan berbuka kejap lagi ni...

You Might Also Like

5 Luahan Ikhlas

  1. hhahaha..mcm orang2 besar ja....dah jadi habit la tu...

    BalasPadam
  2. Raya Johor yer Ita? Akak dengan hubby baruuu bercerita pasal Kuantan pagi tadi. Baru sebulan tinggalkan Kuantan, tapi kami dah rindu...huhuuhu

    BalasPadam
  3. eloklah bang long..aunty ni sampai la tak reti menawar, hee

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Ita...

    BalasPadam
  5. selamat hariraya. Hee maaf zahir batin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini