Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap Assalamualaikum semua, hari ni hari Jumaat.. hari cuti hujung minggu kalau kat Johor ni.. sebab cuti hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu.. hari minggu macam ni biasanya akan adalah benda yang nak dimasak sebab selama ni sepanjang minggu kerja dan tak sempat nak fikir menu nak masak pun.. lagi pulak sekarang ni aku tengah amalkan Diet Suku-suku separuh lagilah kurang masak yang berat-berat.. Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap Tapi hari ni rasa nak makan jemput-jemput sedap jadi marilah kita buat.. pulak tu ada kuah asam pedas tetel baki lauk semalam tu.. boleh la buat kuah cicah bila dah siap kang.. resepi yang aku selalu guna ialah gunakan nasi yang tak habis atau kentang yang aku blender hancur tapi sejak akhir ni aku cerdik sikit dan malas.. haha.. jadi aku ambik la jalan mudah.. meh la aku kongsikan resepi dan rahsia jemput-jemput aku kekal lembut walau dah sejuk.. Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap oleh Ceritaita Baha...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.