Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Laut Merah kini di Kuantan!

Imej
assalamualaikum semua, ada satu fenomena terjadi setelah hujan berterusan dua hari di kuantan ni... sebenarnya lebih kepada pemandangan yang menyedihkan bagi penduduk Kuantan... yang mana sangat membuktikan nyawa dan kesihatan orang ramai umpama tiada nilai di mata orang tertentu... sedih.. banyak saluran mereka telah gunakan... media massa mana yang mereka belum terjah untuk menegakkan hak? tapi adakah hak bagi sekelumit umat yang sangat kerdil ini? kalau dulu kita cuma tau Laut Merah atau Red Sea berada di negara Arab...sangat terkenal sebagai pusat perlancongan bertaraf dunia... adakah lepas ni Kuantan akan jadi seperti itu? hmmmm.... entahlah... aku cuma nak kongsikan kesedihan sebahagian besar dari kami warga Kuantan dengan gambar-gambar yang telah ramai kongsikan di laman sosial... di dada akhbar tempatan juga... langit pun ikut bersedih dengan kerosakan yang dibuat oleh manusia dan inilah puncanya.... sumber NST dan ini......

Idea Bekal Makanan Untuk Anak oleh Yohana Sabri

Imej
assalamualaikum semua, sempena nak masuk musim naik persekolahan bagi tahun 2016 ni aku nak kongsikan sesuatu yang berguna terutama buat ibu-ibu yang bekerjaya yang nak bagi sarapan ringkas dan mudah untuk anak-anak... bagi aku sendiri tahun 2016 ni salah satu azam selain nak kurus aku berangan nak bawakkan bekal untuk abg long... ye la setelah 2 tahun sebelum ni abg long bersekolah sesi petang...impian nak bawakkan bekal tu cuma tinggal impian je... kadang-kadang je dapat bekalkan sesuatu.. itu pun tentunya makanan tu jadi sejuk beku bila sampai masa nak makan... lebih malang lagi disebabkan dah lama sangat bekal tu duduk dalam beg menjadikan abg long akhirnya lupa... huhuhu ... sedihnya tak terkata bila tengok bekalan tak disentuh... tapi apakan daya... jadi tahun ni aku nak cuba sekurang-kurangnya akan ada bekal walau cuma dapat sehari dua je bawak dalam seminggu... macam tahun sebelum ni walaupun aku tak berjaya buat bekalan tapi aku akan pastikan anak-anak tak tin

GIVEAWAY THE BABY STORE BERSAMA DIANARASHID

assalamualaikum semua, jom join... Hari ini saya nak jemput semua blogger untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari DianaRashid dan The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini dan juga penaja sampingan yang lain. Info Mengenai The Baby Store - Penaja Utama Sebuah Kedai Bayi Online yang menjual barangan kelengkapan dari ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak. Pelbagai jenama ternama ada dijual di online shop ini seperti Tommee Tippee, Philips Avent, Quinny Baby Stroller, Halford Baby Stroller, Aldo, Hauck Baby Stroller, Umma Lacto, Ummie Milky Rich, Mamom, EveLove Breastpump, ScratchMeNot, Susu Kambing Wildan, Sparco Car Seat, Baby Ultra Hannah Baby Wrap, Koopers, Freemie, Minyak Kelapa Dara D'Aura, Gugu Swaddle Pod, Tropika Baby Herbal Cream, Maxi-Cosi dan banyak lagi. Setiap belian di website The Baby Store akan menerima mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian seterusnya.

Eh...keluar dalam majalah ke?

Imej
Assalamualaikum semua, belum cerita kan cerita hot terbaru ni? atau lebih tepat perasan hot...hehehe... cerita dia macam ni... masa bulan oktober lepas ada aku ternampak iklan kat facebook Pa & M a ...dia tulis pasal sesiapa yang ada pengalaman pertama kali menghantar anak ke taska atau pengasuh dan nak pengalaman dia dikongsi bersama pembaca boleh email ke alamat email yang diberi pada iklan tu masa tu... dan aku pun gatal-gatal la tangan menaip email mengenai pengalaman menghantar anak-anak... tak ku sangka dipilih pulak untuk dimasukkan ke dalam slot pembaca tu....dan dengan rasminya keluar dalam Majalah Pa & Ma Keluaran Bulan Disember 2015 ...alhamdulillah... cuma yang agak mengecewakan aku terlambat menghantar gambar untuk dimuatnaik bersama pengalaman tersebut dan gambar yang disertakan oleh penerbit adalah gambar yang sedia ada dalam blog...pun boleh la... dari takde muka kan... hehehe.... meh cer acu tayang sikit keratan majalah tu jom.... ecece....

Sah Demam Denggi!

Imej
assalamualaikum semua, lamanya tak menulis...banyak dugaan kecil terjadi baru-baru ni... konon aritu berazam nak ada satu entri sekurang-kurangnya sehari untuk bulan Disember ni...rupanya azam hanya tinggal azam je...nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat... aku nak cerita kisah yang berlaku 2 minggu lepas ni... dah lapuk tapi tetap nak cerita jugak... kan aku ada cakap kat SINI yang shah kena demam sampai mengigil-gigil kan?  dan hari jumaat 4 Disember 2015 tu kami ke klinik untuk buat ujian darah sekali lagi dan hasilnya... keputusan denggi Allah... terduduk jugak la bila baca keputusan darah POSITIF DENGGI ... lepas tu mula la kelam kabut fikir apa nak bagi shah makan...hahaha...jangan gelak... para isteri memang begini tau waktu-waktu penting gini pun masih ingat makan... maka aku pun gigih la cari apa yang boleh dibuat bagi mengubati denggi ni... memula doktor cadangkan minum air perahan daun betik...cara-cara nak buat tu nanti aku tunjuk kat AIR TANGAN ITA

Mak baru

Imej
assalamualaikum semua, dah petang baru ada entry... pagi tadi sibuk temankan shah ke klinik..demam gigil-gigil pulak dia...ajak ke hospital taknak la pulak..esok pagi kena mengulang klinik untuk ambik darah.. kena pastikan bukan demam denggi sebab kami dari kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan denggi.. risau... harapnya bukanlah... tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal demam denggi... nak cerita pasal perbualan antara ibu dan anak...bonding time kami... sayang semua....rindu selalu.... kisah ni terjadi 2-3 hari yang lepas...masa tu kami beramai-ramai.. aku, abg long, abg ngah, kakak husna dan adik hadi sama-sama berbaring depan tv... shah takde masa ni...dia tengah sibuk berniaga... aktif sekarang ni dia berniaga SUSU SEGAR BERPERISA yang legend tu untuk cari rezeki yang halal untuk kami anak beranak...semoga Allah permudahkan usaha suamiku ini...amin..di samping tu aku masih juga buat pau untuk hantar ke warung berdekatan dengan rumah... alhamdulillah..semoga sent

50 Nama anak @ bayi popular di Malaysia tahun 2015

assalamualaikum semua, teringat dulu ada jugak pernah aku tulis entry yang sama macam ni..tapi TAHUN 2013 .. dan selepas 2 tahun dan menghampiri akhir tahun 2015 mari kita tengok nama anak @ bayi mana yang paling popular pada tahun ni...mungkin entry ni dapat membantu ibubapa yang sedang mencari nama sesuai bagi anak mereka yang sedang dilahirkan... Ini 25 nama popular bagi bayi lelaki Mohamed +0 Ahmad +2 Amar +0 Adam -2 Ethan last seen: 2010 Umar +4 Aqil -1 Danish +8 Izz new Aidan last seen: 2013 Aish +4 Jayden last seen: 2012 Abdul new Hud new Daniel -2 Noah new Lucas +5 Mikhail -11 Amsyar -11 Yusuf -9 Firash -9 Emir +3 Iman last seen: 2013 Dani new Amir new Ini pulak 25 nama popular bagi bayi perempuan Nor +0 Hannah +4 Aishah +0 Siti last seen: 2013 Zara -3 Puteri +6 Nurul +9 Sophia -3 Sara last seen: 2013 Dhia +0 Alya last seen: 2013 Nayla new Arianna +5 Keisha last seen: 2013 Ainul new Ayra new Alicia -13

Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Imej
Hadiah : RM100 Top Referral RM50 x 8 Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , MyKeledek , Kerinchi , Putrajaya2u , Salina , Resepi , Mek Zumbie , Ayu Arjuna ,  Cik Yah , CikIla , Cik Sepet , Fadzi , Yangbaik .