Cerita Ita: bomba                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bomba

Kakak Husna ke Bomba lagi!

Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal kisah rombongan anak-anak pulak.. semalam kakak husna ada ikut rombongan sekolah dia ke Balai Bomba Kuantan.. lagi sekali kan? hihi.. dia dah pernah pergi sekali Balai Bomba Kuantan ni masa dia kat sekolah PASTI dulu.. ada aku ceritakan dulu kat lawatan bomba ..  dan kali ni kakak husna berpeluang pulak ikut sekali lagi dengan kanak-kanak lain di Tabika Perpaduan tempat dia belajar sekarang ni.. bukan main bersemangat lagi tau.. cikgu ada bagitau dari minggu lepas lagi akan ada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba ni tapi aku saja diamkan sampai la ke hari Isnin baru ni..  rupanya kakak husna yang terlebih teruja tau.. nak kejut bangun pagi pun sangat senang.. lagi la kalau disuruh mandi.. kalau tak dia la orangnya yang paling banyak dramanya selama ni.. lepas je sarapan boleh pulak dia suruh kita pulak cepat sebab nak kejar bas katanya.. hahaha..  kelakar pun ada..  tapi disebabkan semalam pagi hari...

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos! assalamualaikum semua, dah berazam sejak awal berblog dulu nak ceritakan kisah anak-anak.. nak coretkan jugak sesuatu supaya bila mereka besar nanti ada sesuatu untuk dikenangkan.. manalah la tau jika apa yang berlaku, harap ada sesuatu untuk kenangan anak-anak.. jugak nak perbaiki cara mendidik anak-anak dengan komen dan perkongsian rakan-rakan yang sudi berkunjung dan membaca.. berselera kakak makan pizza dan kali ni aku nak kongsikan kisah aktiviti kakak husna untuk tahun ni di Tabika Perpaduan.. alhamdulillah banyak aktiviti yang kakak dapat ikuti sejak berpindah di sekolah baru ni.. banyak hikmahnya rupanya kisah terpaksa berpindah sekolah dulu.. sejak awal tahun dan 2 kali ada rawatan pergigian di sekolah kakak.. dan bermacam aktiviti yang melibatkan ibubapa jugak.. ada sekali hari tu ada gotong royong tapi kami tak dapat nak hadiri.. dan kemudiannya ada sambutan hari guru dan harijadi anak-anak.. dan sehar...

Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba!

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita awal bulan ni.. tapi disebabkan kesibukan kerja ummi dia makanya cerita begini asyik la tertangguh.. tapi aku tetap jugak nak update cerita anak-anak dalam blog ni.. moga jadi kenangan baik untuk mereka satu masa nanti.. dan kali ni nak bercerita kisah anak-anak berjumpa abang Bomba pulak..  ini gambar rombongan kakak   Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat tapi ni bukan kisah Abang Bomba I Love You macam drama kat tv tu... ni kisah lawatan ke anak-anak aku yang jugak anak-anak PASTI ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan.. abg ngah dengan kakak husna kan penghuni setia PASTI dah dekat 2 tahun.. alhamdulillah banyak kemajuan yang mereka berdua dapat dari PASTI.. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik guru-guru serta pengasas di PASTI.. dan setiap tahun pasti ada je lawatan yang memberi pelajaran yang baik buat anak-anak.. macam tahun lepas mereka buat lawatan ke Zoo Kemaman.. itulah kali pe...

kebakaran di Yayasan Pahang?

salam semua, ni cerita basi sebenarnya.... tapi tajuk best kan? memula aku bagi korang tengok gambar ni dulu.... dan amaran... entry ni banyak gambar... hahaha... pasal apa banyak gambar? pasal shah sanggup berhenti untuk isteri paparazi dia ni ambik gambar dulu... hehe... ok la tu ada cerita untuk blog kan? ni gambar masa aku balik sebelum jumaat... yang ni pulak kawasan kejadian masa nak balik opis semula jam 2.15 petang tu..... seram kan tengok api tu... macam boleh jejak kat rumah aku je tu.... tak jauh dah tu... tak sampai pun 2km... api ni sebenarnya dah wujud sejak hari  khamis petang jam 6.30 petang la lebih kurang camtu... masa aku sibuk2 masak untuk berbuka, dengar bunyi2 siren bomba... sambil tu aku ada gak nampak asap hitam berkepul2 dari belakang dapur aku... tapi perhatian ye... ini bukan Yayasan Pahang yang terbakar tapi kawasan hutan kat area depan Yayasan tu je... tempat tu dah dilapangkan untuk projek pembangunan... entah2 sengaja bakar...