Kakak Husna ke Bomba lagi! - Cerita Ita                                                             Kakak Husna ke Bomba lagi! Langkau ke kandungan utama

Kakak Husna ke Bomba lagi!

Assalamualaikum semua, hari ni nak cerita pasal kisah rombongan anak-anak pulak.. semalam kakak husna ada ikut rombongan sekolah dia ke Balai Bomba Kuantan.. lagi sekali kan? hihi.. dia dah pernah pergi sekali Balai Bomba Kuantan ni masa dia kat sekolah PASTI dulu.. ada aku ceritakan dulu kat lawatan bomba.. 



dan kali ni kakak husna berpeluang pulak ikut sekali lagi dengan kanak-kanak lain di Tabika Perpaduan tempat dia belajar sekarang ni.. bukan main bersemangat lagi tau.. cikgu ada bagitau dari minggu lepas lagi akan ada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba ni tapi aku saja diamkan sampai la ke hari Isnin baru ni.. 

rupanya kakak husna yang terlebih teruja tau.. nak kejut bangun pagi pun sangat senang.. lagi la kalau disuruh mandi.. kalau tak dia la orangnya yang paling banyak dramanya selama ni.. lepas je sarapan boleh pulak dia suruh kita pulak cepat sebab nak kejar bas katanya.. hahaha..  kelakar pun ada.. 

tapi disebabkan semalam pagi hari hujan, jadi jalan agak sesak dan perlahan.. ramai orang bawak kereta agaknya.. sampai kat sekolah berebut-rebut dia nak turun kereta sebab nak naik bas katanya.. padahal bas cuma akan sampai pukul 8.30 pagi.. hihi.. gelagat anak gitu la.. 



lepas lawatan sampai tengahari, cikgu kakak husna yang baik hati hantar gambar dan video yang cikgu rakam di sepanjang aktiviti..  alhamdulillah macam mak bapak dapat liputan secara langsung dari tempat lawatan gayanya.. haha.. 



siap ada latihan untuk anak-anak macamana nak padamkan api yang ada kat badan.. sibuk la memasing semua nak demo macamana berpusing dan bergolek badan sudahnya.. video kakak husna bergolek tu ada aku letak kat bawah ni.. boleh la korang tengok sekali.. 



sudahnya penuh la hp ni dengan semua gambar anak-anak.. siap pakai baju bomba lagi kata kakak..  terima kasih la cikgu yang sudi aturkan aktiviti berguna untuk anak-anak macam ni.. rasanya untuk orang dewasa pun kena buat jugak la kan..? 



Ulasan

  1. Alahai..comelnyer anak²...kalau org tua pun kena golek gak kot..huhuhu

    BalasPadam
  2. cececece.. comel tau kakak husna.. hee~ biarkan anak explore dunia dengna cara mereka.. kan kak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  MAKSUD POTLOCK sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya

Pengunjung