Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Kempen Jadi Kaya dengan Zakat oleh PPZ-MAIWP

Imej
Assalamualaikum semua, aku rasa ramai di kalangan kita sebenarnya dah sedar tentang kepentingan berzakat sekarang ni.. lebih-lebih lagi dah banyak pendedahan yang dibuat di sana sini mengenai kepenting berzakat ni bagi umat Islam.. bila sebut zakat je biasanya kita akan ingat zakat fitrah yang sibuk orang nak bayar menjelangnya 1 Aidilfitri setiap tahun tu kan? Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Tapi sebenarnya zakat ni bukan zakat fitrah tu je tau.. ada banyak lagi zakat yang patut kita tau.. kebetulan dah hujung tahun ni pulak aku berpeluang hadiri majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP atau lebih korang kenali dengan nama PPZ-MAIWP iaitu Kempen “Jadi Kaya Dengan Zakat”.. dari penerangan secara ringkas yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dapat la sikit sebanyak tambah pengetahuan.. melalui penerangan beliau terdapat zakat harta yang boleh ditunaikan di sepanjang bulan Disember ni iaitu Zakat Pendap

Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk

Imej
Petua dan panduan untuk anak yang mudah selsema dan batuk Assalamualaikum semua, dah hujug tahun dah pun sekarang ni kan.. cuaca mula la dah tak menentu.. tengok pada ramalan cuaca tadi pagi pun macam sepanjang minggu ni akan alami hujan lebat berserta ribut di kawasan tempat kami tinggal ni.. dan pagi tadi pun memang dah hujan lebat dah pun sampai waktu lepas subuh tadi.. sejuk la sikit..  Kalau anak-anak tak sihat.. mak bapak tentu susah hati kan? Tapi aku rasa dengan cuaca macam sekarang ni tentunya ada je anak-anak yang mudah kena jangkitan penyakit kan.. bukan kata anak-anak je pun.. dengan mak-maknya atau ahli keluarga lain sekali akan terjangkit sama.. mula la drama batuk.. demam sana sini bermula.. ujian betul kalau kena tu.. Alhamdulillah buat masa ni, anak-anak kat rumah ni belum nampak lagi tanda-tanda tak sihat lagi.. syukurlah jugak.. Cuma aku risaukan abg ngah je la.. dia tu biasanya mudah je kena banding orang lain.. yang selalu kami kena jaga ialah jangan

Resepi Teh Bunga Cengkih

Imej
Resepi Teh Bunga Cengkih Assalamualaikum semua, tetiba hari ni aku terasa nak kongsikan resepi teh bunga cengkih untuk kesihatan tekak terutamanya.. aku dapat resepi ni dah lama jugak.. sampai dah lupa kat mana aku dapat ntah.. seingat aku macam aku ada terbaca memana la tapi lupa kat mana.. harapnya dengan perkongsian resepi teh cengkih ni akan membolehkan tuan punya resepi asal Teh Bunga Cengkih ni pun mendapat pahalanya.. di samping orang lain yang menggunakan resepi teh cengkih ni mendapat manfaatnya..  Resepi Teh Bunga Cengkih Asalnya aku buat teh ni dulu lepas aku kena episod batuk tak berhenti dekat 4 bulan la jugak.. lama kan? Masa tu memang sampai doktor dah suspek aku ada TB dah tau.. siap ambik sampel kahak lagi tu nak kompomkan.. Alhamdulillah keputusan yang keluar akhirnya menunjukkan bukan TB.. dan cuak la jugak masa tu.. mana taknya.. batuk tak berhenti sekian lama.. walau dah cuba bermacam ubat dan cara.. Aku dah cuba dah minum air delima tak jalan..

Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan

Imej
Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan Assalamualaikum semua, tetiba dapat mesej dengan gambar ni semalam.. terharu.. masih ada lagi cebisan kenangan yang tertinggal.. terima kasih Kelab Veterinar Pahang atas ingatan.  Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan 20 tahun penubuhan dah rupanya ya.. Banyak kenangan dengan kelab ni.. aku kenal kelab ni sejak berhijrah ke Pahang pada 2007 tapi mula masuk kelab setahun selepas tu.. bagi aku kelab ni bukan saja mengumpulkan atlet yang bernilai bagi setiap kali sukan jabatan dipertandingkan tapi ianya jugak menjadi medan semua ahli jabatan beramah mesra hingga menjadikan semua ahli Veterinar Negeri Pahang mempunyai ukhwah yang sangat kuat!  Kelab Veterinar Pahang dalam kenangan Kerana dari tahun ke tahun, ada saja aktiviti yang dijalankan yang bukan saja melibatkan ahli bahkan juga keluarga.. kami bukan saja kenal ahli.. malah kami kenal anak, isteri dan suami masing-masing! satu perkara yang aku kira tak akan jumpa di semua tempat.

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

Imej
Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita Assalamualaikum semua, pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?  Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.  Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-fak

Rezeki menang 8000 B Infinite Point!

Imej
Rezeki menang 8000 B Infinite Point! Assalamualaikum semua, siapa sangka rupanya di hari Jumaat ni akan ada rezeki tambahan Allah nak bagi.. ceritanya macam ni.. aku join contest yang dibuat oleh B Infinite Reward dekat Instagram.. masa join tu bukan la jangkakan nak menang pun tapi apa salahnya cuba nasib kan.. hehehe Rezeki menang 8000 B Infinite Point! Masa nak bergambar tu punyalah gigih aku gi cari dan singgah 7-Eleven untuk tukar point B Infinite dengan slurpee yang sedap tu.. nak bergambar pun satu hal jugak sebenarnya.. aku kan jenis pemalu wei.. tapi nak ambik gambar.. pening betul dengan kecelaruan identity masa ni.. hahaha.. sudahnya aku berdiri jugak bergambar kat depan 7-Eleven tu dengan tersengih macam apa.. ada la sorang budak yang duduk depan 7-E tu pun pelik la.. dah kenapa agaknya makcik ni ntah.. hahaha… ada bukti gambar di bawah ni ya..  View this post on Instagram Yeay dapat Slurpee tanpa bayar sese

Koleksi Petal Velvet powder dan Sunaway dari Althea

Imej
Koleksi Petal Velvet powder dan Sunaway dari Althea Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal satu barang best! Ada yang kata tak perlukan pun benda ni.. tapi secara peribadinya pada aku yang jarang alami sunburn ni pun sangat-sangat perlukan produk sunblock macam Damask Rose Petal Velvet Sunaway ni tau..  Koleksi Petal Velvet powder dan Sunaway dari Althea sebabnya tentu korang kalau ada yang dah tau.. usia aku akan menganjak ke 40 tahun dah tahun depan ni.. dah tak lama dah pun.. tinggal beberapa bulan je lagi ni sebenarnya.. cakap tahun depan tu macam lama sangat je kan.. haha.. sebenarnya untuk orang yang lahir di bulan Januari ni takde la sangat istilah tahun depan tu bila dan sampai ke bulan November ni haa.. Antara sebab aku sangat perlukan Damask Rose Petal Velvet ni ialah sebab kandungan SPF dia yang tinggi sehingga SPF50+ tau.. dan kulit orang yang mencecah umur 40 tahun ni dah sememangnya la perlu penjagaan yang lebih rapi terutama bila selalu terd

Makan Pizza Dominos sempena Kempen It's All About You

Imej
Assalamualaikum semua, tetiba pulak baru teringat nak kongsikan pasal kami pergi makan Pizza Dominos sempena kempen It's All About You baru ni.. memang betul la meraikan betul kempen ni sebab kami makan pun pasal semua anak-anak je ni.. dan tepat sangat la dengan kempen It's All About You kan..  Makan Pizza Dominos sempena Kempen It's All About You apa je kami tempah masa makan tu sampai banyak menimbun tinggi tu kan..  hahaha.. kalau dah jenis mak-mak yang nak raikan anak-anak tapi poket ada bersyarat ginilah rupanya tau.. kena la tengok hari yang sesuai.. pada masa sesuai dan menu yang sesuai.. maka dengan berhemahnya aku pilih Pizza Dominos untuk anak-anak!  Bertimbun pizza depan mata kebetulan la memang memasing ni penggemar pizza Dominos jadi memang detik yang ditunggu-tunggu la kiranya ni haa.. korang tengok je la muka kakak syafiah (dia suruh panggil syafiah pulak sekarang ok.. no more husna) bila aku kata ambik gambar dulu baru boleh makan..

Kemunculan The Dream Planner 2019!

Imej
assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal satu lagi kegemaran aku sejak dulu.. iaitu mengumpul planner dan diari!  sejak dari dulu memang suka menulis kan.. nak buat macamana.. selain menulis aku suka sangat jugak membaca tapi apa boleh buat kekangan masa sekarang ni nak membaca tu agak terhad masanya.. jadi menulis je la yang masih boleh disambung kesinambungannya walaupun cuma sekali sekala...  Kemunculan The Dream Planner 2019 Disebabkan minat aku yang satu ni la aku selalu suka sangat tengok koleksi diari atau planner yang ada kat pasaran.. ada jugak yang aku dah ceritakan kat korang dalam blog ni pasal koleksi planner yang aku beli dan dapat.. kebanyakkannya dalam harga yang berbaloi dan berkualiti la jugak..  Dan kali ni aku nak kongsikan lagi pasal planner.. sebenarnya lebih kepada sejarah aku dengan planner.. memula dulu cuma ada diari.. tapi bila aku mula bekerja dengan seorang bos yang sangat menitikberatkan pasal jadual aktiviti tahunan yang lengk

Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm

Imej
Assalamualaikum semua, lamanya tak jumpa korang kat blog ni.. rindu sangat nak menulis sebenarnya tapi apakan daya tuntutan kerja dan tanggungjawab hakiki perlu didahulukan.. tapi kalau sesiapa follow facebook atau instagram aku mesti ada perasan aku ada share pasal cabaran sarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm kan? Mehlah kita kumpulkan semua cabaran susu tu kat sini dan kita kongsikan sikit tentang kebaikan susu untuk kehidupan kita sehari-hari.. Cabaran Sarapan bersama Dutch Lady PureFarm kebetulan la pulak dah memang kerjaya aku sebagai Doktor Veterinar ni yang merangkap mak kepada 4 orang anak yang sedar membesar.. yang perlu jugak la berkempen untuk semua orang pasal keperluan susu dalam diet seharian.. banyak tau manfaat kalau amalkan minum susu ni.. tapi patut elak la kalau korang ni jenis lactose intolerant tau.. haippp jangan sesekali nak cuba minum susu kalau dah tau lactose intolerant ok! pesanan ni cuma untuk mereka yang takde pantang larang dengan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus