assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini..
hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore.. kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la..
biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar dan selesa.. dan Swiss Garden Hotel Melaka ni memenuhi keperluan kami..
![]() |
Swiss Garden Hotel Melaka |
![]() |
Swiss Garden Hotel Melaka |
![]() |
Amboi santai model kita ni.. hehe |
katilnya bersaiz besar dan boleh sangat nak digunakan untuk 2 orang dewasa bersaiz sederhana macam kami untuk tidur sekali.. selesa la anak-anak tak perlu nak minta tambahan katil.. yang penting kebersihan bilik serta katil sangat baik..
bilik air pulak lengkap dengan kemudahan toiletries siap ada berus gigi, air panas dan shower yang besar.. puas nak mandi.. cuma satu je pasal bilik air ni.. exhaust fan untuk bilik airnya tak berapa kuat, jadi kalau ada sesiapa yang baru menunaikan hajat besar.. baunya akan agak mengganggu orang lain di dalam bilik yang sama.. ambik masa agak lama jugak baru bau akan hilang..
![]() |
Permandangan dari balkoni luar |
![]() | |
|
kami sempat juga bersarapan setiap pagi bersama kerana termasuk di dalam harga bilik tapi kami kena tambah untuk bayaran makan anak.. seorang anak dikenakan bayaran RM18 untuk sarapan pagi.. tapi aku rasa sangat berbaloi dengan variasi serta kualiti makanan yang disediakan.. makanan sangat sedap dan banyak pilihan.. sambil dapat tengok permandangan di sekitar Kg Morten dan Sungai Melaka.. kiranya puashati la dengan bayaran tambahan tu..
![]() |
gymnasium |
banyak aktiviti boleh dibuat di hotel ni termasuk mandi mandi di kolam renang hotel yang agak luas dan jugak bersenam di gym.. tapi waktu kami pergi ni kami lupa bawa kasut sukan dan peraturan gym tak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun untuk masuk.. kecewa jugaklah tak dapat mengunakan gym.. ada juga disediakan bilik sauna secara percuma untuk sesiapa yang menginap di sini.. tapi disebabkan masa yang aku ada agak terhad jadi tak sempat juga nak merasa bersauna.. semua kemudahan ni berada di tingkat 9 hotel..
yang uniknya hotel Swiss Garden Hotel Melaka ni ialah mereka ada restoran yang berada di 2 menara mereka. satu di tingkat 30 dan satu lagi di tingkat 41.. kami cuma sempat meninjau yang berada di tingkat 30 tu je.. yang di tingkat 41 tu kami tak pergi.. hanya ada gambar dari bilik kami je sebab kami gayat.. haha..
kemudahan tempat letak kereta juga disediakan percuma dan kalau nak berjalan ke Pirate Park pun tak berapa jauh.. juga kalau nak naik River Cruise Melaka.. cuma kami je yang tak sempat nak naik disebabkan kepadatan jadual aku masa tu.. kalau tak mau bergerak jauh dari hotel.. boleh juga ke Akuarium, Toy Museum dan 3D Interactive Park yang berada hanya di The Shore.. tapi kami tak pergi semua tempat tu.. nanti aku cerita kat entri lain ya..
Ceritaita