Dapat jajan Super Ring percuma di Petron - Cerita Ita                                                             Dapat jajan Super Ring percuma di Petron Langkau ke kandungan utama

Dapat jajan Super Ring percuma di Petron

Assalamualaikum semua,  korang sihat ke hujung minggu ni? Kat rumah ni dah mula ada yang tunjuk tanda-tanda nak batuk dah ni.. agaknya cuaca dah mula tak menentu dan tabiat yang tak suka minum air masak tu la jadi punca.. tapi bukan itu pun yang aku nak cerita sangat.. aku nak ceritakan pasal dapat jajan Super Ring percuma di Petron hari ni..  

Dapat jajan Super Ring percuma di Petron


kami isi minyak tadi ni kat Petron Jalan Besar kat sebelah pejabat LHDN Kuantan.. tengok pada tangan pekerja stesen minyak kat Petron tu ada bakul comel.. kat dalam bakul tu pulak ada nampak banyak bungkusan jajan Super Ring.. sambil aku tengok dan layan whatsapp orang tanya order pau frozen, aku terfikir gak.. mungkin ada kempen apa-apa kan.. sebab jarang nampak macam tu.. 

Dapat jajan Super Ring percuma di Petron


bila pekerja tu nampak kereta kami je dia terus hulur kat shah 2 pek jajan Super Ring tu.. Shah pulak dah macam dalam cerita Setinggan tu haa..  boleh pulak mintak lagi 2 pek.. hahaha.. mana taknya kan.. anak ada 4 orang ni haa.. bergaduh pulak nanti kang.. 

Dapat jajan Super Ring percuma di Petron


jadi apa lagi.. riang gembira la anak-anak dapat jajan sorang satu jajan Super Ring sorang satu tadi.. alhamdulillah rezeki anak-anak hari ni.. aku baca kat pek dia tadi dia tulis "Super Saturday" "Fuel up and have a fuel happy at Petron".. ini kempen untuk hari sabtu la maknanya ni.. lepas tu kat sini pulak kalau isi minyak lebih dari RM50 dapat satu botol air mineral pulak tu.. alhamdulillah rezeki lagi.. terima kasih Petron! 

Ceritaita


Ulasan

  1. Kalau aku pun suka gak ita. Feberet tu

    BalasPadam
  2. Kami di area Perak ni pula dapat mineral water jer. Itu pun kalau isi RM30. By the way, kira boleh la dari tak de apa-apa.

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat jajan super ring. Aritu anak kinah dapat belon. Huhu jadilah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum