Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Hidangan Hari Raya kami yang wajib ada

Imej
Menu Hari Raya yang mesti ada Ketupat hidangan wajib ada.  Ini aku yang isi sendiri.  Assalamualaikum semua, aku belum tunjuk lagi menu hari raya kami kat blog ni. Raya baru ni kami masak hidangan yang wajib ada je setiap tahun cuma tertinggal satu je la hidangan wajib yang tak sempat buat. Tahun ni kami beraya di Johor. Tak sempat nak balik beraya ke Pahang lagi ni sebab tuntutan kerja. InsyaAllah akan kami luangkan masa nanti. Disebabkan tahun ni berhari raya di Johor jadi menu hari raya pun mengikut tradisi Johor jugak la. Atau lebih tepatnya tradisi rumah kami ni je. Abah kami ni memang kewajipan dia setiap tahun perlu ada ketupat. Ketupat nasi dalam daun kelapa la. Bukan ketupat palas atau pulut. Jadi kenalah mencari daun merata-rata. Misi Anyam Ketupat Bermula Daun kelapa untuk ketupat Awalnya kami dapat beli daun kelapa di Kota Tinggi masa misi mencari baju raya. Masa tu dah hujung Ramadan dah. Nantilah aku ceritakan kisah mencari baju raya tu. Panjang kisahnya. Bila dah dapat d

Luangkan masa bersama anak-anak

Imej
Main Bowling Bersama-sama Anak Sedih tengok papan skor.. haha Assalamualaikum semua, semalam dah masuk Syawal ke 7 tapi kami semua tak ke mana-mana.. hanya berada di rumah manfaatkan masa cuti dengan mengemas rumah. Kebetulan semuanya ada dan dah bagi ganjaran pada malam sebelumnya.  Ganjaran apa yang kami bagi pada anak-anak? Bukan apa sangat pun.. cuma modalnya agak besar la sikit untuk keluarga besar kami ni.. haha.. Kami bawa anak-anak bermain bowling di Kluang Mall.  Lama dah kami tak main bowling ni. Rasanya kali terakhir masa Abg Chik sebaya dengan Adik Adam sekarang ni. Memang lama betul kan tu? Masa di KL dulu ada berkira-kira nak pergi bawa anak-anak main tapi hasrat tu terkubur macam tu je. Ada keperluan lain yang perlu kami penuhi.  Kali ni terus ajak dan pergi je la.. insyaAllah nanti Allah bagi rezeki lebih kalau kita gembirakan orang yang tersayang. Lagipun aku terasa juga,  dah lama tak hiburkan hati anak-anak. Kali terakhir hujung tahun lepas je la.  Ini pun dah nak ma

Cenderahati Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Puspanita JPV Johor

Imej
Terima kasih atas ingatan dan cenderahati  Cenderahati majlis khatam  Assalamualaikum semua, macam rutin tahun-tahun sebelumnya Puspanita JPV Johor mengadakan majlis khatam bagi tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan puasa yang lepas. Aku lambat nak cerita kat sini.  Sejak aku masuk ke JPV Johor pada penghujung tahun 2019, terus jumpa bulan Ramadan masa musim Covid19 melanda jadinya konsep tadarus dah bertukar corak. Kami buat secara bacaan individu disebabkan kekangan kawalan pergerakan pada waktu tu.  Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke 3 aku sertai. Tahun kedua dulu sempatlah aku sertai majlis khatam ni bersama-sama. Tapi tahun ni dah tinggal jauh jadi tak berkesempatan nak sertai. Cara bertadarus mudah waktu PKP Aku cuma mampu sertai sesi bertadarus tu je. Cara kami buat kami buat beberapa kumpulan dan masing-masing boleh pilih juzuk kegemaran atau juzuk pilihan untuk habiskan dalam jangkamas yang ditetapkan. Di penghujung masa tu nanti tinggal kemaskini samada bacaan

Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector

Imej
  Nikmati masa bersama keluarga dengan INLAB SENZ Projector    INLAB SENZ Projector Assalamualaikum semua, sekejap je dan dekat seminggu Syawal dah kan..tak terasa masa berlalu. Terasa baru je bercuti menunggu hari raya tiba-tiba dah habis masa bercuti. Yang mana masih lagi bercuti panjang sempena hari raya Aidilfitri tu korang buat aktiviti apa je bersama keluarga selain dari berkunjung ke rumah saudara mara?   Kalau rutin kami di rumah bila ada banyak hari cuti dapat diluangkan bersama keluarga ni mesti kami akan habiskan dengan menonton filem kegemaran kami. Biasanya bila ada yang datang berkunjung ke rumah pun, tempat menonton tu memang akan jadi tempat berkumpul la. Sambil berborak sambil layan cerita. Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil.. leka la masing-masing.   Waktu ni jugak aku terbayang kalaulah ada INLAB SENZ Projector kat rumah kan senang. Sebab bila dah berkumpul ramai-ramai tentulah ada je yang takkan nampak apa yang terpapar di tv tu, lagi-lagi la kalau tvnya ber

Bekal kerja pertama di Raya Kelima

Imej
Dah mula naik kerja dah kita Bekal ke tempat kerja Assalamualaikum semua, macam baru je lagi semua orang bertelagah pasal penetapan hari raya aidilfitri baru ni. Tapi tetiba je dah sampai raya yang kelima dah pun. Sekejap betul masa berlalu. Tau-tau je dah masuk hari kelima umat Islam berhari raya. Alhamdulillah. Korang semua tu tengah sakan beraya lagi ke? Kami semalam dah berehat. Dah ada yang mulakan tugas sejak semalam di rumah kami, jadinya tinggal melayan anak-anak kecik yang masih seronok beraya dari rumah ke rumah je la. Sekian lama dah tak dapat beraya dari rumah ke rumah, tahun ni seronok anak-anak diberi peluang beraya sakan. Siap ada yang tanya lagi kita boleh berjalan sampai sebulan ke ni? Haha pengsan! Hari ni aku dah mulakan tugas semula. Sejak tadi menjawab telefon je kerjanya. Mujur jugak dah naik kerja. Kalau tak siapalah yang nak menjawab panggilan tu semua. Kita bantu je la mudahkan pihak-pihak yang memerlukan.  Bekal ke tempat kerja di hari raya tart coklat kegemar

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H dari kami Tema raya sedondon kami tahun ni Kuning!  Assalamualaikum semua, korang sihat semuanya? Alhamdulillah umat Islam di Malaysia selesai menunaikan salah satu dari rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut hari raya pada hari Sabtu, 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H.  Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua kawan-kawan juga semua pembaca blog Cerita Ita yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ni. Aku juga nak menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa tanpa disedari sepanjang aku menulis di blog ni. Segala sokongan korang samada melalui komen atau kunjungan ke blog ni amat-amat aku hargai. Doakanlah semoga blog ini akan berkekalan dan memberi manfaat kepad orang lain. InsyaAllah.  Selamat Hari Raya Aidilfitri!  Ceritaita

ShopeeFood and Pizza Hut Delivers Food for Hari Raya Celebrations

Imej
ShopeeFood and Pizza Hut Delivers Love to Food Delivery Partners for Ramadhan and Hari Raya Celebrations ShoppeFood Raya Assalamualaikum all, in conjunction with Ramadhan and the upcoming Hari Raya celebrations, ShopeeFood together with Pizza Hut organised several berbuka puasa sessions across Klang Valley and Selangor for its fleet of food delivery partners.  The #ShopeeDeliversLove campaign is in its second year and aims to show appreciation to ShopeeFood delivery partners. Hundreds of delivery partners attended the sessions across many locations such as Wangsa Maju, Kota Damansara, Kepong and Kajang. Besides feasting on various yummy pizzas and beverages provided by Pizza Hut, the delivery partners also received many other goodies like Hari Raya cookies and petrol vouchers. Celebration  According to Kwa Yin Leng, Head of Operations for ShopeeFood Malaysia: “We are excited to be able to host this event on an annual basis for our delivery partners. ShopeeFood recognises the important

Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records

Imej
Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama dalam Malaysia Book of Records menerusi kempen #KuihRayaDariHati Cadbury Dairy Milk dan MYDIN melakar nama Malaysia Book of Records Assalamualaikum semua, baru ni aku ada dijemput ke majlis meraikan kejayaan Cadbury Dairy Milk dan MYDIN yang bertempat di Johor Bahru. Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara. Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin. Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati Sumbangan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan. Dengan sokonga

Selamat Hari Lahir Abg Long

Imej
Ucapan selamat hari lahir buat anak Selamat Hari Lahir Abg Long Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran ke 16 anak pertama kami Abg Long atau yang kami namakan Ahmad Haziq Hakimi sejak dari kecil dulu. Terasa macam sekejap je dah besar dan sedang menempuh alam remaja. Macam terasa baru je kami timang cahaya mata. Tahun ni dah masuk tahun ketiga rasanya kami raikan sambutan hari jadi Abg Long dalam bulan puasa. Bila di bulan Ramadan tau  je la, jadualnya agak ketat jadi sambutan juga agak sederhana. Tapi insyaAllah masih cuba untuk titipkan rasa kegembiraan di hati anak-anak. Sambutan ulangtahun kelahiran Abg Long Hari ni pulak kami dah rancang nak pergi ke Bazar Raya Simpang Renggam untuk mencari baju raya anak-anak. Jadi sambutan hari jadi Abg Long kami sambut selepas selesai semua urusan di Bazar Simpang Renggam tadi.  Kek black forest Baker's Cottage Kami singgah di sebuah restoran, Azira Seafood namanya. Kami order makanan macam biasa dan bawak bekal

Nak sedekah macam Khairulaming? Lebih mudah dengan Sujood

Imej
Sedekah lebih mudah dengan aplikasi Sujood Amalan Akhir Ramadan Assalamualaikum semua, kita dah masuk ke 21 Ramadan 1444 dah hari ni.. kejap je masa rasa berlalu. Dah masuk 10 Ramadan yang terakhir pun dah. Terasa macam baru je tunggu kedatangan Ramadan, tau-tau dah nak habis. Bila dah di penghujung Ramadan ni kan kita patutlah tumpukan amalan yang patut dibuat sebelum bulan Ramadan berakhir. Antara amalan yang boleh diamalkan macam cadangan seperti dalam gambar cadangan amalan 10 Ramadan terakhir macam kat bawah ni. Kisah Khairulaming dan sedekah Seronok nampak muka-muka pekerja dia Baru-baru ni aku terbaca pasal kisah seorang influencer bernama Khairulaming yang beri cuti pada semua pekerja di kilang sambal nyet dia dan bawa semuanya untuk berbelanja baju raya dan bagi duit raya sekali. Teruja dengar cerita ni. Terasa macam teringin nak jadi macam dia dan mudah je bersedekah dengan semua orang macam tu. 13 ribu botol terjual dalam masa 2 minit je Tapi yang paling menariknya

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus