Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Cenderahati Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Puspanita JPV Johor

Terima kasih atas ingatan dan cenderahati 



Cenderahati majlis khatam 


Assalamualaikum semua, macam rutin tahun-tahun sebelumnya Puspanita JPV Johor mengadakan majlis khatam bagi tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan puasa yang lepas. Aku lambat nak cerita kat sini. 


Sejak aku masuk ke JPV Johor pada penghujung tahun 2019, terus jumpa bulan Ramadan masa musim Covid19 melanda jadinya konsep tadarus dah bertukar corak. Kami buat secara bacaan individu disebabkan kekangan kawalan pergerakan pada waktu tu. 


Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke 3 aku sertai. Tahun kedua dulu sempatlah aku sertai majlis khatam ni bersama-sama. Tapi tahun ni dah tinggal jauh jadi tak berkesempatan nak sertai.


Cara bertadarus mudah waktu PKP


Aku cuma mampu sertai sesi bertadarus tu je. Cara kami buat kami buat beberapa kumpulan dan masing-masing boleh pilih juzuk kegemaran atau juzuk pilihan untuk habiskan dalam jangkamas yang ditetapkan. Di penghujung masa tu nanti tinggal kemaskini samada bacaan dilengkap atau tidak je. 


Ada yang kata cara ini bukan cara yang betul tapi bagi aku secara peribadinya aku suka cara begini. Antara sebabnya ialah kerana kerja kami yang tak boleh sentiasa ada di pejabat dan masa yang agak terhad di samping rutin kerja dan harian. 


Dengan cara macam ni kami masih boleh mengaji pada bila-bila masa terluang dan boleh berhenti jika ada tugasan yang lebih penting perlu dilakukan. Masa lebih fleksibel dan mudah diatur. 


Majlis Khatam Tadarus Al-Quran


Tahun ni majlis khatam dibuat sekali lagi pada 16hb April baru ni. Meriah dengan gambar majlis. Seronok kalau dapat sertai tapi apakan daya, ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan pada hari yang sama. 


Cenderahati majlis khatam

Contoh hadiah doorgift


Tapi paling best ialah mereka tak lupa titipkan cenderahati majlis buat aku sebagai kenang-kenangan. Syukur alhamdulillah. Terima kasih buat semua sahabat Puspanita yang terlibat.


Dalam tu ada bunga rampai,  butter cookies,  kuih tart, sapu tangan, botol kordial berperisa yang comel dan telur masin yang dah direbus. Paling seronok sekali dapat semua tu ialah Adam. Suka dia bukadan terus makan sedangkan waktu tu abang kakak dia sedap berpuasa. Sabar je la.. haha


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus