Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Tular Gambar Kemungkinan Raya Awal 2023?

Viral Kemungkinan Raya Awal 2023?

tular akhir ramadan 2023
Viral Gambar Pengumuman Akhir Ramadan 1444H 


Assalamualaikum semua,  sejak kelmarin ada gambar seperti di atas ni yang tular di sana sini. Sampaikan jadi panik buat sesetengah orang pulak jadinya. Jadi aku rasa macam jadi satu tanggungjawab juga aku bantu sebarkan apa penjelasan JAKIM isu gambar notis tarikh akhir ramadan yang tular tu. 

Pengumuman rasmi dari JAKIM

JAKIM dah keluarkan kenyataan seperti di bawah ni.. semoga penerangan JAKIM ni dapat buatkan semua orang bertenang.. Kita tunggu je la apa pun kemungkinan. Tunggu dengan bersedia yang sepatutnya. :


KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN ISU TULAR TANGKAP LAYAR 

“PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023”

Bil. 4/2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

2. JAKIM ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

3. Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan kalendar hijri yang dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak.

4.     Semua pihak adalah dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sekian terima kasih.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

31 Mac 2023

 

Penjelasan dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 


Penjelasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 


Kalau ikut info yang ditularkan tu, gambar tu di rakam di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jadi mereka juga dah buat kenyataan seperti kat bawah ni :


PENCERAHAN.

Tular satu tangkap layar berhubung gambar counting tarikh "Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023" di Paparan TV Iklan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah bagi memberi kesedaran kepada jemaah untuk mengejar 10 malam terakhir di bulan Ramadan supaya dapat meningkatkan ibadah. Pihak Masjid tidak bertanggungjawab menentukan tarikh sebenar bagi 1 syawal kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja Raja. 

Oleh itu, diharap masyarakat awam agar tidak beranggapan bahawa tarikh yang dipaparkan adalah suatu ketetapan. Marilah kita terus kekal istiqamah menghidupkan bulan mulia Ramadan dengan amalan soleh bagi meraih ganjaran yang berlipat kali ganda.

Pengurusan,

Masjid Wilayah Persekutuan




Ada juga andaian yang mengatakan berkemungkinan disebabkan oleh berlakunya gerhana matahari hibrid pada 20 April 2023 nanti. Berikut penjelasan dari laman web Falak Online :


Apa itu gerhana matahari hibrid? 

Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023



Jadi harapnya kita lebih bertenang dengan penjelasan dari JAKIM dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni dan fokus je la dengan amalan bulan Ramadan terutamanya amalan di penghujung Ramadan nanti.. semoga kita semua beroleh keberkatan bulan yang satu ni.. insyaAllah. 


Amalan 10 hari Akhir Ramadan 




Ceritaita

Ulasan

  1. Memang kena standby juga raya awal sehari... Tak boleh ikut kalendar... Takut jadi macam tahun lepas.. 😂

    BalasPadam
  2. Kemungkinan besar, seperti tahun lepas...kelam kabut dibuatnya...hahaha...

    BalasPadam
  3. Risau kita rasa terkejut macam tahun lepas

    BalasPadam
  4. Ghisau ya.. kena sesiap apa yang patut nie, tak mau dah raya mengejut. Penat.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Adoiii ghisau kalau raya awal...abis la cuti annual leave..baru ingat nak jimat cuti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus