Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Luangkan masa bersama anak-anak

Main Bowling Bersama-sama Anak

Sedih tengok papan skor.. haha


Assalamualaikum semua, semalam dah masuk Syawal ke 7 tapi kami semua tak ke mana-mana.. hanya berada di rumah manfaatkan masa cuti dengan mengemas rumah. Kebetulan semuanya ada dan dah bagi ganjaran pada malam sebelumnya. 


Ganjaran apa yang kami bagi pada anak-anak? Bukan apa sangat pun.. cuma modalnya agak besar la sikit untuk keluarga besar kami ni.. haha.. Kami bawa anak-anak bermain bowling di Kluang Mall. 


Lama dah kami tak main bowling ni. Rasanya kali terakhir masa Abg Chik sebaya dengan Adik Adam sekarang ni. Memang lama betul kan tu? Masa di KL dulu ada berkira-kira nak pergi bawa anak-anak main tapi hasrat tu terkubur macam tu je. Ada keperluan lain yang perlu kami penuhi. 


Kali ni terus ajak dan pergi je la.. insyaAllah nanti Allah bagi rezeki lebih kalau kita gembirakan orang yang tersayang. Lagipun aku terasa juga,  dah lama tak hiburkan hati anak-anak. Kali terakhir hujung tahun lepas je la. 


Ini pun dah nak masuk pertengahan tahun, belum ada sesi percutian atau masa berlibur dengan anak-anak pun. Kami sangat sibuk dengan rutin mencari rezeki yang takkan pernah habis. Kadang-kadang terfikir juga.. bila la kami ada luangkan masa betul-betul dengan anak-anak. 


Anak-anak semakin besar






Tau-tau anak-anak dah besar je tanpa kita sedar. Jadi masa anak masih mahu luangkan masa dengan kita sebagai orang tuanya ni. Marilah kita rebut peluang. 


Alhamdulillah anak-anak sangat gembira semalam. Walaupun skor kami tidaklah bagus. Banyak masuk ke longkang dan habiskan masa dengan gelak je. Tapi aku anggap ini adalah masa berharga kami. Masa kami gembira bersama-sama.


Kami dah janji dengan anak-anak lainkali kita akan datang lagi dan kita jadikan acara bulanan nanti. Kita cari hari yang sesuai dan waktu pagi sebab bayarannya lebih murah. 


Harga bayaran bowling di Kluang Mall


Bayaran bowling di Kluang Mall ni dikira berdasarkan harga mengikut orang. Dan hanya ada 1 harga iaitu harga dewasa. RM8 bagi waktu sebelum 4.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis. Waktu yang lainnya RM10. Sewaan kasut RM3 sepasang. Kami dah siap-siap bawa stokin sendiri. Rasanya bayaran stokin RM4 sepasang. 




Itupun kami terpaksa tambah 2 game lagi untuk lepaskan hajat ada yang tak puas lagi melempar bola bowling tu.. hehe.. lempar ke longkang je yang paling banyak. Tapi nampak juga kemajuan bila dah di hujung permainan. Boleh la asah bakat jugak nanti ni. Apa pun hajat kami berdua tercapai nak anak gembira. Syukur. 


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus