Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Senarai Buffet Ramadan Kluang 2023

Buffet Ramadan Kluang 2023

Iftar Ramadan
Buffet Ramadan Kluang


Assalamualaikum semua, dah lama aku nak tulis pasal kompilasi buffet Ramadan di Kluang pada tahun 2023. Aku nak buat kompilasi ni sebab aku sendiri pun payah nak cari info pasal buffet Ramadan yang ada di Kluang ni. 


Dan aku pun mula la cari maklumat pasal buffet Ramadan di Kluang pada tahun 2023 ni dan ambik inisiatif menulis dalam bentuk kompilasi ni. Jika ada info buffet Ramadan yang dibuat di sekitar Kluang ni yang tertinggal boleh komen atau email pada aku ya.. nanti aku masukkan. 


Senarai Tempat Untuk Iftar Buffet Ramadan Kluang 


1. Ben Mael Cafe Kluang

Buffet Ramadan Ben Mael Cafe Kluang


Sekali lagi, buat tahun ke3 Ben Mael mengadakan Bufet Ramadan istimewa buat anda. Sesiapa yang berminat boleh, tempah slot anda melalui nombor telefon di bawah ni sekarang.


011-27620075 - Ben Mael Cafe


Harga :-

Dewasa : RM52

Warga Emas : RM42

Kanak2 6-12thn : RM33


2. Bunian Bistro

Buffet Ramadan Bunian Bistro


Bunian Bistro sudah agak terkenal di kalangan penduduk di Kluang. Sebelum ni mereka dikenali sebagai nama Mahligai Cafe. Tahun ni mereka membawakan kelainan dengan menyediakan hidangan buffet ramadan bermula dari 2 Ramadan lagi. 


Antara menu yang dihidangkan adalah masakan kampung seperti nasi putih, nangka masak lemak, daging salai, ikan keli goreng lada, ayam berempah, ayam kicap, kacang panjang goreng, kangkung goreng, sambal sotong, kuih muih, buah-buahan dan air sejuk dan panas.

Ada juga hidangan sampingan seperti mee goreng dan bijirin. 


Boleh hubungi nombor berikut untuk tempahan :


010-951 6224 - Bunian Bistro


Harga :-

Dewasa : RM28

Kanak2 6-12thn : RM25


3. Merdeka Hotel

Buffet Ramadan Merdeka Hotel


Hotel ini dikenali sebagai hotel bersejarah di daerah Kluang ini. Lokasinya juga agak strategik dan tenang. 


Bulan Ramadan kali ni Hotel Merdeka tidak terkecuali menyediakan buffet ramadan bagi umat Islam khasnya penduduk di Kluang atau Johor amnya.


Buffet Iftar ramadan bertemakan Tropical Buffet telah bermula pada 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023. Boleh hubungi nombor di bawah untuk tempahan :


019-730 9295 - Hotel Merdeka


Harga :-

Dewasa : RM68nett

Warga Emas : RM40nett

Kanak2 6-12thn : RM30nett


4. Prime City Hotel Kluang

Buffet Ramadan Prime City Hotel


Antara hotel yang lama bertapak di Kluang. Tahun ini mereka menawarkan buffet Ramadan berkonsepkan Semarak Citarasa Ramadan yang bermula dari 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023.


Sila hubungi pihak hotel untuk tempahan :


07-7722222 - Prime City Hotel Reservation 


Harga :-

Dewasa : RM78nett

Warga Emas : RM50nett

Kanak2 6-12thn : RM40nett


Setakat ini cuma ini sahaja maklumat senarai tempat yang menyediakan buffet Ramadan yang terdapat di Kluang. Jika ada tambahan maklumat atau jika ada individu yang ingin memasukkan lokasi berbuka puasa anda, boleh terus email kepada saya ya. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Senang ada entri macam nie Ita, boleh lah orang Kluang rujuk sini nanti..

    BalasPadam
  2. Memudahkan cari info, terima kasih infonya...

    BalasPadam
  3. oo hotel kat kluang patutla buffet ramadhan murah banding kt KL nih., hehe

    BalasPadam
  4. Medan Selera Bunian Bistro tu murah yea... Makanan pun nampak sedap

    BalasPadam
  5. Haaa...harga memang mesra poket la....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus