Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

dah 2 hari di bulan ramadhan..

Imej
assalamualaikum semua, semoga semua pembaca sihat hendaknya... pagi tadi aku ke klinik Jalan Gambut untuk ujian ulangan air kencing... sebelum tu seperti biasa ambik buku dah rutin check kat Klinik Desa Kempadang dulu... dan selesai bawak buku ke Klinik Jalan Gambut... alhamdulillah.. walaupun orang ramai, urusan agak cepat... dalam pukul 11 pagi dah selesai semua urusan.. yang tak sanggupnya kena ambik sampel air kencing sampai 3 kali hari ni... huwaaa... yang pertama cuma nak tengok guna express kit macam biasa..yang ni kat klinik desa... pastu kena pulak check ikut mesin.. yang ni kat klinik jalan gambut.. pastu bila doktor tengok bacaan ada sikit meragukan dia suruh pulak buat satu lagi ujian.. sampel dihantar pulak ke hospital.. mujur pundi kencing ada simpanan lagi untuk yang last.. kalau tak.. tak pasal pulak kena datang lagi esok menghantar... alhamdulillah.. tadi doktor buat scan sekali.. sebenarnya kalau ikutkan temujanji minggu depan... tapi disebabkan dah datang ma

Wordless Wednesday # 60

Imej
assalamualaikum semua, ramadhan semakin menghampiri...masa terbaik untuk kita belajar memaafkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita... p/s bercuti hari ni..pagi di klinik untuk ogtt dan petang di sekolah abg long..semoga semuanya dipermudahkan Allah..amin..

Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS

Imej
untuk entri terbaru dan cara gunakan SAPS terbaru rujuk SINI assalamualaikum semua, disebabkan abg long dah masuk sekolah maka mesti akan ada entry cerita pasal sekolah dan yang sewaktu dengannya... dan beberapa minggu yang lepas dah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah-sekolah di malaysia... dan yang paling mendebarkan bagi ibu bapa ialah bila nak tengok pencapaian anak-anak...lagi la bagi yang baru pertama kalinya macam kami ni... hari esok ada Hari Terbuka sekolah abg long... aku macam gigil-gigil je rasa nak pegi...kejap lagi nak siap sedia soalan yang bakal aku tanya pada guru kelas abg long...hish.. rasa macam nak pegi interview mintak kerja je la.. debar je hati.. huhu.. ini belum anak nak kawen lagi ni.. apa la ita... untuk keputusan peperiksaan abg long aku dah tak rasa risau sangat sebab dah boleh check online sekarang ni... sebenarnya dah lama pun tapi disebabkan selama ni takde anak yang sekolah maka aku memang tak ambik tau sangat la.. deng

di sini...

Imej
assalamualaikum semua, berada di sini dari semalam hingga esok.. semoga perkhidmatan kami lebih baik.. p/s susah nak cari public transport kat sini..teringin gi floria..

Wordless Wednesday # 59

Imej
assalamualaikum semua, apa korang rasa kalau dapat surat macam ni? surat cinta abg long p/s hari ni ada meeting sampai jumaat di Putrajaya..semoga yang ditinggalkan baik2 aje...

husna pulak tak sihat...

assalamualaikum semua, sejak kami ambik husna balik taska semalam dia dah mula tak sihat.. badan dia dedor.. hidung meleleh je dengan hingus.. siap pakej batuk lagi... jadinya malam tadi kami bawak dia ke klinik lepas hantar abg long mengaji.. kami rujuk sekali badan dia yang selalu gatal-gatal dan abg ngah yang juga batuk-batuk... tapi masa kami bawak dia ke klinik semalam dia tak demam... hari ni bangun je pagi badan dia panas balik... aku basahkan kain lampin dan sapu kat kepala dan badan dia.. masih tak kebah sangat... lepas dia minum susu..shah bagi dia ubat.. jadi pagi tadi ke sekolah macam dah segar sikit.. tak lama aku kat opis, cikgu taska whatsapps kata badan husna panas sikit dan dia mula nangis je..muntah-muntah bila bagi makan... sebab aku risau maka aku mintak shah yang kebetulan off hari ni jaga dia.. alhamdulillah aku call tengahari tadi dia dah ok dan tengah tidur lena... yang jadi masalahnya pulak si abg ngah... pagi tadi dia ok je gi sekolah kat sebelah

setengah hari di klinik..

assalamualaikum semua, hari ni setengah hari dihabiskan di 2 klinik... pagi aku ke klinik kesihatan bandar kuantan untuk ujian ulangan air kencing... keputusannya? aku diberi ubat antifungal dan perlu dihabiskan dalam masa 3 hari... cuma ayat doktor tu ada menambahkan sedikit kerisauan dalam diri... doktor kata risau jangkitan ni bahaya untuk bayi dalam kandungan... Ya Allah.. Kau sembuhkanlah penyakitku dan peliharalah zuriat kami dalam kandunganku ini..amin... doktor suruh datang ambik keputusan lepas sebulan... dan kena ulang ujian di klinik ibu dan anak di jalan gambut pulak 30 hb ni... hati siapa yang tak gundah gulana mendengar berita macam ni kan... lagi pulak si ibu yang sedang mengandung... tadi masa doktor bagitau pun aku macam terasa sedikit panik..apapun hati masih berdoa moga dijauhkan perkara yang tak diingini.. dan lepas habiskan masa di klinik kesihatan...aku kena pegi pulak ke klinik desa untuk rutin check up 2 kali seminggu tu... hari ni bacaan berat ma

tak sihat..

assalamualaikum semua, dah seminggu tak sihat.. selsema... tapi tak teruk sangat.. tapi hari isnin baru ni pegi check up kat klinik desa... bila check berat naik mendadak... bulan lepas cuma 66.5kg... bulan ni jadi 69.5kg... pelik jugak mana datang 3 kg tu dalam sebulan... sedangkan selera makan takde la bagus sangat cuma tak muntah je la... tapi kalau ikutkan nak abiskan nasi separuh pun payah... malam pulak selalu tak makan...jadi susah hati pulak memikirkan... dan lepas tu mulalah jadi rutin baru pulak... pegi check berat 2 kali seminggu... aduhai.. ini yang tak daya... rasanya mungkin berat kat bayi kat dalam perut ni kot... shah pun cakap perut aku kali ni macam lagi besar je dari ngandung yang dulu-dulu... (ke sebab lemak tepu sebelum-sebelum ni tak abis bakar?  ;-P)... tapi memang rasa lebih lelah dari dulu.. nak berdiri sebelah kaki pun dah tak larat kalau tak support dengan tangan lagi sebelah... mungkin jugak sebab faktor umur yang makin meningkat agaknya... da

Wordless Wednesday # 58

Imej
assalamualaikum semua, kupang masak lemak serai p/s lauk malam tadi... rehat kang kita letak resepi ye...